omniture

Tianlong Solution Mudahkan Pencegahan dan Kawalan Penyakit Ternakan

Xi'an TianLong Science and Technology Co., Ltd
2023-12-18 10:01 7

XI'AN, China, 18 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Diumumkan baru-baru ini bahawa Tianlong Technology mematuhi syarat-syarat Amalan Pengilangan Baik Cina bagi ubat haiwan. Kelulusan ini mengukuhkan lagi tumpuan Tianlong pada aliran kerja terpiawai dalam pembangunan produk haiwan.

Tianlong Solution for Livestock Disease Detection
Tianlong Solution for Livestock Disease Detection

Sejak 26 tahun yang lalu, Tianlong Technology komited untuk menyampaikan penyelesaian yang menyeluruh untuk diagnostik molekul dan ujian genetik. Dalam bidang penternakan, Tianlong menyediakan penyelesaian pengesanan penyakit perintis, yang merangkumi pelbagai instrumen dan reagen sepadan yang membolehkan pengesanan yang cepat dan andal untuk demam babi, demam babi Afrika, sindrom reproduktif dan pernafasan porsin, cirit-birit virus posin, penyakit kaki dan mulut dan influenza avian, antara lain.

Penyelesaian pengesanan penyakit ternakan daripada Tianlong merangkumi pelbagai instrumen termasuk Pengekstrak Asid Nukleik GeneRotex 96, Pengekstrak Asid Nukleik Libex, Sistem PCR Masa-Sebenar Gentier 96E/96R dan Sistem PCR Masa-Sebenar Mudah Alih Gentier Mini Series. Instrumen ini menunjukkan prestasi cemerlang dalam pengesanan asid nukleik patogen, menjamin keupayaan untuk memperoleh hasil yang tepat, stabil dan andal dengan pantas yang meningkatkan kecekapan pengesanan dengan ketara. Berbilang daya pemprosesan turut memenuhi keperluan kuantiti pengesanan yang pelbagai.

Di samping instrumen, pengekstrakan asid nukleik serasi Tianlong dan kit pengesanan PCR turut memainkan peranan penting dalam mengesan penyakit ternakan di banyak negara. Di Asia Tenggara, Tianlong bekerjasama dengan perniagaan tani dan kumpulan makanan terkemuka untuk menjalankan pengesanan penyakit ternakan. Proses ini melibatkan penggunaan Kit Pengekstrakan DNA dan RNA Virus Haiwan Tianlong dan Kit Pengesanan Asid Nukleik (Kaedah PCR Pendarfluor) Virus Demam Babi Afrika (ASFV). Kedua-dua kit menunjukkan prestasi luar biasa dalam rangkaian jenis sampel yang lebih luas dan kepekaan yang lebih tinggi. Apabila digunakan bersama-sama instrumen Tianlong, ia mempunyai kapasiti untuk mengesan volum sampel besar seterusnya meningkatkan kadar pengesanan sampel berkepekatan rendah.

Di China, produk pengesanan influenza avian Tianlong telah digunakan dengan berkesan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), agensi kawalan wabak haiwan dan institusi perubatan semasa berlakunya banyak wabak influenza avian. Di samping itu, Kit Pengesanan Asid Nukleik H7N9 Virus Influenza Avian Tianlong (Kaedah PCR Pendarfluor) yang melibatkan pengesanan kedua-dua LPAI dan HPAI, mendapat perhatian dalam makmal ujian penyakit haiwan di Filipina lantaran prestasinya yang luar biasa.

Bagi memastikan pematuhan kepada standard kualiti yang ketat, Tianlong melaksanakan sistem pengurusan kualiti yang komprehensif. Dengan pensijilan ISO 13485 dan ISO 9001 berserta barisan produk GMP terpiawai untuk ubat haiwan, tumpuan syarikat ini pada aliran kerja terpiawai dapat memastikan pengeluaran produk yang berkualiti terbaik.

Pada masa ini, produk Tianlong digunakan secara meluas di lebih daripada 100 negara dan wilayah di seluruh dunia, memberi bantuan yang mantap dalam pencegahan serta kawalan wabak penternakan. Pada masa akan datang, Tianlong akan terus berusaha untuk terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan bagi menyumbang kepakaran saintifik dan teknologinya.

Latar Belakang Tianlong

Tianlong ialah syarikat teknologi tinggi inovatif yang mengkhusus dalam produk diagnostik molekul di China. Sejak penubuhannya dalam tahun 1997, Tianlong menumpukan perhatiannya untuk menyediakan penyelesaian makmal PCR bersepadu kepada golongan profesional seluruh dunia. Kami memiliki rangkaian produk luas yang merangkumi peranti hinggalah reagen, termasuk pengekstrak asid nukleik, sistem PCR Masa-sebenar, sistem diagnosis molekul Semua-dalam-satu, sistem pemprosesan sampel, sistem pengendalian cecair dan 300 jenis reagen yang serasi. Dengan penyenaraian NMPA, CE dan FDA, produk kami dieksport ke lebih daripada 100 negara dan wilayah seluruh dunia dan telah banyak membantu dalam pencegahan dan kawalan wabak seperti COVID-19, SARS, influenza Avian, Ebola, Zika dan demam babi Afrika.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web rasmi Tianlong dan halaman LinkedInFacebook dan Twitter.

Untuk pertanyaan maklumat produk atau korporat boleh ditujukan kepada inquiry@medtl.com.

Hubungan Media:
Kaylee Zhang
zk@medtl.com 
+86-15991940095

Source: Xi'an TianLong Science and Technology Co., Ltd
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals Animals/Pets