omniture

Trina Solar dan lima pengeluar PV lain lancar inisiatif seragamkan modul 700W+ dan naik taraf perikatan untuk memacu trend 700W+

Trina Solar Co., Ltd
2023-12-22 11:05 80

CHANGZHOU, China, 22 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Trina Solar, penyedia penyelesaian PV pintar dan storan tenaga yang terkemuka di dunia serta lima pengeluar terkemuka yang lain, Astronergy, Canadian Solar, Risen Energy, TCL Zhonghuan dan Tongwei, menubuhkan Perikatan Ekologi Inovasi Terbuka Fotovolta 700W+ pada 15 Disember, selepas mereka melancarkan inisiatif bersama untuk menyeragamkan dan mengaplikasikan reka bentuk modul PV 700W+ pada 11 Disember, menandakan pencapaian penting seluruh industri ini dalam memasuki era PV 700W+.

Berdasarkan kepada dimensi standard modul kuasa ultra-tinggi 700W+, berserta dokumen "Spesifikasi Teknikal T/CPIA 0003-2022 untuk Dimensi Modul Fotovolta Darat Silikon Habluran dan Lubang Pemasangan" yang dikeluarkan oleh China Photovoltaic Industry Association, enam pengeluar mencadangkan bahawa modul 700W dalam kesemua syarikat PV harus mematuhi dimensi industri sedia ada yang dipersetujui (saiz modul: 2384mm x 1303mm; jarak lubang menegak sebelah panjang modul: 400mm/1400mm) dan jarak lubang 790mm telahpun ditambah kepada standard ini.

Mengurangkan LCOE dengan meningkatkan kecekapan modul dan output kuasa telah menjadi trend yang tidak dapat dielakkan dalam industri ini. Syarikat-syarikat berkata dengan usaha kolaboratif perikatan ekologi inovasi terbuka PV, industri PV memasuki era 600W+ tiga tahun yang lalu. Pada masa kini, output kuasa modul PV telah dinaik taraf daripada 600W+ kepada 700W+ dengan aplikasi teknologi sel berkecekapan tinggi jenis-n (TOPCon, HJT, dsb.) dan teknologi wafer format besar (210mm) G12.

Inisiatif ini, yang menyeru semua syarikat PV untuk menggalakkan penyeragaman dimensi modul dan industrialisasi modul kuasa ultra tinggi dan berkecekapan ultra tinggi, akan mendorong industri ini selangkah ke hadapan ke arah memperindustrikan modul PV 700W+.

Perikatan Ekologi Inovasi Terbuka Fotovolta 700W+ yang baru dinaik taraf akan memberi peluang besar baik kepada rantaian huluan mahupun hiliran sekali gus mencapai kesan berskala besar, meningkatkan kecekapan rantaian bekalan, meningkatkan pengeluaran dan mengurangkan kos dalam seluruh rantaian industri, hasil daripada mempercepatkan industrialisasi produk 700W+, mengurangkan LCOE dan memaksimumkan nilai PV solar, kata pengeluar.

Menerusi inisiatif ini untuk menyeragamkan dimensi modul 700W+ dan penaiktarafan Perikatan Ekologi Inovasi Terbuka Fotovolta, Trina Solar, dengan misinya "Tenaga Solar buat Semua" sekali lagi membuka jalan untuknya. Bersama-sama pihak-pihak lain dalam industri ini, Trina Solar komited untuk menyampaikan nilai yang lebih tinggi kepada industri dan pengguna tenaga solar yang sedia ada dan bakal pengguna di seluruh dunia.

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services