omniture

Huawei dan UNESCO Sumbang Peralatan ICT kepada MoE Etiopia Di Bawah Projek Sekolah Terbuka

Huawei
2023-12-20 22:04 60

ADDIS ABABA, Etiopia, 20 Disember 2023 /PRNewswire/ -- UNESCO dan Huawei menyumbang peralatan ICT kepada Kementerian Pendidikan Etiopia minggu lalu di bawah projek Sistem Sekolah Terbuka didayakan-Teknologi buat Semua (TeOSS) yang dikendalikan oleh kedua-dua rakan kongsi ini di Etiopia, Mesir dan Ghana sejak tahun 2020.

Handing-over Ceremony of ICT equipment to the Ethiopian Ministry of Education
Handing-over Ceremony of ICT equipment to the Ethiopian Ministry of Education

Sebagai sebahagian daripada projek tiga tahun ini, yang berakhir pada tahun ini dan ditempatkan di bawah inisiatif TECH4ALL Huawei, UNESCO dan Huawei menyediakan 480 tablet, 48 titik akses dan 24 papan pintar kepada 24 sekolah menengah benefisiari di wilayah-wilayah berbeza di Etiopia.

"Saya mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada UNESCO dan Huawei atas dedikasi mereka kepada pendidikan dan sumbangan yang penting ini pada waktu yang sangat kritikal ini," kata Ayelech Eshete, Menteri Negara untuk Kementerian Pendidikan di Etiopia. Merujuk kepada benefisiari sekolah menengah, beliau menambah, "Ia akan membolehkan mereka meneroka sumber pendidikan yang pelbagai, meluaskan pengetahuan mereka melangkaui buku teks dan berhubung dengan jaringan maklumat dan pengalaman pembelajaran global yang luas."

Peralatan ini akan menyumbang untuk menyokong matlamat lebih luas projek ini bagi mengurangkan jurang digital dan meningkatkan rangkuman pendidikan serta kesaksamaan dengan membina kapasiti pendidik dan institusi.

"Kami mencapai kejayaan penting dalam perjalanan ini tatkala kami menyaksikan penyerahan peralatan ICT yang terkini kepada sekolah-sekolah menengah di seluruh Etiopia," kata said Dr. Rita Bissoonauth, Pengarah, Pejabat Perhubungan UNESCO ke AU, UNECA dan Wakil Etiopia.
"Sekolah-sekolah ini, yang dipilih dengan teliti oleh MoE dan biro pendidikan serantau masing-masing sebagai benefisiari projek ini, kini akan berpeluang untuk mengintegrasikan teknologi ke dalam bilik darjah mereka, menyediakan pelajar dengan peluang untuk pembelajaran, kolaborasi dan pembangunan kemahiran yang dipertingkatkan."

Di Etiopia, projek TeOSS tiga tahun ini memfokuskan pada pembangunan infrastruktur ICT untuk menghubungkan sekolah perintis, melatih guru dan pelajar serta membina Sistem Pengurusan Pembelajaran yang diintegrasikan dengan Platform Latihan Guru. Matlamat lebih luas projek ini termasuk mencipta sistem sekolah bingkas-krisis yang memastikan kesinambungan pembelajaran dalam kedua-dua keadaan normal dan krisis dengan menjadikan sumber pendidikan tersedia di rumah, bilik darjah dan senario-senario lain.

Sejak pewujudan projek ini dalam tahun 2020, rakan-rakan kongsi projek telah mereka bentuk dan menilai hasil projek di Etiopia, Mesir dan Ghana dengan tujuan untuk mempertingkatkan projek di Afrika. Penekanan khusus ialah mendekati sekolah-sekolah di negara-negara bersumber rendah dan mentransformasikannya menjadi sekolah-sekolah yang didayakan oleh teknologi yang dapat menyokong peluang pembelajaran sepanjang hayat untuk semua serta kesaksamaan dan kualiti pendidikan untuk pelajar.

Perkongsian antara UNESCO dan Huawei disokong oleh usaha berterusan kerajaan Etiopia untuk memperkasa pelajar dan rakyatnya bagi menjadi peserta yang aktif dalam dunia digital, memastikan agar mereka bersiap sedia untuk mendepani cabaran dan peluang pada masa depan.

Latar Belakang UNESCO

UNESCO ialah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ia berusaha untuk membina sebuah masyarakat yang adil, inklusif, aman, terbuka dan berasaskan ilmu pengetahuan. Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://www.unesco.org/en/fieldoffice/addisababa.

Latar Belakang Kementerian Pendidikan Etiopia

Kementerian pendidikan dengan visinya untuk membina sistem pendidikan dan latihan secara Mampan yang menjamin kualiti dan pendidikan yang saksama untuk semua rakyat dan terus menghasilkan tenaga kerja yang cekap dan kompetitif yang mendorong pembangunan ekonomi negara.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://moe.gov.et/ 

Latar Belakang Huawei TECH4ALL

TECH4ALL ialah inisiatif rangkuman digital dan pelan tindakan jangka panjang Huawei. Didayakan oleh teknologi inovatif dan perkongsian, TECH4ALL dibangunkan untuk membantu menggalakkan keterangkuman dan kemampanan dalam dunia digital.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman web Huawei TECH4ALL di https://www.huawei.com/en/tech4all

Ikuti kami di Twitter melalui https://twitter.com/HUAWEI_TECH4ALL

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics