omniture

RANGKAIAN GLOBAL ONE LUXE, EJEN HARTANAH MEWAH MILIK REALTY ONE GROUP, BERKEMBANG DENGAN SANGAT PANTAS

Realty ONE Group
2023-12-14 09:26 41

LAS VEGAS, 14 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Realty ONE Group, sebuah jenama gaya hidup moden yang dipacu tujuan dan salah SATU francais yang paling pesat berkembang di dunia, telah melancarkan ONE LUXE, iaitu bahagian hartanah mewah hanya tiga tahun yang lepas dan sejak itu ia telah menyaksikan keahlian globalnya melonjak hingga lebih 1,000 orang profesional hartanah mewah yang diperakui di seluruh AS dan di tujuh buah negara.

ONE LUXE from Realty ONE Group
ONE LUXE from Realty ONE Group

Para profesional ONE LUXE telah dilatih oleh Institut Pemasaran Rumah Mewah (Institute for Luxury Home Marketing, ILHM) dan merupakan antara ejen yang paling elit dalam pasaran, menyenaraikan hartanah bernilai tinggi dan membantu pembeli yang sofistikated.

"Para profesional ONE LUXE kami adalah antara yang paling berpengalaman, kental dan bersemangat dalam industri, malah terus menunjukkan nilai mereka yang besar kepada para pelanggan,kata Kuba Jewgieniew, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Pengasas Realty ONE Group. "Mereka telah melaburkan semua yang mereka miliki dalam menyediakan perkhidmatan yang diperibadikan kepada pembeli dan penjual, daripada pembentangan pemasaran mewah kepada pementasan mewah, lawatan maya utama dan banyak lagi. Kami berasa bangga untuk menyokong mereka dalam menyampaikan pengalaman terbaik kepada semua ORANG yang mendapatkan perkhidmatan khusus mereka."

Sejak penubuhannya pada tahun 2005, Realty ONE Group terkenal kerana membawa perubahan kepada industri hartanah dengan fokus yang mengutamakan ejen, menginovasi jenama, bimbingan perniagaan dan platform teknologi proprietarinya yang dinamik di mana kesemuanya adalah untuk membantu para profesional hartanah mencapai kejayaan yang lebih besar dengan lebih pantas. Selain tawaran lengkap daripada Realty ONE Group, ahli ONE LUXE juga mempunyai akses eksklusif kepada aset pemasaran mewah yang dinamik, latihan tambahan melalui ONE University (ONE.U), kumpulan perancang serta peluang penyenaraian dan pengiklanan dalam ONE LUXE Magazine yang diedarkan secara meluas.

Pada tahun 2023, Realty ONE Group telah dinobatkan sebagai Francais Global Terbaik 2023 oleh Entrepreneur dan turut mendapat kedudukan No. 1 bagi francaisor hartanah untuk tahun kedua berturut-turut dalam senarai Franchise 500® 2023 yang sangat kompetitif daripada Entrepreneu.

UNBrokerage seperti yang dikenali dalam industri mempunyai lebih 19,000 profesional hartanah di lebih 400 buah pejabat di 49 buah negeri, Washington DC dan di 16 buah negara dan wilayah lagi serta semakin meningkat.

Ketahui lebih lanjut di www.OwnAOne.com.

Tentang Realty ONE Group 

Ditubuhkan pada tahun 2005, Realty ONE Group terus menjadi salah sebuah jenama gaya hidup dalam bidang hartanah yang paling pesat berkembang dengan model perniagaannya yang terbukti, konsep COOLTURE yang dinamik, lokasi yang inovatif dan bimbingan perniagaan, sokongan, teknologi dan rakan kongsi yang unggul. Syarikat tersebut telah berkembang pesat kepada lebih 19,000 orang profesional hartanah di lebih 400 buah lokasi di seluruh 49 buah negeri A.S, Washington DC serta 16 buah negara dan wilayah. Realty ONE Group telah dinobatkan sebagai jenama hartanah nombor SATU oleh Entrepreneur Magazine selama dua tahun berturut-turut dan francaisor ini turut disenaraikan oleh REAL Trends dalam kalangan satu peratus terbaik di negara ini. Realty ONE Group mara ke hadapan dengan membuka peluang bukan sahaja kepada para pelanggannya tetapi juga kepada profesional dan pemilik francais hartanah. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.RealtyONEGroup.com.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2300375/Realty_ONE_Group_ONE_LUXE.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/260011/realty_one_group___logo.jpg?p=medium600

Source: Realty ONE Group
Keywords: Construction/Building Real Estate Residential Real Estate Corporate Expansion