KUALA LUMPUR, Malaysia, 13 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Syarikat teknologi audio, Vocal Beats berjaya menganjurkan Hari Terbuka Teknologi yang pertama pada 7 dan 8 Disember 2023 di Kuala Lumpur. Aktiviti tersebut telah menarik perhatian sebanyak seratus mahasiswa yang bersemangat dan berpotensi untuk ke peringkat pengambilan. Walau bagaimanapun, hanya beberapa mahasiswa sahaja yang telah menunjukkan kemajuan ke peringkat tersebut.
Pada hari itu, pengenalan syarikat dan perkongsian teknikal telah diberikan kepada para calon. Banyak soalan yang diajukan oleh mereka menunjukkan minat yang tinggi dalam bidang teknologi audio. Kemudian, aktiviti telah diteruskan dengan ujian teknikal bertulis. Para calon telah menunjukkan asas teknikal dan kemahiran dalam menyelesaikan masalah yang cemerlang membuatkan mereka berpotensi untuk menjadi ahli pasukan teknikal Vocal Beats pada masa hadapan.
Sesi temu duga teknikal bersama pasukan teknikal Vocal Beats telah dijalankan pada waktu petang adalah sama rancak. Calon-calon yang terlibat telah menunjukan kemahiran mereka dalam bidang Android, iOS, Java dan pengujian perisian. Pasukan perekrutan Vocal Beats memberi pujian yang tinggi kepada para calon dan menyaktakan bahawa hari terbuka tersebut berjaya merekrut beberapa bakat muda yang dinamik dan kreatif.
Vocal Beats, ditubuhkan pada tahun 2022 dan mempunyai beberapa pejabat di Singapura. Vocal Beats dikhususkan untuk menyediakan produk audio dan perkhidmatan yang luar biasa kepada pengguna. Baru-baru ini, Vocal Beats telah mengumumkan penembusannya dalam pasaran Malaysia. Mereka telah menerima sokongan daripada Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) yang merupakan agensi utama dalam memacu ekonomi digital di Malaysia dibawah Kementerian Komunikasi dan Digital Malaysia sejak tahun 1996. MDEC berusaha secara kolaboratif untuk mempercepatkan perjalanan Malaysia untuk menjadi pengusaha yang terkemuka dalam landskap digitalglobal. Pengenalan Vocal Beats dan kejayaan produk miliknya 'Buz' dianggap sebagai contoh inovasi teknologi tempatan baharu di Malaysia.
Aktiviti Hari Terbuka memberi peluang kepada Vocal Beats untuk berkembang di Malaysia, sekali gus meningkat pembangunan bakat teknologi tempatan serta ekonomi digital di Malaysia. Pada masa akan datang, Vocal Beats akan terus menjalankan satu siri aktiviti pertukaran teknikal, termasuk Hari Terbuka yang dikhususkan untuk memberi lebih banyak peluang kemajuan teknologi kepada belia Malaysia.