NINGDE, China, 18 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Pada 15 Disember, panel juri antarabangsa AUTOBEST mengumumkan bahawa bateri Shenxing CATL telah memenangi anugerah TECHNOBEST 2024 susulan pengundian oleh ahli-ahli juri dari 31 negara Eropah. Ini merupakan kali pertama produk bateri memenangi anugerah TECHNOBEST dan CATL merupakan syarikat berpangkalan di China pertama yang memenangi gelaran ini.
AUTOBEST merupakan antara juri auto yang paling berprestij di Eropah dan menyampaikan anugerah sejak tahun 2001. Juri mengiktiraf bateri Shenxing atas inovasinya yang disruptif: "CATL melancarkan Shenxing, bateri LFP pengecasan amat pantas 4C yang pertama di dunia, berupaya untuk memberikan jarak pemanduan 400 km dengan pengecasan selama 10 minit serta jarak pemanduan lebih 700 km dengan sekali cas penuh. Shenxing dijangka dapat meredakan kebimbangan mengenai pengecasan pantas untuk pengguna EV dengan ketara dan membuka era pengecasan amat pantas EV. Memfokuskan kepada sifat elektrokimia, CATL meneruskan inovasinya dalam bahan dan elektrokimia serta struktur sistem dengan cara yang menyeluruh, mencapai pengecasan amat pantas, ketumpatan tenaga yang tinggi serta tahap keselamatan yang tinggi secara serentak dengan cara yang kreatif. Shenxing menerobos sempadan prestasi kimia LFP, seterusnya menerajui inovasi dalam industri bateri."
"CATL, dipimpin oleh pengasas Robin Zeng, merupakan suatu fenomena dalam industri bateri, dengan banyak teknologi perintis. Terakhir sekali, Shenxing, merupakan satu lagi revolusi yang dicadangkan oleh CATL demi manfaat pelanggan di seluruh dunia yang akan mendapat masa pengecasan yang lebih pantas, ketumpatan tenaga yang lebih baik dan tahap keselamatan yang tinggi," kata Dan Vardie, pengasas dan pengerusi AUTOBEST. "
Bateri Shenxing dilancarkan dalam bulan Ogos tahun ini dan akan mencapai pengeluaran besar-besaran menjelang akhir tahun ini. Setakat ini, CATL menjalin kerjasama dengan pelbagai OEM untuk membekalkan bateri Shenxing, termasuk NETA, CHERY, BAIC BJEV, JIDU, VOYAH dan lain-lain. Kenderaan elektrik yang dilengkapi dengan bateri Shenxing akan tersedia dalam pasaran pada suku pertama tahun 2024.
Juri AUTOBEST memilih anugerah pada setiap tahun melalui ujian yang komprehensif termasuk sesi pemanduan di atas jalan raya dan di trek, yang menjadi set yang paling rumit dan komprehensif bagi media permotoran kontemporari. AUTOBEST telah mencipta beberapa anugerah, setiap satu mewakili pengiktirafan yang paling penting dalam domain khususnya. Antara anugerah-anugerah ini, TECHNOBEST memiliki kedudukan terunggul sebagai anugerah paling lama, paling autentik dan disegani secara tradisi. Ia didedikasikan terutamanya untuk mengiktiraf dan meraikan teknologi canggih dalam industri automotif.
Juri AUTOBEST menyampaikan anugerah di negara Eropah yang berbeza setiap tahun. Gala Anugerah AUTOBEST ke-23 yang akan datang bakal berlangsung dalam bulan Mei 2024 di Luxembourg.