QINGDAO, China, 21 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Hisense, syarikat elektronik dan perkakas pengguna global, dianugerahkan pensijilan jejak karbon produk untuk Pencuci-Pengering 5S Series Hisense baharu selaras dengan piawaian ISO 14067. Syarikat ini turut diiktiraf dengan pendapat jejak karbon korporat untuk bahagian Hisense Washing Machine Company selaras dengan piawaian ISO 14064-1 oleh TÜV Rheinland, penyedia perkhidmatan teknikal yang terkemuka di seluruh dunia.
Dalam memenuhi dan mematuhi piawaian ISO 14067, TÜV Rheinland bekerjasama dengan Hisense bagi membangunkan sempadan perakaunan jejak karbon produk (PCF) untuk Pencuci-Pengering 5S Series yang merangkumi pemerolehan bahan mentah dan peringkat prarawatan, pembuatan produk, pengedaran, penggunaan dan kitar semula sisa. Data jejak karbon daripada peringkat pengeluaran dan pembuatan dicapai dengan mengumpul, menyusun dan mengesahkan data peringkat awal daripada pembekal dan syarikat itu sendiri dengan mengaplikasikan teknik pemodelan data. Statistik jejak karbon kitar hayat untuk peringkat aplikasi bagi beberapa negara pengeksport sasaran diperoleh dengan menggunakan standard ujian penggunaan tenaga produk termasuk piawaian EU No 2019/2023, EN 60456:2006+A11:2020 dan EN IEC 62512:2020+A11:2020.
Keputusan PCF mengiktiraf keupayaan menjimatkan tenaga Pencuci-Pengering 5S Series yang cemerlang bagi membantu menurunkan bil elektrik dan mencapai kelestarian alam sekitar dalam kecekapan tenaga yang diperakui dengan Kelas A Standard Eropah. Dengan misi "Pencucian pintar, kehidupan mudah" Pencuci-Pengering 5S Series bertujuan untuk menggembirakan pelanggan melalui inovasi teknikal, standard kebersihan dan kemudahan penggunaan, kesemua ini seterusnya mengupayakan 'kemudahan kehidupan'. Hisense terus berusaha untuk mengaplikasikan skim mampan dalam pelbagai aspek produk termasuk reka bentuk pengkarbonan rendah bagi pembungkusan produk dan penggantian bahan-bahan kitar semula mesra alam serta bahan-bahan rendah karbon.
TÜV Rheinland turut mengesahkan jejak karbon korporat Hisense Washing Machine Company selaras dengan piawaian ISO 14064-1. Ia menjalankan proses pengesahan-silang melalui penyata, bil dan semakan bahan-bahan lain serta menentukan kecukupan, ketulenan serta keandalan data termasuk lawatan di tapak, pemeriksaan pelaporan data daripada inventori dalaman dan penelitian yang rapi terhadap semua sumber emisi.
Hisense Washing Machine Company melengkapkan inventori jejak karbon penuh semua jabatan dan produknya menjelang Oktober 2023. Syarikat ini merancang secara strategik empat laluan menuju pengurangan karbon, mencakupi pengurusan hijau, operasi, rantaian bekalan serta produk. Bagi menjayakan teknologi yang inovatif dan mampan, Hisense berhasrat untuk menawarkan produk jimat tenaga dan berkualiti tinggi kepada pelanggan yang membantu menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih hijau.