omniture

Biocon Biologics Memuktamadkan Penyepaduan Perniagaan Ubat Biologi Serupa yang Diambil Alih di 120 Negara

Biocon Biologics Ltd
2023-12-18 19:14 41

Lebih 10 Pasaran Baru Muncul, Jepun & ANZ Kini Berada dalam Peralihan Fasa Akhir

KUALA LUMPUR, Malaysia, 18 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Biocon Biolog ics, sebuah syarikat global ubat biologi serupa yang unik, dan bersepadu sepenuhnya, dengan portfolio yang kaya dengan insulin dan antibodi monoklonal, telah berjaya memuktamadkan penyepaduan perniagaan ubat biologi serupa Viatris yang telah diambil alih dengan peralihan lebih 10 Pasaran Baru Muncul serta Jepun, Australia dan New Zealand berada dalam fasa akhir.

PFA the banner image
PFA the banner image


Semua jenama ubat biologi serupa Viatris, termasuk Ogivri® & Hertraz® (bTrastuzumab), Abevmy® (bBevacizumab), Fulphila® (bPegfilgrastim), Hulio® (bAdalimumab), Nepexto® (bEtanercept), Semglee® (bGlargine) dan Kirsty® (bAspart) kini merupakan sebahagian daripada francais komersial Biocon Biolo gics dalam Pasaran Lanjutan dan lebih 80 Pasaran Baru Muncul. Kebanyakan produk ini telah dibangunkan oleh Biocon Biologics dan sedang dikilangkan di kemudahan bertaraf dunianya di India dan Malaysia.

Biocon Biologics kini akan mempunyai jejak komersil yang kukuh merentasi kira-kira 120 negara dengan kehadiran lan gsung di A S, Kanada, Eropah dan 9 negara Pasaran Membangun utama iaitu India, UAE, Arab Saudi, Maghribi, Afrika Selatan, Brazil, Malaysia, Thailand dan Filipina.

"Saya sangat berbangga dan teruja kerana kami telah berjaya menyelesaikan penyepaduan bagi perniagaan yang diperoleh di seluruh 120 negara. Kesimpulan bagi gelombang peralihan terakhir ini merupakan satu peristiwa penting dan menandakan permulaan transformasi Biocon Biologics kepada syarikat global bersepadu sepenuhnya. Saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada seluruh pasukan Biocon Biologics – iaitu rakan sekerja, penasihat dan rakan kongsi. Peralihan yang lancar ini, yang dicapai lebih awal daripada yang dijadualkan, adalah hasil daripada fokus yang tanpa henti, usaha yang tidak kenal erti jemu dan komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada pesakit dan kesinambungan perniagaan."  - Shreehas Tambe, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengarah Urusan. 

"Pencapaian ini memberikan peluang unik kepada pasukan kami untuk membawa Jenama Biocon Biologics terus ke pelbagai pasaran. Model perniagaan yang diterajui sendiri ini akan membawa kami lebih dekat dengan pesakit, KKM, pemberi preskripsi dan pembayar. Ia akan membolehkan kami mengembangkan akses yang mampu milik kepada kumpulan pesakit yang lebih besar dan menjana penjimatan yang ketara untuk sistem penjagaan kesihatan dalam pasaran baru muncul ini, sekali gus membolehkan akses yang saksama kepada ubat biologi serupa yang berkualiti tinggi." - Susheel Umesh, Ketua Pegawai Komersial - Pasaran Baru Muncul. 

Biocon Biologics telah membuat beberapa pelantikan kepimpinan utama, membina keupayaan dan infrastruktur baharu dari awal serta menubuhkan pasukan khusus untuk menangani keperluan pesakit dan pelanggan yang semakin meningkat melalui model komersil yang diterajui sendiri dan diterajui rakan kongsi atau pengedar bagi memastikan kesinambungan perniagaan untuk pesakit, pemberi preskripsi, rakan kongsi dan sistem penjagaan kesihatan.

Laman web: www.bioconbiologics.com; Twitter: @BioconBiologics; LinkedIn: Biocon Biologics

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2302678/Biocon_Biologics_PFA.jpg?p=medium600

Source: Biocon Biologics Ltd
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Acquisitions, mergers, takeovers Corporate Expansion