omniture

SANY Perkenal Penyelesaian Penghasilan Hidrogen GW-Grade Bersepadu Serba Baharu dengan Elektrik Hijau, Membuka Laluan Baharu dalam Era Tenaga Bersih

SANY Group
2023-12-20 20:54 34

CHANGSHA, China, 20 Disember 2023 /PRNewswire/ -- SANY Hydrogen, subsidiari tenaga hidrogen bagi pengeluar jentera berat global yang terkemuka SANY Heavy Industry ("SANY", SSE: 600031), mengumumkan pelancaran besar-besaran alat elektrolisis hidrogen tunggal terbesar di dunia. Alat elektrolisis segi empat sama S-series baharu ini dapat menghasilkan 3,000 meter padu standard hidrogen setiap jam menggunakan tenaga elektrik boleh baharu. Kejayaan ini mempercepatkan penerimaan teknologi tenaga bersih oleh industri-industri dan menandakan kemajuan dalam usaha SANY untuk mendorong peralihan kepada penyelesaian lebih hijau.

Di COP28 yang terkini, strategi untuk menghapuskan bahan api fosil secara berperingkat-peringkat telahpun disahkan, mewakili pendekatan yang ketara dan signifikan terhadap tindakan iklim. Walau bagaimanapun, kaedah penghasilan hidrogen GW-Grade menggunakan tenaga boleh baharu menghadapi tiga cabaran kritikal: kenaikan kos penghasilan, peningkatan keperluan penyelenggaraan dan ketidakkonsistenan dalam prestasi.

Alat elektrolisis segi empat sama 3,000 meter padu standard S Series SANY telah menetapkan penanda aras industri baharu dengan kos sistem yang jauh lebih rendah dan kadar penggunaan tenaga elektrik hijau yang lebih baik sebagai penyelesaian praktikal untuk aplikasi berskala besar. Ia memiliki ketumpatan arus operasi 10,000A/m2 bagi menjamin kecekapan penghasilan yang tinggi, meningkatkan kadar penggunaan elektrik hijau sebanyak 10 peratus dan mengurangkan kos penyelenggaraan sebanyak 30 peratus.

S Series 3,000-standard-cubic-meter square electrolyzer
S Series 3,000-standard-cubic-meter square electrolyzer

Mengukuhkan laluan baharu pembangunan tenaga hidrogen

GW-GRADE terkini yang ditawarkan daripada SANY Hydrogen memanfaatkan kekuatan asas barisan S Series, termasuk jejak kompak, pembinaan modular, peningkatan ketumpatan arus dan operasi bertekanan, antara lain, untuk mewujudkan trajektori baharu bagi pengeluaran besar-besaran serta penggunaan hidrogen hijau.

Kejayaan syarikat ini dan pencapaian kerjasama industri termasuk pewujudan barisan pengeluaran alat elektrolisis alkali yang memiliki kapasiti tahunan 1.5GW dan ia menjadi peneraju dalam mengendalikan teknologi teras seperti kimpalan arka argon automatik, saluran paip tekanan pasang siap, penyusunan alat elektrolisi dengan kejituan tinggi serta pengeluaran besar-besaran sistem alat elektrolisis alkali daripada 500 hingga 2,000 meter padu standard dan 4,000 meter padu standard sistem pengasingan dan penulenan semua-dalam-satu.

Platform ujian alat elektrolisis 20MW yang dibangunkan oleh SANY Hydrogen telahpun digunakan, meletakkan asas kukuh untuk pembangunan produk serta lelaran pantasnya.

Electrolyzer test platform developed by SANY Hydrogen
Electrolyzer test platform developed by SANY Hydrogen

"Pelancaran baharu penyelesaian GW-Grade dan alat elektrolisis berkapasiti besar mewakili pembukaan lembaran baharu pembangunan teknologi hidrogen SANY. Dengan komitmen teguh kepada strategi globalisasi, transformasi pintar, berpusatkan digital dan rendah karbon, SANY Group memfokuskan untuk mencadangkan penyelesaian baharu untuk pelbagai senario penghasilan hidrogen berskala bermula daripada kuasa angin hingga hijau dan berjaya menangani cabaran teknikal alat elektrolisis berskala besar serta mengambil langkah kukuh dalam industrialisasi peralatan tenaga hidrogen," kata Xiang Wenbo, pengerusi bergilir SANY.

Pada masa akan datang, SANY Hydrogen akan terus meningkatkan pelaburan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta memperkasa peralihan tenaga hijau global, memberi sumbangan yang lebih besar kepada popularisasi dan aplikasi tenaga bersih.

SANY telah menetapkan matlamat yang bercita-cita tinggi untuk menjadi penyedia penyelesaian hidrogen bersepadu yang terbesar di China dalam tempoh lima tahun dan menerajui transformasi industri global dan ia menyediakan rantaian industri hidrogen komprehensif yang meliputi penghasilan hijau, penyimpanan, pengangkutan dan peralatan pengisian bahan api. SANY Hydrogen memberi tumpuan untuk meningkatkan inovasi teknologi teras dan mencapai rantaian bekalan tertutup dalam seluruh ekosistem industri bagi menyokong matlamat "Dwi Karbon" 2030/2060 China.

Untuk maklumat lanjut mengenai SANY Group, sila kunjungi http://www.sanyglobal.com atau ikuti kami di Facebook atau YouTube untuk mempelajari lebih lanjut.

 

Source: SANY Group
Related Stocks:
Shanghai:600031
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services