omniture

Kilang Liyang CATL diiktiraf sebagai kilang Lighthouse oleh Forum Ekonomi Dunia

Contemporary Amperex Technology Co., Limited
2023-12-15 21:35 105

NINGDE, China, 15 Disember 2023 /PRNewswire/ -- CATL mengumumkan pada hari ini bahawa kilang Liyang di Wilayah Jiangsu, timur China telahpun diiktiraf sebagai salah satu daripada 21 ahli baharu daripada Global Lighthouse Network (GLN) oleh Forum Ekonomi Dunia (WEF), menambah Lighthouse ketiga kepada industri bateri ini susulan kilang Ningde dan kilang Yibin CATL.

CATL's Liyang plant in east China's Jiangsu Province
CATL's Liyang plant in east China's Jiangsu Province

"Bagi menuruti permintaan yang semakin melonjak dan kos tenaga buruh yang semakin meningkat serta memenuhi komitmen keneutralan karbonnya, CATL Liyang mengaplikasikan data raya untuk mensimulasikan pembuatan aditif, ujian-kualiti bagi mengurangkan masa pertukaran, visi komputer untuk mencapai pemeriksaan kualiti tahap-mikron dan pembelajaran mendalam untuk mengoptimumkan kawalan proses serta pengurusan tenaga," seperti yang ditulis oleh Forum Ekonomi Dunia dalam pengumumannya mengenai Lighthouse baharu pada 14 Disember. "Ini telah menghasilkan peningkatan output sebanyak 320%, pengurangan sebanyak 33% dalam kos pembuatan, pengurangan sebanyak 47.4% dalam emisi ternormal dan pengurangan sebanyak 99% dalam kecacatan kualiti. Pengukuran kecacatan telahpun dinaik taraf daripada 'setiap juta' kepada 'setiap bilion'."

GLN ialah platform kolaboratif yang menghimpunkan pengeluar berpandangan jauh yang menerajui usaha dalam mengguna pakai teknologi Revolusi Perindustrian Keempat. Kiva Allgood, Ketua Pusat Pembuatan Termaju dan Rantaian Bekalan WEF berkata, "Lighthouse mempelopori jalan menuju impak global yang belum pernah terjadi sebelum ini, menerapkan inovasi secara strategik dalam seluruh rangkaiannya yang luas – mencipta masa depan yang lestari dan era perubahan yang transformatif dan berkekalan."

Bagi memenuhi permintaan pasaran yang semakin melonjak dan menyumbang kepada usaha global untuk memerangi perubahan iklim, kilang Liyang CATL memanfaatkan inovasi termasuk kecerdasan buatan (AI), pencetakan 3D dan analitis data raya untuk meningkatkan produktiviti dan kelestarian:

  • Proses pengujian kapasiti yang lebih pantas: Sebagai salah satu kekangan semasa pembuatan sel bateri, pengujian kapasiti dan proses penentukuran menyumbang sebahagian besar daripada seluruh masa pembuatan dan hampir separuh daripada penggunaan tenaga pada seluruh barisan pengeluaran. Berdasarkan kepada pemodelan data raya kapasiti sel-penuh dan digabungkan dengan kajian mendalam terhadap mekanisme bateri, CATL membangunkan sistem anggaran kapasiti bateri pintar, mengurangkan masa ujian kapasiti dan penggunaan tenaga proses pada tahap yang besar.
  • Masa pertukaran yang lebih cepat: Pembangunan pesat teknologi bateri ion-litium mempunyai keperluan yang lebih tinggi terhadap pengeluaran yang fleksibel. Dengan menggunakan kaedah pemprosesan alatan mesin tradisional, ia biasanya mengambil masa beberapa minggu untuk menggantikan lekapan, yang sukar untuk memenuhi keperluan pengguna. Dengan bantuan daripada simulasi maya dan pembuatan aditif, CATL berupaya mencapai reka bentuk maya yang pantas, pengesahan maya yang tepat dan pemesinan pantas pencetakan 3D yang memendekkan purata masa pendulu pembuatan dengan ketara.
  • Sistem operasi dan penyelenggaraan yang komprehensif: Produk bateri yang berkualiti tinggi memerlukan kekonsistenan tinggi semasa pembuatan. Dengan mengguna pakai Internet Pelbagai Benda Perindustrian (IIoT), pengkomputeran pinggir dan data raya, CATL membangunkan sistem operasi dan penyelenggaraan peralatan yang cekap dengan pelbagai peringkat pada skala kilang. Ia dapat mencapai pemantauan dalam talian dan pengurusan kesihatan serta menyediakan penyelenggaraan prediktif agar dapat mengoptimumkan rancangan penyelenggaraan serta mengurangkan kadar kegagalan peralatan serta kos penyelenggaraan.
  • Pemeriksaan kualiti yang lebih jitu: Disokong oleh kamera 3D berkejituan tinggi, AI dan pengkomputeran pinggir, CATL membangunkan model pemeriksaan kualiti dengan pintasan-salah dan langkau-kesilapan pada tahap yang sangat rendah, yang telah mencapai 100% pengesanan kecacatan dalam proses kimpalan pin mohor dan menghapuskan pengesanan kebocoran Helium, menambah baik kadar kecacatan daripada tahap DPPM ke DPPB.
  • Pengurusan tenaga mampan dioptimumkan: Bagi mengatasi kesukaran dalam pemantauan penggunaan tenaga dan pembaziran tenaga yang disebabkan oleh pengawalaturan manual, CATL membina model penalaan persekitaran berbilang faktor untuk mengupayakan kawalan pintar ke atas parameter tenaga dalam seluruh kilang. Dengan sejumlah besar sensor diagihkan dalam seluruh kilang, hampir kesemua peralatan kilang boleh dipantau secara pintar. Berdasarkan kepada teknologi pengawal proses termaju (APC) dan besar, parameter peralatan boleh dianalisis dan diselaraskan pada masa sebenar, yang meningkatkan kecekapan tenaga kilang dengan ketara. Tambahan pula, dengan aplikasi model penghitungan emisi karbon termaju, CATL dapat memantau emisi karbon setiap barisan pengeluaran pada masa sebenar dan menjejaki projek pengurangan emisi karbon, lalu memberi sokongan keputusan yang andal demi pengurangan emisi karbon kilang.

Antara 153 ahli pembuatan GLN, terdapat tiga kilang Lighthouse dalam industri bateri, kesemuanya daripada CATL. Pada masa depan, CATL akan terus memanfaatkan pengalamannya dalam kilang Lighthouse pada kesemua 13 kilangnya di peringkat global, seterusnya menjadikan teknologinya yang inovatif boleh diakses untuk lebih ramai orang serta menyumbang lebih banyak kepada pembangunan mampan global.

Source: Contemporary Amperex Technology Co., Limited
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Green Technology Mining/Metals Oil/Energy Utilities Awards Corporate Social Responsibility Survey, Polls & Research General Manufacturing Cision Influencer List - ESG