omniture

Datawatch Lantik John Judge sebagai Ketua Pegawai Perolehan

Datawatch Corporation
2014-08-30 01:51 112

CHELMSFORD, Massachusetts, 29 Ogos 2014 /PRNewswire/ -- Datawatch Corporation (NASDAQ: DWCH), penyedia global terkemuka bagi penyelesaian penemuan data visual, hari ini telah mengumumkan pelantikan John P. Judge sebagai ketua pegawai perolehan, naib presiden kanan Jualan Sedunia. En. Judge baru-baru ini merupakan naib presiden kanan, Jualan Perusahaan Amerika untuk Iron Mountain Corporation, syarikat dengan hasil melebihi $3 bilion, yang melaluinya beliau telah bertanggungjawab terhadap hampir satu pertiga daripada hasil syarikat tersebut. Sebelum menyertai Iron Mountain, En. Judge berperanan sebagai pegawai kanan jualan di Novell, SilverStream Software, dan Honeywell.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20121015/NE92833LOGO

Di Datawatch, En. Judge akan bertanggungjawab terhadap semua jualan, perkhidmatan serta operasi rakan kongsi pada peringkat global. En. Judge merupakan pemegang ijazah sarjana muda sains pentadbiran perniagaan dan pemasaran dari Universiti Maine.

"Pelantikan John memperlihatkan kepada para pengguna, rakan kongsi, pemegang saham mahupun kakitangan kami Datawatch komited untuk mempercepat kemajuan jangka panjang," kata Michael Morrison, presiden dan ketua pegawai eksekutif Datawatch. "Menerusi kepimpinan John, organisasi jualan kami akan membawakan pendekatan jualan berasaskan nilai untuk pasaran penemuan data visual yang berkembang pesat, mewujudkan artikulasi yang lebih jelas tentang pendekatan kami terhadap industri vertikal, mengukuhkan pelibatan kami bersama rakan kongsi saluran, dan turut meningkatkan sumbangan kami terhadap kejayaan pelanggan. Kami teruja untuk menambah satu lagi eksekutif bertaraf dunia kepada pasukan pengurusan Datawatch."

"Bagi saya, ini semua adalah berkenaan pengalaman pengguna," kata En. Judge. "Datawatch amat menguja, kerana saya percaya kami mempunyai peluang untuk mencabar andaian dengan teknologi transformasi, membawakan pandangan yang lebih luas tentang bagaimana visualisasi data dapat mempercepat perniagaan para pelanggan kami, dan memupuk pengalaman berhadapan pelanggan yang dapat mewujudkan pembezaan jenama sebenar dalam pasaran serta memperluas perniagaan kami dengan ketara."

Latar Belakang Datawatch Corporation

Datawatch Corporation (NASDAQ-CM: DWCH) menyediakan perisian penemuan data visual yang mengoptimumkan apa-apa data – tanpa mengira kepelbagaiannya, jumlah, atau halaju – menyampaikan analisis generasi seterusnya bagi mendedahkan pandangan berharga untuk menambah baik perniagaan. Kebolehan tersendirinya untuk mengintegrasikan sumber berstruktur, tidak berstruktur serta separa berstruktur seperti laporan, fail PDF dan juga strim EDI dengan data penstriman masa sebenar ke dalam aplikasi analisis beraneka daripada segi visual membolehkan para pengguna untuk menemui secara dinamik faktor utama yang memberi kesan kepada apa jua aspek pengendalian perniagaan mereka. Kebolehan untuk melakukan penemuan visual terhadap apa-apa data menjadikan Datawatch berbeza dalam pasaran data besar dan visualisasi. Organisasi yang berlainan saiz, menggunakan produk Datawatch di seluruh dunia, termasuk 99 syarikat daripada senarai Fortune 100. Datawatch mempunyai ibu pejabat di Chelmsford, Massachusetts dengan pejabat di New York, London, Munich, Stockholm, Singapura, Sydney dan Manila, serta rakan kongsi dan juga pelanggan di lebih 100 negara di seluruh dunia. Lihatlah dengan sendiri Keseluruhan Kisahnya dengan memuat turun percubaan percuma di www.datawatch.com/free-trial.

Kenyataan Perlindungan Selamat di bawah Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995

Sebarang kenyataan yang terkandung dalam siaran akhbar ini yang tidak menggambarkan fakta bersejarah mungkin mengandungi kenyataan berpandangan ke hadapan sebagai istilah yang ditakrifkan dalam Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian 1995. Sebarang kenyataan sebegitu, termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berkaitan dengan keputusan operasi, yang terkandung di sini adalah berdasarkan jangkaan semasa, tetapi tertakluk kepada beberapa risiko dan ketidaktentuan yang boleh menyebabkan keputusan sebenar jelas berbeza daripada jangkaan. Faktor yang boleh menyebabkan keputusan sebenar masa depan benar-benar berbeza daripada jangkaan semasa termasuk yang berikut: risiko berkaitan dengan ekonomi global lemah yang berterusan; risiko berkaitan dengan turun naik dalam keputusan operasi suku tahun disebabkan oleh, antara faktor lain, saiz dan masa pesanan pelanggan yang besar; risiko berkaitan dengan pengambilalihan, termasuk pengambilalihan harta intelek baru-baru in daripada Math Strategies dan pengambilalihan Panopticon; turun naik harga saham Datawatch; had ke atas keberkesanan kawalan dalaman; perubahan teknologi yang pesat; kebergantungan Datawatch terhadap pengenalan produk baharu dan kemungkinan kelewatan dalam pengenalan tersebut; persaingan dalam industri perisian secara amnya, serta dalam pasaran khususnya bagi analisis generasi seterusnya; kebergantungan Datawatch terhadap produk utamanya, teknologi perisian proprietari dan perisian berlesen daripada pihak ketiga; risiko berkaitan dengan jualan dan operasi antarabangsa; risiko berkaitan dengan saluran pengedaran tidak langsung dan urusan pemasaran bersama, kebanyakannya ditubuhkan baru-baru ini; kecukupan simpanan pulangan jualan Datawatch; risiko berkaitan dengan model jualan langganan; kebergantungan Datawatch terhadap kebolehannya untuk mengambil dan mengekalkan kakitangan berkemahiran; gangguan atau kegagalan sistem teknologi Datawatch yang mungkin disebabkan oleh bencana alam, serangan siber atau kejadian bencana lain; dan ketidaktentuan serta kos tambahan yang mungkin disebabkan oleh peraturan urus tadbir korporat yang berubah dan pendedahan awam. Maklumat lanjut tentang faktor yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza daripada yang dijangkakan diperincikan dalam pelbagai dokumen yang boleh didapati untuk umum, termasuklah, tetapi tidak terhad kepada, pemfailan yang dibuat oleh Datawatch dari masa ke masa dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa, termasuk tetapi tidak terhad kepada, apa-apa yang didapati dalam Laporan Tahunan Syarikat pada Borang 10-K untuk tahun yang berakhir pada 30 September 2013 dan Borang 10-Q untuk suku yang berakhir pada 31 Disember 2013, 31 Mac 2014 serta 30 Jun 2014. Sebarang kenyataan berpandangan ke hadapan perlu dipertimbangkan berdasarkan faktor tersebut.

Maklumat Perhubungan Pelabur:
Perhubungan Pelabur Datawatch
investor@datawatch.com
Telefon: (978) 441-2200 samb. 8323

Maklumat Perhubungan Media: 
Sarah Bernardi
Datawatch Corporation
Sarah_Bernardi@datawatch.com
Telefon: (978) 441-2200 samb. 8387
Twitter: @datawatch

© 2014 Datawatch Corporation. Datawatch dan logo Datawatch ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Datawatch Corporation di Amerika Syarikat dan/atau negara lain. Kesemua nama lain ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar bagi syarikat masing-masing.

Source: Datawatch Corporation
Related Stocks:
NASDAQ:DWCH
Related Links:
Keywords: Computer Software Telecommunications Personnel announcements