omniture

Global Education Holdings mengambil alih Australian Performing Arts Conservatory

Global Education Holdings
2023-12-19 07:04 33

LONDON, 18 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Kumpulan pendidikan Global Education Holdings yang berpangkalan di UK telah mengambil alih Australian Performing Arts Conservatory (APAC). Sekolah seni persembahan yang berpangkalan di Brisbane ini menawarkan kursus sarjana muda dalam bidang lakonan, penerbitan skrin serta lagu dan tarian.

GEDU acquires APAC
GEDU acquires APAC

Sejak penubuhannya pada tahun 1993, APAC telah melahirkan ramai profesional TV, Teater dan Filem yang berjaya, termasuk pelakon Mirko Grillini (The Chronicles of Narnia dan Home and Away) dan komediri berbangsa Australia, Mark McConville.

Mengalu-alukan penyertaan APAC ke dalam kumpulan tersebut, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Profesor Ray Lloyd berkata, "GEDU sedang mencipta sebuah portfolio institusi pendidikan dan perkhidmatan yang pelbagai demi menawarkan pendidikan tinggi berkualiti tinggi yang boleh diakses dan berorientasikan kemahiran di seluruh dunia. Pengambilalihan APAC yang memiliki reputasi yang cemerlang dalam menyampaikan pendidikan seni persembahan ini membolehkan kami meluaskan tawaran kurikulum sambil turut meluaskan jangkauan geografi kami ke Australia."

APAC ialah Penyedia Pendidikan Tinggi Australia berdaftar yang diiktiraf oleh Agensi Kualiti dan Piawaian Pendidikan Tertiari (Tertiary Education Quality and Standards Agency, TEQSA). Sebelum ini, ia dikenali sebagai Australian Stage Combat School (ASCS) yang turut berdaftar dengan Daftar Institusi dan Kursus Komanwel untuk Pelajar Luar Negara.

Melalui pengambilalihan ini, GEDU telah memasuki pasaran Australia, sekali gus memperluaskan jejak globalnya. APAC ialah jenama keempat yang akan ditambah kepada kumpulan GEDU dalam tempoh tiga bulan lepas. Baru-baru ini, ia telah mengambil alih sekolah maritim iaitu MLA College di UK, sekolah pengurusan Perancis iaitu École de Management Appliqué (EMA) dan Universiti Antarabangsa Schiller yang berpangkalan di AS yang mempunyai kampus di Tampa, Madrid, Heidelberg dan Paris.

Tentang GEDU: Kumpulan ini menawarkan pelbagai peluang pendidikan yang merangkumi rangkaian penuh kelayakan pendidikan tinggi, perantisan dan sekolah bahasa. Ia beroperasi di 12 buah negara, termasuk Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Ireland, Jerman, Perancis, Sepanyol, Malta, UAE, India, Arab Saudi dan Australia. Portfolio kumpulan ini meliputi pelbagai bidang subjek dan dicirikan oleh tumpuan yang mendalam pada kedua-dua kebolehpasaran dan pengalaman pelajar demi memaksimumkan pulangan pelaburan untuk pelajar.

Hubungan: Vanita Kerai | Ketua Pegawai Pemasaran | GEDU
E-mel: vkerai@gedu.global | Telefon: +44 (0)204 551 3640 | Laman Web: gedu.global
 

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2303331/gedu_acq__apac.jpg?p=medium600

 

Source: Global Education Holdings
Keywords: Art Education Entertainment Film & Motion Picture Higher Education Acquisitions, mergers, takeovers