omniture

Tribesigns Bekerjasama dengan One Tree Planted demi Inisiatif Alam Sekitar

Tribesigns
2023-12-21 15:00 47

LOS ANGELES, 21 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Tribesigns, jenama perabot dalam talian yang diiktiraf di peringkat global, mengumumkan perkongsian dengan One Tree Planted, sebuah pertubuhan bukan untung yang memfokuskan pada penghutanan semula global, biodiversiti dan penggalakan amalan mesra alam dalam program penanaman pokok.

 

 


Dengan penekanan agar sentiasa mengutamakan pelanggan, Tribesigns berada di barisan hadapan dalam menyediakan perabot yang direka bentuk dengan elegan, berkualiti tinggi serta berkesan kos kepada pelanggan. Bagi menggiatkan usaha kelestariannya dan memberi impak sosial yang positif, Tribesigns memulakan langkah yang ketara dalam strategi tanggungjawab korporatnya.

Melalui program "One Dollar One Tree, One Tribe One Dream" bersama One Tree Planted, Tribesigns menderma $1 bagi setiap pembelian melalui laman web rasminya kepada projek penghutanan semula. Ini membolehkan pelanggan menyokong secara langsung usaha perlindungan alam sekitar dengan setiap pembelian. Dalam tempoh sebulan penghantaran, sijil penanaman pokok akan dihantar melalui e-mel kepada pelanggan, lalu mengukuhkan komitmen kelestarian Tribesigns dan menyediakan kepada pelanggan dengan peranan yang bermakna dalam penghutanan semula.

Dilancarkan secara rasmi pada November ini, matlamat program ini adalah untuk menanam sekurang-kurangnya 20,000 batang pokok dalam tahun 2024, dengan tujuan untuk menggalakkan inisiatif pemuliharaan tanah dan air, meningkatkan kualiti udara dan menggalakkan pembangunan mampan komuniti.

"Di Tribesigns, kelestarian telah menjadi keutamaan tertinggi kami sejak awal lagi—kami menawarkan perkhidmatan kepada lebih 10 juta isi rumah A.S. dan lebih 1000 produk perabot dilabelkan sebagai Ikrar Mesra Iklim (Climate Pledge Friendly) pada Amazon," kata pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Tribesigns, En. Peter Wang. "Perkongsian kami dengan One Tree Planted merupakan satu lanjutan yang dijangkakan daripada dedikasi kami terhadap alam sekitar sambil menggalakkan pelanggan kami untuk menyumbang kepada planet yang lebih hijau."

"Ini lebih daripada inisiatif hijau di atas kertas buat kami," tambah Cik Sophia Zhao, pengasas bersama Tribesigns. "Tatkala kami terus memperkenalkan unit perabot yang direka bentuk dengan indah yang memberi keselesaan kepada setiap rumah, kami benar-benar berharap dapat membangunkan perniagaan mampan untuk pelanggan kami dan membawa perubahan dalam cabaran signifikan yang dihadapi oleh planet ini dari segi perubahan iklim dan pembasmian hutan."


Setiap unit perabot Tribesigns dicipta daripada kayu dituai secara lestari yang mengutamakan penghutanan semula. Pelanggan boleh berasa yakin dengan mengetahui bahawa pembelian mereka menyokong pengurusan hutan yang bertanggungjawab melalui perkongsian Tribesigns dengan One Tree Planted.

Latar Belakang Tribesigns
Tribesigns ialah pereka dan pengeluar perabot global yang terkemuka. Di Tribesigns, kami menyokong slogan "Direka Bentuk Untuk Kehidupan." Ditubuhkan pada tahun 2011 oleh waris mahir tukang kayu berkepakaran dan isteri beliau yang berbakat kreatif, menggabungkan kepakaran teknikal dengan bakat artistik, Tribesigns menghargai pendekatan mengutamakan pelanggan dengan kejujuran, kesederhanaan dan inovasi serta menumpukan perhatian untuk mencipta rumah yang selesa kepada semua orang.

Sejak itu kami mengukuhkan kedudukan kami sebagai peruncit dalam talian ulung perabot pejabat rumah. Kami juga memiliki 2 sub-jenama di bawah Tribesigns, termasuk Little Tree untuk perabot minimalis dan Lantine untuk perabot mewah. Dengan lebih daripada 35 gudang luar negara, keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan pembuatan yang kukuh, Tribesigns turut menawarkan perkhidmatan pesan hantar, OEM dan ODM kepada rakan niaga.

Untuk maklumat lanjut mengenai Tribesigns, sila kunjungi https://tribesigns.com/, B2B, FacebookYouTube, Pinterest dan TikTok.

Hubungi: pr@tribesigns.com 

Source: Tribesigns
Keywords: Environmental Products & Services Furniture & Furnishings Home Improvement Household/Consumer/Cosmetics Retail Conservation/Recycling Corporate Social Responsibility Environmental Issues