omniture

imo Avatar Bersedia Revolusikan Komunikasi dengan Teknologi AI Canggih

imo
2023-12-20 17:24 23

SINGAPURA, 20 Disember 2023 /PRNewswire/ -- AI telahpun menjadi alat yang penting dalam membentuk semula bagaimana orang ramai berkomunikasi di peringkat global. Aplikasi seperti ChatGPT, Midjourney dan Stable Diffusion mendapat populariti yang sangat besar, menunjukkan potensi transformatif kecerdasan buatan dalam interaksi dan hubungan. Kemajuan teknologi ini memperkemas komunikasi dan membuka jalan baharu untuk inovasi dan kolaborasi. Platform pemesejan segera yang popular imo memperkenalkan ciri 'imo Avatar' serba baharunya yang menggunakan teknologi AI yang canggih bagi memberikan pengalaman pengguna yang realistik serta imersif.

Memandangkan AI menjadi instrumen komunikasi yang penting, imo menyertai revolusi yang menawarkan modul yang lancar melalui keupayaan Avatar baharunya. Teknologi AI imo memperkasa pengguna untuk mencipta rupa baharu dengan pantas. Dengan pendekatan mesra pengguna dan mudah, pengguna imo boleh berkomunikasi, berinteraksi dan berhubung dengan mudah bersama rakan dan insan tersayang melalui teknologi penjanaan Avatar AI yang pantas.

Ciri ini mempunyai mekanisme penjanaan cekap bagi menghasilkan avatar daripada hanya satu foto. Tidak seperti platform-platform lain yang memerlukan pengguna memuat naik lebih daripada sepuluh imej, imo hanya memerlukan satu foto dimuat naik bagi mencipta avatar AI yang mengagumkan. Avatar yang terhasil merupakan produk daripada integrasi semula jadi, bukan pertukaran muka semata-mata. Memandangkan ciri ini memberikan hasil baharu setiap masa, pengguna dapat mengalami kejutan yang menggembirakan.

Pengguna boleh mencuba melalui pelbagai model gaya dengan menggabungkan pelbagai corak bagi mencipta avatar yang mengekspresikan aura mereka. Pakaian yang dihasilkan oleh AI memberikan penampilan yang unik setiap masa. Di samping itu, pengguna imo boleh menggayakan avatar mereka menggunakan kad berdandan untuk mencipta rupa yang tersendiri. Penciptaan avatar memanfaatkan AI sebagai medium artistik.

Pengguna imo di seluruh dunia boleh berkongsi avatar dengan insan tersayang dan khalayak global serta menyukai atau berduet (mencipta reka bentuk yang serupa), memupuk landskap komunikasi yang menarik dan interaktif.

Muat turun imo dan mendaftar adalah mudah. Selepas mengklik gambar profil dan mendandani avatar AI, klik https://static-web.imoim.net/as/raptor-static/3a95c6a0/index.html.

Dapatkan imo secara percuma di https://imo.im/

Latar Belakang imo

Imo ialah platform komunikasi segera global yang bertujuan untuk menyediakan cara yang paling mudah, interaktif dan menyeronokkan kepada orang ramai untuk berhubung. Melalui perkhidmatan komunikasi audio dan video yang boleh diakses, imo menghubungkan lebih 200 juta pengguna dalam 62 bahasa merentas lebih daripada 170 negara dan wilayah di seluruh dunia. imo telah memperkasa orang ramai dengan keupayaan untuk berhubung merentas berbatu-batu jauhnya dan sempadan antara mereka.

 

Source: imo
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Artificial Intelligence