omniture

Novo Tellus kumpul dana ketiga dengan jayanya menerusi AS $510 juta dalam komitmen terlebih langgan

Novo Tellus
2023-12-21 08:05 114

SINGAPURA, 21 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Novo Tellus mengumumkan pada hari ini penyempurnaan pantas bagi pengumpulan dana untuk dana ekuiti persendirian ketiganya, Novo Tellus PE Fund 3, L.P. ("Dana"). Dana ini melepasi sasaran pengumpulan dana sebanyak 36% dan menutup pengumpulan dana pada had maksimum komitmennya iaitu AS $510 juta.

Dana ini menyelesaikan pengumpulannya enam bulan selepas mengadakan penutupan pertamanya pada Jun 2023 dengan 100% pelabur institusi sedia adanya menyatakan komitmen semula kepada Dana ini, diserta oleh himpunan rakan kongsi terhad baharu yang terkenal dari serata dunia.

Dalam tempoh 12 tahun sejak ia ditubuhkan, Novo Tellus mencipta rekod tersendiri dengan bekerjasama rapat bersama pemimpin perniagaan yang bercita-cita tinggi untuk merancakkan semula pertumbuhan dalam syarikat-syarikat teknologi dan perindustrian di Asia Tenggara dan selanjutnya. Novo Tellus membangunkan strategi pelaburan khusus yang menggabungkan ilmu pengetahuan sektor yang mendalam dengan perkongsian pengurusan berempati yang erat bagi memperluaskan visi perniagaan, mengembangkan produk dan perkhidmatan serta mencipta pertumbuhan perniagaan yang berkekalan dari semasa ke semasa.

"Kami bersyukur atas sokongan daripada rakan kongsi terhad kami yang terkemuka dan pelbagai yang mewakili banyak pelabur institusi yang terkemuka di peringkat global," kata Loke Wai San, Rakan Pengurusan. "Walaupun kami gembira dapat menyempurnakan pengumpulan dana dalam persekitaran yang sukar, kami tetap menumpukan pada perniagaan teras kami dengan tidak berbelah bahagi untuk bekerjasama dengan pasukan pengurusan yang hebat untuk melabur dalam pertumbuhan dan nilai kompaun untuk semua pihak berkepentingan.

Rantaian bekalan teknologi terus menyusun semula rantaiannya pada skala global besar-besaran hari ini, mencipta peluang yang penting untuk pelabur berkemahiran bagi membantu pasukan pengurusan mengemudi kerumitan dan memanfaatkan peluang pertumbuhan yang baharu. Model pelaburan khusus kami menjadi semakin baik tatkala kami terus menambah pengalaman, hubungan dan hasil yang berjaya dalam sektor kami dari semasa ke semasa. Kami akan terus memfokuskan tenaga dan pengalaman kami untuk mengembangkan kelebihan sektor tunggal ini dari semasa ke semasa tatkala kami membangunkan dan mengembangkan Dana 3 bersama pihak berkepentingan kami."

Latar Belakang Novo Tellus

Novo Tellus ialah firma ekuiti persendirian yang mengkhusus untuk membina pertumbuhan yang berkekalan dalam syarikat-syarikat rantaian bekalan teknologi di seluruh Asia Tenggara dan selanjutnya. Dengan pasukan pelaburan khusus dan rekod prestasi terbukti, Novo Tellus berusaha untuk menjalin perkongsian yang bermaklumat dan berempati secara mendalam dengan pemimpin perniagaan untuk meluaskan visi dan merancakkan semula pertumbuhan perniagaan dari semasa ke semasa.

Source: Novo Tellus
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Transportation Supply Chain/Logistics