omniture

Dain Leaders Sediakan Persekitaran Amalan Bertenaga dengan 'HAIO', Kandungan Pendidikan Perubatan VR

Dain Leaders
2023-12-15 10:06 89

SEOUL, Korea Selatan, 15 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Dain Leaders, sebuah syarikat teknologi pendidikan (edutech), meluaskan skop perniagaan kandungannya untuk bertindak balas secara aktif terhadap permintaan pasaran metasemesta yang semakin meningkat dan menerajui transformasi digital dalam sektor perubatan, pendidikan dan awam.

Interaction technology that can control emergency situations based on voice commands and joint recognition in HAIO
Interaction technology that can control emergency situations based on voice commands and joint recognition in HAIO

Sudahpun menyediakan persekitaran pendidikan berorientasikan pelajar dan kandungan pembelajaran unik yang memanfaatkan kandungan VR sejak tahun 2020, Dain Leaders menandatangani perjanjian rakan kongsi lesen untuk platform metasemesta dengan Unity Korea dan Unity Starter Editor. Dengan cara ini, Dain Leaders membawakan jenis model pembelajaran baharu untuk masa depan dengan menyediakan kandungan VR/AR untuk sektor pendidikan/awam di Korea dan mewujudkan ekosistem penciptaan kandungan bersama peserta pelajar dan guru.

Produk utama Dain Leader 'HAIO (Hospital All In One)' ialah penyelesaian VR dengan teknologi pengecaman suara dan penjejakan tangan yang disesuaikan untuk latihan amalan tanpa sentuh di kolej perubatan dan kejururawatan selepas penularan COVID-19. Episod asas HAIO ialah amalan CPR untuk menyelamatkan pesakit lemas dan tidak sedarkan diri yang dipindahkan ke hospital. Pelajar perlu berupaya bertindak balas kepada keadaan kecemasan di bilik kecemasan maya yang melaluinya mereka dapat mendalami persekitaran latihan yang mereplikasi persekitaran hospital sebenar, yang berbeza daripada sesi latihan am di universiti.

Dalam HAIO, karakter maya bertindak balas segera terhadap arahan peserta melalui pengecaman suara. Pelajar boleh menyertai latih tubi untuk belajar cara mengawal keadaan kecemasan dalam persekitaran simulasi. Mereka boleh mengawal situasi dengan bergerak menggunakan tangan dan bukannya menggunakan pengawal menerusi teknologi pengecaman sendi tangan, yang membebaskan mereka daripada menghidupkan dan mematikan HMD untuk mempelajari dan mencari butang pengawal.

Sememangnya teori adalah penting namun pengalaman di lapangan adalah amat penting dalam lapangan perubatan. Ini memerlukan sesi latihan yang mencukupi, namun sukar untuk mendapatkan amalan klinikal yang mencukupi lantaran isu hak asasi manusia. HAIO menambah suasana tempat kehidupan sebenar di hospital ke dalam latihan perubatan seperti ER maya, yang tidak dapat dialami di universiti. Dalam hal ini, HAIO dijangka dapat menjadi penyelesaian yang sempurna untuk mengimbangi persekitaran amalan luar talian yang masih tidak dapat dicapai dalam sesi latihan hari ini.

Dain Leaders memegang enam paten yang berkaitan dengan VR dan AR termasuk teknologi berasaskan lokasi pengguna, teknologi penjejakan tangan serta pengecaman suara dan ia terlibat dalam pembangunan teknologi dengan mengambil bahagian dalam pelbagai projek kandungan penyelidikan dan pembangunan (R&D) kerajaan. Ketika ini, Dain Leaders mengendalikan terutamanya kandungan VR berasaskan penjejakan tangan untuk latihan perubatan serta kandungan mudah alih AR berasaskan pengecaman pergerakan sebagai perniagaan terasnya.

"Bagi HAIO, ahli-ahli fakulti kolej perubatan dan kejururawatan mengambil bahagian dalam pembangunan kandungan dan pelajar jurusan perubatan menilai dan mengesahkan penyelesaian ini; justeru itu, program latihan ini mematuhi prosedur dan kaedah perubatan yang tepat," kata Changbae Lee, Ketua Bahagian Perniagaan Kandungan di Dain Leaders.

Latar Belakang Dain Leaders

Laman Web: www.dainleaders.com

Source: Dain Leaders
Keywords: Computer/Electronics Education Health Care/Hospital Higher Education Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics) Artificial Intelligence