omniture

Clean Beauty Collective Inc. Memperkenalkan Produk Inovatif: CLEAN RESERVE H2EAU, Koleksi Minyak Wangi Berasaskan Air

Clean Beauty Collective
2023-12-14 23:36 32

NEW YORK, 14 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Clean Beauty Collective Inc., perintis dalam produk kecantikan bersih, hari ini mengumumkan penambahan yang inovatif kepada portfolionya - CLEAN RESERVE H2EAU. Koleksi minyak wangi berasaskan air ini membawa pembaharuan dengan teknologi CLEAN RESERVE H2EAU HYDRO-TEC™ yang termaju yang menetapkan piawaian baharu untuk produk kecantikan bersih dalam industri minyak wangi.

Diilhamkan daripada bahan semulajadi yang paling lembut, CLEAN RESERVE H2EAU menawarkan minyak wangi bersih berasaskan air yang menghidratkan kulit tanpa menjejaskan kualiti. Formula proprietarinya yang berasaskan sumber boleh diperbaharui ini mencipta pengalaman tahan lama yang inovatif.

  • Formula Tahan Lama dan Menghidrat: Dari segi sejarah, minyak wangi berasaskan air akan melekit pada kulit dan tidak tahan lama. Pendekatan unik CLEAN RESERVE H2EAU bukan sahaja tahan lama, tetapi ia juga cukup lembut untuk kulit sensitif, menyerap dengan cepat dan menjadikan kulit berasa lembut dan terhidrat tanpa kerengsaan.

  • Teknologi Berasaskan Bahan Boleh Diperbaharui Proprietari: Teknologi CLEAN RESERVE H2EAU HYDRO-TEC™ yang dicipta melalui kerjasama dengan Takasago International Corporation telah diuji secara meluas di makmal dan di lapangan. Keputusan penyelidikan pengguna menunjukkan pengalaman pengguna yang positif dengan 88% daripada pengguna memanggilnya sebagai produk inovatif.

  • Alternatif yang Inovatif: CLEAN RESERVE H2EAU adalah bebas Etil Alkohol yang menyediakan alternatif kepada minyak wangi yang inovatif dan lebih lembut.

  • Pembuatan dan Pembungkusan Mesra Alam Sekitar: CLEAN RESERVE H2EAU dibungkus dalam bahan yang lestari dan boleh dikitar semula serta diperbuat di kemudahan berkuasa solar.

  • Bebas Kekejaman: CLEAN RESERVE H2EAU tidak pernah diuji pada haiwan dan tidak pernah mengabaikan kebajikan haiwan.

  • Wangian Lestari: Wangian dalam CLEAN RESERVE H2EAU diperoleh daripada bahan-bahan yang didapatkan secara bertanggungjawab, sekali gus memastikan pengalaman deria bau yang mewah dan tanpa rasa bersalah.

  • Pemerkasaan Komuniti: CLEAN RESERVE H2EAU memilih rakan niaga yang mendapatkan bahan lestari serta memberi sumbangan kembali kepada para petani tempatan dan komuniti mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Clean Beauty Collective, Greg Black berkata, "CLEAN RESERVE H2EAU merupakan bukti komitmen kami terhadap inovasi dan kelestarian. Ia mewakili satu lonjakan ke hadapan dalam teknologi minyak wangi bersih yang menunjukkan bahawa kemewahan dan tanggungjawab alam sekitar boleh wujud bersama secara harmoni."

Syarikat ini akan bekerjasama dengan EARTHDAY.ORG untuk tahun yang ke-5 bagi bergabung tenaga dalam melindungi lautan dan kehidupan lautan yang penting. Tema EARTHDAY.ORG untuk Hari Bumi 2024, Planet vs Plastik menyeru untuk menyokong kesedaran yang meluas tentang kesihatan dan risiko plastik terhadap planet serta menuntut pengurangan pengeluaran semua plastik sebanyak 60% menjelang tahun 2040. Secara bersama-sama, EARTHDAY.ORG dan Clean Beauty Collective Inc. menjangkau berjuta-juta orang ramai di seluruh dunia dengan bekerjasama untuk menyokong dan memulihkan biodiversiti di planet Bumi. 

CLEAN RESERVE H2EAU tersedia secara eksklusif di Sephora dan saluran terus kepada pengguna milik syarikat itu sendiri.

Tentang Clean Beauty Collective
Clean Beauty Collective Inc., ialah sebuah syarikat kecantikan butik dengan portfolio jenama yang ikonik termasuk jenama utama CLEAN CLASSIC dan CLEAN RESERVE yang masing-masing mempunyai pelbagai koleksi. Ditubuhkan di Ottawa, Kanada pada tahun 2003, misi Clean Beauty Collective Inc. adalah untuk mencipta dan mengeluarkan produk untuk pengguna yang prihatin yang mencari bukan sahaja kualiti pada produk kecantikan mereka tetapi juga ketenangan fikiran bahawa produk mereka ringkas, dipercayai dan prihatin. Koleksi sedia ada menerapkan sepenuhnya nilai teras syarikat ini kerana ia dihasilkan dengan rakan niaga yang menggunakan amalan pembuatan hijau, membekalkan pembungkusan yang mementingkan alam sekitar dan menggunakan bahan-bahan yang diperoleh secara bertanggungjawab yang memberi sumbangan semula kepada para petani dan komuniti mereka. Produk Clean Beauty Collective Inc. dijual di lebih 30 buah negara di seluruh dunia.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Clean Beauty Collective Inc., sila layari CleanBeauty.com atau ikuti kami di @cleanbeauty_collective.

Clean Beauty Collective Inc. 
Jessica Baltera
jessica@mediacraftco.com

 

Source: Clean Beauty Collective
Keywords: Cosmetics & Personal Care Environmental Products & Services Household/Consumer/Cosmetics Retail Licensing/marketing agreements New products/services