omniture

SI Group Melantik Frank Yang sebagai Naib Presiden & Pengarah Urusan Asia Pasifik

SI Group, Inc.
2023-12-19 22:30 83

Yang membawa pengalaman hampir 20 tahun menguruskan perniagaan kimia di seluruh dunia

THE WOODLANDS, Texas, 19 Disember 2023 /PRNewswire/ -- SI Group, pembangun global terkemuka dan pengilang bahan aditif prestasi, penyelesaian proses, farmaseutikal dan bahan perantaraan kimia, hari ini mengumumkan telah melantik Frank Yang sebagai Naib Presiden & Pengarah Urusan Asia Pasifik, berkuat kuasa 1 Januari, 2024. 

Sebagai Naib Presiden & Pengarah Urusan Asia Pasifik, Frank akan memimpin pasukan pengurusan Asia Pasifik SI Group untuk mengoptimumkan perniagaan dan menyampaikan hasil di rantau ini. Dengan lebih 20 tahun pengalaman, Frank membawa pengetahuan yang luas daripada organisasi kimia global terkemuka. Beliau mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam menerajui perniagaan melalui transformasi. Terbaru, Frank telah mememang jawatan Naib Presiden – Strategi di INEOS Aromatics. Sebelum INEOS Aromatics, Frank telah memegang peranan kepimpinan di beberapa benua di bp Global Petrochemicals, bp, dan PetroChina.

"Walaupun pasaran kimia Asia Pasifik kini bersifat dinamik, rantau ini terus menjadi sesuatu yang penting bagi SI Group—kami yakin bahawa sejarah Frank yang berjaya mengembangkan dan mengubah perniagaan akan menjadi tambahan yang luar biasa kepada organisasi kami," kata Joey Gullion, Ketua Komersial Pegawai SI Group. "Dengan Frank bertindak sebagai Naib Presiden & Pengarah Urusan Asia Pasifik, kami berharap agar dapat memberikan lebih nilai kepada pelanggan dan pemegang saham kami di rantau ini pada masa ini dan pada masa hadapan."

"SI Group mempunyai jenama dan kehadiran pasaran yang kukuh di rantau ini dengan peluang untuk pertumbuhan dan pernyataan wawasan yang bercita-cita tinggi, menjadikannya organisasi yang menarik untuk disertai," kata Frank Yang. "Saya tidak sabar-sabar untuk memajukan perniagaan ini sambil membina asas keselamatan dan kebolehpercayaan syarikat ini yang sudah kukuh."

Frank mempunyai ijazah sarjana dalam pengurusan perniagaan dari Universiti Chicago dan ijazah sarjana muda dalam kejuruteraan kimia dari Universiti Sains dan Teknologi China Timur (East China University of Science and Technology).

Tentang SI Group
SI Group ialah peneraju global dalam teknologi inovatif bagi bahan aditif prestasi, penyelesaian proses, ramuan farmaseutikal aktif dan bahan perantaraan kimia. Penyelesaian SI Group adalah penting untuk meningkatkan kualiti dan prestasi barangan perindustrian dan barangan pengguna yang tidak terkira banyaknya dalam industri plastik, getah & pelekat, bahan api & pelincir, medan minyak dan industri farmaseutikal. Tapak pembuatan global SI Group merangkumi 20 buah kemudahan di tiga benua yang memberikan perkhidmatan kepada para pelanggan di 80 buah negara dengan kira-kira 2,000 orang pekerja di seluruh dunia. Pada tahun 2021, SI Group menerima anugerah emas untuk tanggungjawab sosial korporat oleh EcoVadis dan disenaraikan di antara lima peratus teratas daripada lebih 50,000 syarikat di seluruh dunia. SI Group berinovasi dan mendorong perubahan untuk mewujudkan nilai dengan penekanan terhadap keselamatan, kimia dan hasil yang luar biasa. Ketahui lebih lanjut di www.siigroup.com.

Hubungan Media:
Joseph Grande
Telefon: + 1.413.684.2463
joe@jgrandecommunications.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/95496/si_group__inc__logo.jpg?p=medium600

Source: SI Group, Inc.
Keywords: Chemical Personnel announcements