omniture

JA Solar Diiktiraf 100% Bawa Keuntungan dalam Tinjauan Kebolehan Menjana Keuntungan Jenama Modul PV BNEF 2023

JA Solar Technology Co., Ltd.
2023-12-19 23:55 24

BEIJING, 19 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Dalam tinjauan kebolehan menjana keuntungan bagi pengeluar modul fotovolta (PV) dan penyongsang 2023, Bloomberg New Energy Finance (BNEF) menilai pemimpin-pemimpin industri berdasarkan metrik utama iaitu prestasi, kewangan, produk dan reputasi. JA Solar menunjukkan kekuatan operasi dan kewangan yang mantap digandingkan dengan rekod pencapaian prestasi cemerlang dan diiktiraf 100% boleh membawa keuntungan dalam tinjauan ini.

JA Solar Recognized as 100% Bankable in the 2023 BNEF PV Module Brand Bankability Survey
JA Solar Recognized as 100% Bankable in the 2023 BNEF PV Module Brand Bankability Survey

BNEF ialah salah sebuah institusi penyelidikan pihak ketiga yang paling boleh dipercayai dalam pasaran tenaga boleh baharu dan laporannya telah lama berperanan sebagai rujukan yang amat penting untuk banyak institusi kewangan dalam kredit komersial. Dalam tinjauan ini, ia mengumpul respons daripada bank global, dana, kontraktor kejuruteraan solar, pengeluar kuasa bebas dan penasihat teknikal. Selepas menganalisis kesihatan kewangan dan rekod prestasi pengeluar modul, akhirnya laporan ini memberi penilaian yang komprehensif tentang kebolehan menjana keuntungan pengeluar modul.

Laporan ini merujuk Kad Skor Keandalan Modul PV 2023 (2023 PV Module Reliability Scorecard) yang diterbitkan oleh institusi pengujian PV yang terkenal, PVEL (PV Evolution Labs) dan Laporan Indeks Modul PV 2023 (2023 PV Module Index Report) yang dikeluarkan oleh Pusat Ujian Tenaga Boleh Baharu (RETC), sebuah institusi pengujian terkemuka di Amerika Syarikat. Produk JA Solar cemerlang dalam kedua-dua laporan, lalu memberi pengesahan bersama tentang keupayaan produk termaju syarikat ini.

Selama bertahun-tahun JA Solar terus mengukuhkan penyelidikan dan pembangunan teknologinya, menyuntik momentum baharu ke dalam pengurangan LCOE yang berterusan. Dalam Mei 2023, JA Solar melancarkan modul jenis-n baharu DeepBlue 4.0 Pro. Produk ini menggabungkan teknologi teras iaitu teknologi sel Bycium+, bahan pengkapsulan keandalan tinggi, teknologi pempakejan ketumpatan tinggi, menghasilkan kecekapan modul melebihi 22.8%.

Source: JA Solar Technology Co., Ltd.
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Survey, Polls & Research