omniture

Coway Tersenarai dalam Indeks Asia Pasifik Dow Jones Sustainability untuk Tahun ke-11 Berturut-turut

Coway Co., Ltd.
2023-12-20 14:38 7
  • Disenaraikan dalam 25.6% teratas antara 609 syarikat yang dinilai
  • Satu-satunya syarikat Korea yang dipilih dalam kategori Industri Tahan Lama Isi Rumah DHP

SEOUL, Korea Selatan, 20 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Coway Co., Ltd., "Best Life Solution Company," mengumumkan bahawa ia tersenarai dalam 'Indeks Asia Pasifik Dow Jones Sustainability 2023 ("DJSI Asia Pasifik")' untuk tahun ke-11 berturut-turut. Daripada 609 syarikat yang dinilai di seluruh dunia, hanya 156, 25.6% teratas dipilih dan hanya 36 syarikat dari Korea Selatan berjaya tersenarai.

Dilancarkan dalam tahun 1999, Dow Jones Sustainability Indices (DJSI) menilai prestasi kelestarian dan usaha alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) syarikat-syarikat yang terkemuka di dunia untuk membantu pelabur membuat keputusan mampan.

Ini bukan sahaja merupakan tahun ke-11 Coway yang berturut-turut tersenarai dalam Indeks Asia Pasifik Dow Jones Sustainability, tetapi ia juga merupakan tahun ke-6 berturut-turut tersenarai dalam Indeks Korea Dow Jones Sustainability. Coway merupakan satu-satunya syarikat Korea yang ditampilkan dalam industri Barang Tahan Lama Isi Rumah DHP (DHP Household Durables) pada Indeks Asia Pasifik DJSI.

Coway menerima penilaian yang cemerlang untuk Pengurusan Hubungan Pelanggan, Pengurusan Kualiti & Perolehan Kembali Produk serta Sistem Dasar & Pengurusan Alam Sekitar.

Ini mencerminkan rasa bangga yang dirasai oleh Coway dalam menginovasi produk dan perkhidmatan dengan kehidupan pelanggan sebagai terasnya, sesuai dengan namanya sebagai Best Life Solution Company.

Syarikat ini tetap komited untuk meminimumkan impak operasi perniagaannya melalui amalan mesra alam dalam pembangunan produk dan pengurusan kitar hayat, mengikuti rangka kerja ESG dengan matlamat keneutralan karbon penuh menjelang tahun 2050.

Dengan matlamat pembangunan produk mesra alam dan kitaran hayat sepenuhnya, Coway mempertimbangkan keselamatan bahan kimia, kecekapan tenaga, pengurangan emisi karbon, pengurangan penggunaan sumber, kebolehkitaran semula melalui pembuatan, pengeluaran lebih bersih, perkhidmatan sewa mampan, pemulihan serta prosedur kitar semula, serta peningkatan gaya hidup.

Coway tetap komited secara mendalam kepada inisiatif tanggungjawab sosial, terlibat dengan komuniti melalui inisiatif yang membawa impak seperti menderma pembersih air dan udara kepada komuniti kurang sumber. Syarikat ini dengan bangganya memiliki pasukan bola keranjang kerusi roda disokong oleh sektor swasta pertama Korea, BlueWheels Basketball Team dan Mulbit Sori Choir, yang terdiri daripada suara indah mereka yang mengalami cacat penglihatan.

Sung-Rok Kim, Pengerusi Majlis ESG dan Setiausaha Jawatankuasa ESG daripada Coway berkata: "Komitmen kami yang tidak berbelah bahagi kepada kelestarian telahpun diiktiraf sekali lagi melalui kemasukan kami dalam 'DJSI Asia-Pasifik' dan 'DJSI Korea' yang berprestij. Sebagai syarikat 'Best Life Solution', kami tetap berdedikasi untuk meningkatkan sistem pengurusan kelestarian kami."

Selain daripada pengiktirafan DJSI, usaha kelestarian Coway telah mendapat pujian yang ketara, memperoleh Penarafan ESG MSCI "AA" pada tahun 2022 untuk tahun kedua berturut-turut. Di peringkat domestik, pada tahun 2023, syarikat ini menerima Penarafan ESG 'A' daripada Korea Corporate Governance Service (KCGS).

Latar Belakang Coway Co., Ltd.

Ditubuhkan di Korea pada tahun 1989, Coway, "Best Life Solution Company," ialah sebuah syarikat perkakas rumah persekitaran terkemuka yang menjadikan kehidupan orang ramai sihat dan selesa menerusi perkakas rumah yang inovatif seperti penulen air, pembersih udara, bidet dan tilam. Usaha niaga paling terkini syarikat ini, jenama BEREX, bermatlamat untuk menambah baik tidur dan kesejahteraan melalui tilam dan kerusi urut yang canggih. Sejak ditubuhkan, Coway menjadi peneraju dalam industri perkakas rumah persekitaran menerusi penyelidikan, kejuruteraan, pembangunan dan khidmat pelanggan yang intensif. Syarikat ini telah membuktikan dedikasi terhadap inovasi dengan produk yang memenangi anugerah, kepakaran kesejahteraan rumah, bahagian pasaran yang tiada tandingan, kepuasan pelanggan dan pengiktirafan jenama. Coway terus berinovasi dengan mempelbagaikan barisan produk dan menggiatkan perniagaan luar negara di Malaysia, AS, Thailand, China, Indonesia, Vietnam, Jepun dan Eropah, berdasarkan kepada kejayaan perniagaan di Korea. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.coway.com/ atau  http://newsroom.coway.com.

Source: Coway Co., Ltd.
Related Stocks:
Korea:021240
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Green Technology Household/Consumer/Cosmetics Awards Conservation/Recycling Cision Influencer List - ESG