omniture

TCL Dedahkan Butiran Penjana Di Sebalik Teknologi Mini LED Unggul

TCL Electronics
2023-12-18 09:47 7

Pandangan di belakang tabir TCL PG (Pangu) Lab, Makmal Pangu yang terkemuka dalam industri, memperlihatkan kapasiti uniknya untuk mencipta kejayaan teknologi

HONG KONG, 18 Disember 2023 /PRNewswire/ -- TCL Electronics (1070.HK), jenama barangan elektronik pengguna yang terkemuka dan jenama televisyen dua terbaik di dunia, mendedahkan pandangan lebih dekat Pangu Laboratory yang dapat menjadi contoh – penjana penyelidikan dan pembangunan (R&D) TCL, kemudahan pengujian dan penyelidikan Mini LED bebas sepenuhnya yang pertama di dunia yang memacu inovasi di sebalik produk unggulan QD-Mini LED termaju daripada TCL.

Permintaan pasaran terhadap Mini LED semakin berkembang pesat, memandangkan pengguna menghargai keupayaan teknologi ini untuk mengurangkan kos dengan berkesan sekali gus mengekalkan pengalaman visual berkualiti tertinggi. Dalam hal ini, kelebihan teknologi PG Lab TCL memainkan peranan penting untuk menerobos sempadan teknologi paparan secara berterusan bagi membawakan inovasi yang lebih canggih kepada pengguna dalam tahun 2024 dan berikutnya.

Makmal Pemprosesan Mini LED Servis Penuh Pertama Industri

Pangu Lab yang meliputi kawasan seluas 1,600 meter persegi, merupakan kemudahan pertama di dunia yang menyediakan pemprosesan Mini LED hujung-ke-hujung sepenuhnya. Terdiri daripada pelbagai makmal R&D projek, termasuk makmal bahan optoelektronik, makmal peranti optoelektronik, makmal reka bentuk simulasi dan makmal titik kuantum, Pangu berupaya untuk menawarkan keupayaan peralatan, pengujian dan penyelidikan yang tiada tandingan, yang menjadikan TCL sebagai peneraju dalam bidang Mini LED.

Melalui fungsi-fungsi berkemahiran tinggi seperti analisis data, pemeriksaan kualiti, talian ujian, pusat pemprosesan dan makmal pengesahan mesin dan keandalan, pasukan R&D TCL berupaya untuk memastikan kebolehlaksanaan dan keandalan teknologi peralihan kepada pengeluaran secara besar-besaran. Hasilnya, TCL menguasai sepenuhnya setiap langkah dalam pengeluaran Mini LED yang membolehkan jenama ini mengeluarkan produk yang memperoleh standard yang utama dalam industri secara konsisten dari segi prestasi dan kualiti.

Menerobos Sempadan untuk Menyampaikan Mini LED Generasi Seterusnya

Daya penggerak di sebalik pelaburan besar dalam pembangunan teknologi Mini LED ini ialah kepercayaan TCL yang teguh terhadap kuasa Mini LED untuk melangkaui sempadan cahaya dan warna semasa serta mencipta realiti yang tidak pernah wujud sebelum ini pada skrin. Usaha penyelidikan di Pangu Lab meningkatkan keupayaan Mini LED dari segi kecerahan, keseragaman dan kawasan pemancar cahaya. Ia turut mencipta lebih banyak zon kawalan cahaya secara inovatif, memastikan kualiti imej yang unggul sekali gus mengurangkan kos keseluruhan.

Meningkatkan batas kemampuan teknologi Pemalapan Setempat, Pangu Lab berjaya mencipta zon yang semakin kecil untuk kawalan sumber cahaya yang lebih jitu yang membolehkan kecerahan puncak lebih tinggi dan kontras ekstrem. Ini menghasilkan peningkatan yang belum pernah dilihat sebelum ini dalam set TV pengguna seperti TCL X955 yang dilancarkan awal tahun ini, TV '5000 berganda' yang pertama di dunia dengan 5,000 pemisah cahaya belakang yang dapat mencapai kecerahan puncak 5,000 nit.

Satu lagi komponen penting untuk kualiti gambar yang cemerlang ialah ekspresi warna yang jelas dan realistik. Penyepaduan teknologi titik kuantum dengan teknologi cahaya belakang Mini LED merupakan satu lagi fokus kajian yang utama daripada Pangu Lab dan sebahagian besarnya adalah hasil daripada prestasi gamut warna yang tinggi pada TV QD-Mini LED semasa daripada TCL.

Menyedari bahawa kualiti gambar termaju biasanya hadir dengan titik harga yang tidak dapat diakses, pasukan di Pangu Lab bersedia untuk mencari jalan bagi mencapai hasil optimum dengan cara yang berkesan kos. Membangunkan penyelesaian mikrokanta silikon baharu, digabungkan dengan teknologi pemproses bervoltan tinggi, pasukan ini mengimbangi prestasi dan kos dengan berkesan, memastikan pengalaman terbaik dapat disediakan untuk lebih ramai pelanggan.

Kejayaan TCL dalam bidang Mini LED setakat ini boleh dikaitkan dengan tiga faktor teras. Pertama, memanfaatkan barisan pengeluaran panel gred tinggi untuk mencipta panel bersaiz super iaitu model 75-inci, 85-inci, 98-inci dan 115-inci, tanpa menjejaskan butiran hasil daripada kekuatan teras keduanya – keupayaan Mini LED proses penuh. Melalui pembangunan penyelesaian kualiti imej yang komprehensif termasuk teknologi titik kuantum, algoritma kualiti imej, pemprosesan isyarat, TCL berupaya untuk menghasilkan kelebihan teknologi produk yang berkualiti tinggi. Akhir sekali, usaha Pangu Lab dalam reka bentuk dan pempakejan LED, berserta sumber daripada barisan pengeluaran panel besar huluan, menyumbang kepada kelebihan kos nilai-untuk-wang yang tinggi, seterusnya menjadikan teknologi paparan termaju boleh diakses untuk semua.

Tatkala kita melangkah ke tahun baharu, TCL akan terus mengaplikasikan kekuatannya kepada pembangunan penyelesaian paparan yang lebih canggih lagi bagi memastikan pengalaman visual yang paling imersif untuk berjuta-juta pelanggannya di serata dunia dalam tahun 2024.

-TAMAT-

Latar Belakang TCL Electronics

TCL ialah sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang berkembang pantas dan peneraju dalam industri televisyen global. Ditubuhkan pada tahun 1981, kini ia beroperasi dalam lebih 160 pasaran di seluruh dunia. TCL mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna bermula daripada televisyen, audio dan peralatan kediaman pintar. Kunjungi laman web TCL di https://www.tcl.com.

Source: TCL Electronics
Related Stocks:
HongKong:1070
Keywords: Art Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Entertainment Household Products Household/Consumer/Cosmetics Internet Technology Retail Semiconductors Telecommunications Television