omniture

CGTN: Peranan belia amat dinanti-nantikan dalam menggalakkan persahabatan China-Vietnam

CGTN
2023-12-15 10:35 27

BEIJING, 15 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Rakyat merupakan akar, penghubung nyawa dan sumber kekuatan bagi hubungan China-Vietnam, kata Xi Jinping, setiausaha agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC) dan presiden Cina dalam satu artikel bertanda tangan yang diterbitkan pada hari Selasa oleh Nhan Dan Newspaper dari Vietnam.

Pada hari Rabu, Xi dan Nguyen Phu Trong, setiausaha agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, bertemu wakil-wakil anak muda dari kedua-dua negara dan individu yang telah menyumbang kepada persahabatan China-Vietnam di Hanoi.

Kedua-dua pemimpin menegaskan bahawa asas bagi persahabatan China-Vietnam terletak antara kedua-dua rakyat dan masa depan persahabatan ini akan dicipta oleh anak muda.

Mengukuhkan pertukaran belia

Dalam artikel Xi, beliau menyeru untuk mempererat kerjasama dalam pendidikan bahasa Cina, pendidikan vokasional, sukan dan kesihatan, memastikan kejayaan acara utama termasuk Forum Rakyat China-Vietnam dan Pertemuan Persahabatan Belia China-Vietnam dengan tujuan untuk meningkatkan persefahaman dan pertalian antara rakyat kita, terutamanya generasi muda.

"Kita harus meningkatkan kerjasama dan pertukaran yang mesra serta memanfaatkan sepenuhnya mekanisme pertukaran rakan sejawat seperti outlet media pusat, kumpulan pemikir, jabatan kebudayaan dan pelancongan, penerbit, serta institusi radion, filem dan televisyen," tambah beliau.

Hanoi University di Vietnam menyaksikan pertukaran belia antara kedua-dua pihak. Hampir 400 anak muda dari China dan Vietnam berhimpun untuk menyanyikan lagu filem dan televisyen klasik yang terkenal antara kedua-dua pihak semasa acara nyanyian yang diadakan dalam bulan November.

Universiti tersebut turut membina sebuah kedai buku bersama-sama syarikat penerbitan Cina, menawarkan ruang kepada pelajar tempatan untuk mempelajari lebih lanjut tentang budaya Cina.

Xi sentiasa meletakkan harapan tinggi kepada anak muda dan berulang kali menggalakkan mereka untuk mengejar impian mereka dan menggalas tanggungjawab. Pada hari Rabu, pemimpin Cina itu turut menyatakan harapan agar anak muda akan memimpin dalam menggalakkan persahabatan China-Vietnam.

Menggalakkan persahabatan tradisional

China telah lama menjadi rakan dagangan terbesar Vietnam, sementara Vietnam merupakan rakan dagangan keempat terbesar China di dunia.

Menerusi pelancaran perkhidmatan kereta api pengangkut rentas sempadan of China-Vietnam dan program pelabuhan pintar, pelabuhan sempadan darat kedua-dua negara ini menjadi saling terhubung dengan pesat. Kuantiti besar hasil pertanian Vietnam yang berkualiti, termasuk laici, durian dan buah naga dieksport ke China.

Hampir 20 juta perjalanan dibuat di laluan metro Cat Linh-Ha Dong yang dibina oleh sebuah syarikat Cina yang menyediakan kaedah perjalanan yang mudah dan selesa untuk penduduk Hanoi.

Meletakkan harapan tinggi ke atas anak muda Cina dan Vietnam, Xi berkata golongan muda daripada kedua-dua negara harus memainkan peranan mereka untuk membina komuniti China-Vietnam dengan masa depan yang dikongsi bersama yang membawa kepentingan strategik.

Beliau turut menggesa golongan muda daripada kedua-dua pihak untuk memainkan peranan mereka dalam menggalakkan pembangunan Asia Pasifik serta menyumbang kepada keamanan yang berkekalan di rantau ini.

"Saya berharap anda akan menjadi pelopor dalam mendorong kemajuan insan dan menyumbang kepada pembinaan sebuah komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama untuk umat manusia," kata Xi kepada wakil belia.

https://news.cgtn.com/news/2023-12-14/Role-of-youth-highly-anticipated-in-promoting-China-Vietnam-friendship-1pvuwUP7xXW/index.html

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Education Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Asian-related news