omniture

BIGPICTURES Berkolaborasi dengan Hanoi National University Lancar Sistem Latihan Maya Inovatif untuk Operasi Peralatan Pembinaan

BIGPICTURES
2023-12-20 08:00 27

SEOUL, Korea Selatan, 20 Disember 2023 /PRNewswire/ -- BIGPICTURES, sebuah syarikat perintis yang mengkhusus dalam penyelesaian latihan maya, bekerjasama dengan Hanoi National University untuk mempelopori sistem latihan maya perintis bagi operasi peralatan pembinaan.

Usaha kolaboratif ini bertujuan untuk merevolusikan proses latihan untuk pengendali jentera pembinaan, menjadikannya lebih mudah diakses, berkesan kos dan cekap.

Secara tradisi, memperoleh lesen untuk mengendalikan jentera pembinaan dikaitkan dengan kos kemudahan yang signifikan dan kekangan keselamatan. Projek perintis BIGPICTURES berusaha untuk mengatasi cabaran ini dengan menawarkan penyelesaian latihan inovatif yang meningkatkan kemahiran kerja sekali gus mengurangkan kos latihan.

BIGPICTURES telahpun menjalankan program demonstrasi dan latihan maya di Korea Selatan dengan jayanya sejak dua tahun lalu. Memanfaatkan kepakaran mereka dan teknologi canggih, mereka menyesuaikan program latihan operasi jentera pembinaan khususnya untuk pasaran Vietnam.

Inisiatif ini dimulakan dengan penubuhan pusat latihan perintis di Hanoi National University, Vietnam, dengan fokus pada latihan praktikal setempat. Program perintis tentatif ini dijadualkan bermula dalam Mac 2024, dengan rancangan bercita-cita tinggi untuk meluaskan latihan operasi jentera pembinaan ke institusi-institusi di seluruh Vietnam dalam tahun yang sama.

Signing ceremony between BIGPICTURES and Hanoi National University
Signing ceremony between BIGPICTURES and Hanoi National University

En. Jongmin Kim, Ketua Pegawai Eksekutif BIGPICTURES, mengulas, "Melalui medan ujian kawal selia di bawah Kementerian Perdagangan, Perindustrian dan Tenaga, data pendidikan manipulasi maya selama dua tahun terbukti dapat mengurangkan sisihan pendidikan, meningkatkan kadar kelulusan sebanyak 98% dan menjimatkan 84% kos latihan praktikal selain dipilih sebagai kaedah pendidikan rasmi untuk Kementerian Pekerjaan dan Buruh."

Inisiatif perintis ini bersedia untuk membawa hasil yang transformatif kepada orang ramai, termasuk pengurangan kos latihan, peningkatan kebolehcapaian kepada latihan operasi jentera pembinaan dan bilangan pengendali berkelayakan yang lebih tinggi. Ia bersedia untuk memberi manfaat kepada industri pembinaan dengan mengatasi kekurangan pengendali jentera pembinaan mahir yang berterusan.

Maklumat lanjut mengenai BIGPICTURES boleh ditemui di laman web syarikat.

Latar Belakang BIGPICTURES

BIGPICTURES ialah syarikat berpandangan jauh yang mengkhusus dalam penyelesaian latihan maya. Dengan rekod prestasi inovasi dan komitmen kepada kecemerlangan, syarikat ini telah menerima pelbagai anugerah dan penghargaan, termasuk pensijilan sebagai Syarikat Mesra-Keluarga oleh Kementerian Kesaksamaan Jantina dan pujian daripada Technology Innovation Startup Promotion Center. BIGPICTURES menumpukan perhatian untuk memajukan latihan dan pendidikan melalui teknologi canggih.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi: vrpori@big-pictures.co.kr 

Source: BIGPICTURES
Keywords: Computer/Electronics