omniture

Similis Revolusikan Penciptaan Kandungan dengan AnyoneSwap berkuasa-AI

Similis
2023-12-15 10:18 37

•  Penyelesaian SaaS berasaskan web baharu AnyoneSwap menggunakan AI untuk menukar wajah imej model kepada foto dan video dengan kualiti penghasilan yang amat realistik

•  Pertukaran wajah satu klik memberikan pengurangan ketara masa dan kos untuk menyunting atau merakam semula

•  Penyah-penuaan automatik memberikan sentuhan profesional

•  AnyoneSwap berpotensi untuk mengubah pengiklanan, pembikinan filem dan penciptaan kandungan untuk media sosial

SEOUL, Korea Selatan, 15 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Similis, syarikat pemula AI perintis, mengumumkan secara rasmi pelancaran global AnyoneSwap, penyelesaian Perisian-sebagai-satu-Perkhidmatan (SaaS) berkuasa AI, berasaskan web, baharu dan perintis yang direka bentuk untuk mentransformasikan aliran kerja penciptaan kandungan. Pada mulanya dikeluarkan dalam bulan September 2023, penyelesaian ini sudahpun mempunyai himpunan pengguna yang semakin berkembang pesat — lebih 200,000 di seluruh dunia.

You can easily use Faceswap on your website and you can create creative content.
You can easily use Faceswap on your website and you can create creative content.

Daftar untuk AnyoneSwap hari ini dan dapatkan 2 kredit percuma: https://www.anyoneswap.com/

"AnyoneSwap bukan sekadar alat; ia pengubah keadaan dalam penciptaan kandungan dan penghasilan video," ujar Jisu Kim, Ketua Pegawai Eksekutif Similis. "Dengan AnyoneSwap, pengguna boleh menukar imaginasi mereka menjadi realiti seakan-akan hidup, kesemuanya dengan kecekapan AI."

AnyoneSwap memanfaatkan AI yang canggih untuk menukar wajah imej model dengan lancar kepada gambar atau video, menyampaikan penghasilan visual yang amat realistik dan berkualiti terbaik. Penukaran wajah tradisional melibatkan perlunya meluangkan masa dan usaha secara manual untuk menyunting foto dan video, namun AnyoneSwap menghapuskan keperluan untuk tujuan ini, memperkemas penciptaan kandungan dengan penukaran wajah satu klik. Ia turut memperkenalkan ciri penyah-penuaan automatik yang membolehkan individu kelihatan lebih muda dalam kandungan visual dan format berasaskan webnya mengupayakan tahap kefleksibelan yang tinggi dan tiada keperluan pemasangan.

Penyelesaian SaaS mempunyai potensi yang signifikan untuk mengubah rangkaian luas domain kreatif, termasuk pembikinan filem dan penciptaan kandungan bentuk pendek untuk media sosial. Untuk industri pengiklanan khususnya, kini pengiklan akan dapat menghasilkan imej atau video iklan tunggal, kemudian menyesuaikannya dengan pantas kepada pelbagai pasaran dengan menukar wajah model yang berbeza, bagi memastikan tarikan setempat sekali gus mengurangkan dengan ketara sumber yang diperlukan bagi tujuan penghasilan.

En. Kim menyambung: "AnyoneSwap boleh menjimatkan masa dan kos sehingga 90% yang sebaliknya akan dibelanjakan untuk mengubah suai iklan untuk negara atau budaya tertentu."

Latar Belakang Similis

Ditubuhkan baru-baru ini dalam Mei 2023 di AS, Similis ialah syarikat pemula AI yang dikhususkan untuk membangunkan penyelesaian penukaran wajah termaju. Versi awal AnyoneSwap, penyelesaian SaaS berasaskan web terasnya, tersedia selepas penubuhan syarikat pemula ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai AI penukaran wajah-sebagai-satu-Perkhidmatan, sila kunjungi: https://www.anyoneswap.com

Source: Similis
Keywords: Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications New products/services Artificial Intelligence