omniture

COMAU MENGOPERASIKAN BARISAN PEMASANGAN TRANSMISI HIBRID KHUSUS INOVATIF UNTUK HYCET

Comau
2023-12-18 09:36 20

SHANGHAI, 16 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Comau telahpun mereka bentuk dan mengoperasikan barisan pemasangan bervolum tinggi, automatik untuk HYCET, subsidiari milik penuh Great Wall Motors dan pengeluar yang terkemuka bagi teknologi DHT (Transmisi Hibrid Khusus). L.E.M.O.N. hybrid DHT ialah sistem transmisi generasi seterusnya yang membolehkan penggunaan serentak enjin gasolin dan motor elektrik, mengupayakan perkongsian kuasa yang cekap antara kedua-duanya. Bagi mencapai sasaran pembuatan berskala besar pelanggan, penyelesaian hujung-ke-hujung Comau membawakan sejumlah 12 robot merentas 6 barisan untuk menyampaikan kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 150,000 unit setiap barisan dengan masa kitaran kurang daripada 2 minit.

Comau-Hycet Assembly Test Line
Comau-Hycet Assembly Test Line

Dalam skop projek ini, Comau membangunkan sepenuhnya komponen yang diperlukan, termasuk barisan pemasangan e-motor, barisan pemasangan gear dan aci, barisan pemasangan utama dan talian ujian pemasangan. Sistem ini turut merangkumi proses kritikal yang memberikan pemasangan proses penuh bermula daripada komponen individu hingga unit fungsian sepenuhnya. Di samping itu, penyelesaian pengeluaran berkelajuan tinggi bukan sahaja memenuhi keperluan ketat HYCET dari segi ketepatan pembuatan dan kualiti produk, ia turut menjamin kebolehsuaian dan kecekapan yang lebih baik sekali gus mengurangkan kos pengeluaran untuk penaiktarafan produk DHT akan datang. Sememangnya, barisan pengeluaran direka bentuk oleh Comau boleh disesuaikan dengan mudah bagi memenuhi keperluan pasaran yang berbeza.

"Teknologi DHT HYCET menonjolkan inovasi termaju dalam sektor kenderaan hibrid dan menyampaikan prestasi cemerlang untuk sistem DHT Great Wall Motor. Sebagai rakan kongsi teknologi kami, keupayaan reka bentuk dan kejuruteraan Comau mengesahkan kedudukan luar biasa mereka dalam bidang ini," kata Wu Hongchao, Naib Presiden HYCET Technology Co., Ltd.

Comau melabur dalam pembangunan teknologi e-pacuan dan tekal meluaskan portfolio teknologinya bagi memenuhi permintaan yang semakin berkembang terhadap aplikasi e-mobiliti. Selain daripada cemerlang dalam reka bentuk, pembuatan dan penyepaduan penyelesaian automasi yang fleksibel, modular, boleh dikonfigurasikan semula dan boleh diskala, syarikat ini mengkhusus dalam sistem pemasangan stator, sistem pemasangan rotor, sistem pemasangan e-Pacuan, sistem pemasangan kawalan elektrik dan sebagainya. Comau turut membangunkan sistem pembuatan automatik untuk sel bateri, modul dan pek lengkap (dengan sebarang format sel), Comau menawarkan pelbagai sistem untuk peringkat proses pengeluaran yang berbeza termasuk teknologi pembentukan sel bateri.

Dengan menggabungkan kecekapan perintis dalam automasi dan pengelektrikan, Comau menyokong pelanggan global dalam menerima pakai kemajuan teknologi dan pendigitalan untuk pengelektrikan berskala besar pasaran automotif. Fokus kekal untuk menyampaikan penyelesaian termaju demi masa depan kenderaan tenaga baharu.

Layari Kisah Kejayaan Hycet penuh.

 

 

 

 

Source: Comau
Keywords: Auto Transportation New products/services