HONG KONG, 18 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Herbalife, sebuah syarikat kesihatan dan kesejahteraan global, mengumumkan bahawa ia telah melancarkan 20 produk unik (43 produk SKU) dalam pasaran Asia Pasifik, termasuk formulasi yang disesuaikan khusus untuk keperluan pengguna tempatan sepanjang tahun sehingga kini.
Pelancaran produk baharu ini menekankan tumpuan Herbalife terhadap inovasi berasaskan sains dan mempelbagaikan rangkaian sedia ada yang tertumpu kepada pengurusan berat, penambahan pemakanan harian, kecergasan dan prestasi serta penjagaan kulit dan tubuh bagi memenuhi kehendak pengguna yang kian berubah.
Menurut Tinjauan Keutamaan Kesihatan Asia Pasifik Herbalife baru-baru ini, 77% pengguna di rantau Asia Pasifik menjadi lebih prihatin terhadap kesihatan kesan dari pandemik Covid-19 dan semakin mengutamakan gaya hidup yang sihat dan aktif, termasuk pilihan makanan yang lebih sihat seiring dengan pengambilan suplemen pemakanan.
"Kehadiran kami yang bertapak kukuh di Asia Pasifik, di samping hubungan erat bersama komuniti pengedar kami, memastikan kami dapat memahami dan memberi tindak balas kepada keperluan pengguna yang semakin berkembang di rantau ini," kata Stephen Conchie, Presiden Serantau untuk Herbalife Asia Pasifik dan China "Justeru, kami terus berinovasi untuk mencipta produk baharu dengan perisa yang sesuai dengan selera penduduk tempatan dalam menyasarkan keperluan kesihatan yang tertentu, bagi membantu pengguna mencapai matlamat kesejahteraan mereka yang tersendiri."
Barisan Produk Baharu
Pengganti Makanan dan Makanan Tambahan Protein
Di seluruh dunia, lebih daripada lima juta minuman kocak protein Formula 1 diminum setiap hari. Dalam meningkatkan profil perisa yang mantap bagi minuman kocak protein Formula 1, perisa Kacang Merah dan Biji Coix telah dilancarkan di Hong Kong dan Macau, sesuai dengan pilihan rasa penduduk tempatan. Sementara itu, Formula 1 Select telah dilancarkan di Singapura; minuman kocak protein berasaskan tumbuhan ini pula dapat memenuhi keperluan vegetarian atau individu dengan keperluan pemakanan tertentu.
Suplemen Bernutrisi
Herbalife turut menawarkan portfolio suplemen pemakanan yang luas, merangkumi penyelesaian untuk kesihatan jantung, kesihatan pencernaan, keimunan, pelegaan dan banyak lagi. Produk-produk yang dilancarkan pada tahun ini merangkumi:
Nutrisi Sukan
Herbalife24 merupakan barisan pemakanan prestasi yang komprehensif yang khususnya membantu individu aktif dan atlet mencapai matlamat mereka. Dilancarkan di Jepun, Herbalife24 BCAAs dirumuskan dengan asid amino rantai bercabang dan leusina bagi menyokong prestasi sukan, manakala perisa epal hijau pula menarik minat, terutamanya bagi pengguna tempatan.
Anugerah dan Pensijilan Membuktikan Produk Berkualiti
Produk Herbalife adalah berasaskan kepada sains dan disokong oleh jaringan global yang terdiri daripada lebih 300 doktor dan pakar dalam bidang pemakanan, sains dan kesihatan. Membuktikan komitmennya terhadap kecemerlangan produk, Herbalife telah memenangi pelbagai anugerah dan pensijilan yang mencerminkan kepercayaan pengguna terhadap produknya, digandingkan dengan pengiktirafan kualiti dan keberkesanan produk. Antara anugerah-anugerah terbilang yang dimenangi oleh syarikat ini di Asia Pasifik pada tahun ini adalah:
"Komitmen kami terhadap kualiti merupakan satu perjalanan yang berterusan; komitmen ini membolehkan kami menyokong jutaan pengedar dan pelanggan mereka dengan produk pemakanan yang terbaik setiap hari," tambah Conchie.
Latar Belakang Herbalife Ltd.
Herbalife (NYSE: HLF) ialah syarikat dan komuniti kesihatan dan kesejahteraan terulung yang telah mengubah kehidupan orang ramai melalui produk pemakanan yang hebat dan peluang perniagaan untuk pengedar bebasnya sejak tahun 1980. Syarikat ini menawarkan produk yang disokong oleh sains kepada pengguna dalam lebih daripada 90 pasaran melalui pengedar keusahawanan yang menyediakan bimbingan secara individu dan komuniti sokongan yang memberi inspirasi kepada pelanggan mereka untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat, lebih aktif demi menjalani kehidupan mereka yang terbaik.