omniture

Zoomlion Terajui Pembinaan Stesen Antartika Cina Terbesar di Laut Ross, Menunjukkan Kecemerlangan Kejuruteraan dalam Keadaan Ekstrem

Zoomlion
2023-12-22 11:00 17

CHANGSHA, China, 22 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ("Zoomlion", 1157.HK) baru-baru ini berganding bahu untuk membina stesen penyelidikan Antartika kelima China di Pulau Tak Terungkap (Inexpressible Island) di Teluk Terra Nova, Laut Ross. Menggunakan kren rangkak bum teleskopik termaju, Zoomlion menunjukkan kehebatan kejuruteraannya dalam keadaan persekitaran yang mencabar.

Stesen ini, meliputi keluasan 5,244 meter persegi, ketika ini sedang menjalani pembinaan berskala penuh. Ia berperanan sebagai bukti kepada pembinaan pintar yang intensif, cekap, hijau, rendah karbon dan termaju. Stesen ini, diunjurkan siap dalam tempoh 60 hari, akan menempatkan sehingga 80 penyelidik, menyokong kajian berbilang disiplin dalam persekitaran atmosfera dan marin serta ekologi biologi.

Kren rangkak bum teleskopik Zoomlion, ZCT600V5, telahpun tiba di Laut Ross, terlibat dalam tugas-tugas seperti pemunggahan bahan dan mengambil bahagian dalam pemasangan struktur keluli Stesen ini. Peralatan ini menunjukkan prestasi yang luar biasa pada rupa bumi berais, tidak terhalang oleh keadaan Antartika yang mencabar oleh sejuk melampau, angin kencang dan radiasi.

Dilengkapi dengan bum berbentuk-U, 46-meter, 5-bahagian, kren ini menerajui industri ini dari segi panjang lengan dan keupayaan mengangkat. Casis rangkak teleskopik lebar-trek-besarnya, digandingkan dengan trek tak-licin tersuai dan kebolehan mendaki yang mengagumkan, menjadikannya ideal untuk tugas-tugas mengangkat yang rumit dalam persekitaran yang mencabar. Reka bentuk modular ZCT600V5 membolehkan pengangkutan yang mudah dan pemasangan sendiri yang pantas bagi beban pengimbang 20-tan, meningkatkan dengan ketara kecekapan pembinaan, terutamanya dalam tempoh pembinaan yang terhad.

Stesen ini menerima pakai teknologi pembinaan modular berskala besar untuk meminimumkan kerja di lapangan. Ia merangkumi 84 modul besar, direka bentuk untuk dipasang pada lantai struktur keluli utama, dengan utiliti sedia untuk dimuatkan serta-merta. Sebelum ini, kren Zoomlion terlibat dalam penyesuaian unit modular dan pra-pemasangan di China dan akan terus memainkan peranan yang penting di Antartika, menyediakan pangkalan yang kukuh untuk penjelajah menyelami kedalaman Antartika.

Peranan Zoomlion dalam membina Stesen ini merupakan satu lagi kejayaan dalam menangani cabaran kejuruteraan di bawah keadaan yang paling mendesak dan syarikat ini amat berbangga dengan penyertaannya. Prestasi peralatannya di bawah keadaan Antartika yang ekstrem memperlihatkan kehebatan teknikal Zoomlion yang mantap. Di samping itu, sumbangan syarikat ini terhadap penyelidikan saintifik berperanan sebagai bukti kepada komitmennya yang tidak berbelah bahagi untuk memberi pengaruh yang positif kepada dunia.

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Keywords: Auto Construction/Building Machinery Mining/Metals Transportation Trucking and Road Transportation