PORT VILA, Vanuatu, 21 Januari 2025 /PRNewswire/ -- Vantage Markets telah diberi penghormatan dengan anugerah "Rangkaian Pasaran Terbaik" bagi tahun 2025 oleh Compare Forex Brokers, pihak berkuasa yang terkemuka dalam menilai platform perdagangan. Anugerah ini mencerminkan komitmen Vantage untuk menawarkan rangkaian instrumen boleh niaga yang tiada tandingannya, opsyen leveraj dan kesesuaian untuk pelbagai strategi perdagangan dan dalam masa yang sama mengekalkan ketelusan, kepercayaan serta inovasi.
Justin Grossbard, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Penyelidikan di Compare Forex Brokers, memuji Vantage kerana menetapkan penanda aras industri, "Komitmen anda untuk menyediakan pengalaman perdagangan yang lancar, disokong oleh teknologi inovatif dan pendekatan berfokuskan pelanggan, benar-benar patut dipuji. Kepercayaan menjadi nadi industri kami dan Vantage Markets sentiasa menetapkan penanda aras demi integriti dan profesionalisme."
Pengiktirafan ini meraikan dedikasi Vantage untuk menawarkan rangkaian meluas pasaran CFD, memperkasakan pedagang dengan kefleksibelan dan pilihan. Ini termasuk tukaran mata wang asing (forex), komoditi, indeks, saham, ETF dan CFD bon, bagi memastikan pelanggan mendapat akses kepada pelbagai peluang perdagangan yang disokong oleh alat canggih dan platform yang mantap.
Marc Despallieres, Ketua Pegawai Strategi & Perdagangan di Vantage, melahirkan rasa syukur atas anugerah ini, "Memenangi anugerah 'Rangkaian Pasaran Terbaik' daripada Compare Forex Brokers merupakan detik yang membanggakan buat kami. Ia menekankan dedikasi kami untuk memberikan pengalaman perdagangan yang luar biasa melalui inovasi dan kepercayaan. Pencapaian ini mencerminkan kerja keras pasukan kami dan kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan kepada kami. Kami tetap komited untuk menerobos sempadan dan menyediakan komuniti global kami dengan peluang yang tiada tandingan."
Tatkala Vantage terus berkembang, syarikat ini fokus untuk mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju dalam industri perdagangan dengan meluaskan penawarannya, memajukan teknologi serta memupuk ketelusan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Vantage Markets dan perkhidmatannya yang memenangi anugerah, kunjungi Vantage Markets.
Latar Belakang Vantage
Vantage Markets (atau Vantage) ialah broker CFD berbilang aset yang menawarkan pelanggan akses perkhidmatan yang tangkas dan berkuasa bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD), termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.
Dengan pengalaman pasaran selama lebih 15 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan ekosistem perdagangan yang dipercayai, aplikasi perdagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform perdagangan mesra pengguna yang memperkasakan pelanggan untuk merebut peluang perdagangan. Muat turun Vantage App pada App Store atau Google Play.
berdagang lebih bijak @vantage
AMARAN RISIKO: Perdagangan CFD membawa risiko yang besar. Anda boleh mengalami kerugian lebih banyak daripada pelaburan awal anda.