omniture

Shaquille O'Neal Bekerjasama Dengan Playmaker HQ Untuk Melancarkan Rangkaian Podcast & Rancangan Mingguan Serba Baharu

Playmaker HQ
2023-12-22 18:44 96

"The Big Podcast with Shaq" yang diubah suai akan menampilkan elemen muzik, sukan, budaya pop dan tetamu selebriti dan menjadi rancangan pertama yang dilancarkan dalam "The Big Podcast Network," sebuah platform kandungan yang khusus untuk membantu atlet dan pencipta memulakan dan mengembangkan jenama kandungan mereka.

FORT LAUDERDALE, Fla., 22 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Shaquille O'Neal kembali dengan rancangan podcast mingguan serba baharu yang akan dilancarkan lewat musim luruh ini sebagai sebahagian daripada entiti podcastnya yang baharu dibentuk, The Big Podcast Network. Melalui perkongsiannya dengan Playmaker HQ, The Big Podcast Network akan membangunkan, mengeluarkan dan mengedarkan pelbagai pilihan podcast daripada dunia sukan, perniagaan, hiburan dan banyak lagi.

Semua kandungan di The Big Podcast Network akan dihasilkan oleh pasukan penerbitan dalaman Playmaker dengan kerjasama Jersey Legends Productions Shaquille O'Neal, termasuk rancangan baharu dengan rakan hos TNT "Inside the NBA" Adam Lefkoe dan penerbit Playmaker HQ yang memenangi anugerah Shaine Freeman. Episod 60 minit akan bersiaran sepanjang musim NBA 2023-2024 yang berbaki dan akan tersedia di saluran YouTube The Big Podcast Network, saluran sosial The Big Podcast yang dikhususkan, aplikasi Bleacher Report dan di mana sahaja podcast boleh didapati, termasuk Apple dan Spotify.

The Big Podcast Network akan menjadi platform yang dikhususkan kepada atlet &pencipta yang ingin memulakan dan mengembangkan jenama mereka dengan bantuan dan panduan daripada Playmaker HQ dan capaian luas mereka dengan lebih tiga bilion pengikut merentasi media sosial. 

"Saya teruja untuk bekerja dengan Playmaker, rakan kongsi kreatif yang ada proses penerbitan dan pengedaran unik, untuk mencipta rangkaian podcast saya sendiri," kata O'Neal. "The Big Podcast Network akan mengutamakan dan menyampaikan pendapat berbeza yang pelbagai dan akan mengembangkan perbualan yang mencakupi bukan sahaja sukan tetapi juga muzik, fesyen dan hiburan."

Pendorong utama rangkaian ini adalah untuk mencipta platform baharu dan inovatif untuk atlet, penghibur dan pencipta yang membangunkan kandungan yang mengutarakan pendapat dan idea mereka. Dengan menyertai The Big Podcast Network, mereka akan mendapat akses kepada pengurusan, penerbitan, pengedaran dan kepakaran pengewangan Playmaker HQ dan pada masa yang sama memanfaatkan minda kreatif, promosi dan sumber rangkaian Shaq yang sangat luas.

"Daripada perbualan pertama kami, visi kami sejajar, dengan kedua belah pihak ingin menghasilkan rancangan yang menyeronokkan, kreatif dan asli, serta ingin membina platform yang memberikan perkhidmatan penuh untuk membantu altet lain membina platform kandungan mereka sendiri yang berjaya," kata Presiden dan Ketua Pegawai Kandungan Playmaker HQ Brandon Harris. "Khalayak kami sudah menyukai Shaq, dan kami tidak sabar untuk mereka lebih mengenalinya dengan lebih baik melalui platform ini. Malah lebih penting lagi, kami amat teruja untuk menjadi penggerak utama di sebalik kisah kejayaan keusahawanan atlet bersama rangkaian baharu kami."

Silver Tribe Media telah menjadi orang tengah bagi perjanjian antara The Big Podcast Network O'Neal dan Playmaker HQ.

Perihal Playmaker HQ
Playmaker HQ ialah syarikat hiburan sukan yang berkembang dengan cepat dan mengkhusus dalam penerbitan dan pengedaran kandungan. Playmaker HQ menerbitkan lebih daripada 500 video sebulan merentasi media sosial, mencapai lebih 3 bilion orang merentasi platform media sosial seperti Instagram, TikTok, Twitter, Snapchat dan YouTube. Beribu pejabat di Ft. Lauderdale, Fla., Playmaker HQ diambil alih oleh Better Collective, kumpulan media sukan yang berpangkalan di Copenhagen, Denmark, pada bulan Julai 2023. Untuk maklumat lanjut tentang Playmaker HQ, sila lawati @playmaker di media sosial atau PlaymakerHQ.com.

Jersey Legends
Dicipta oleh Shaquille O'Neal dan Mike Parris, Jersey Legends baru-baru ini telah menerbitkan SHAQ yang dicalonkan dalam Sports Emmy, satu siri dokumentari empat bahagian daripada HBO yang mengisahkan usaha Shaq hingga mencapai taraf superstar dan mempunyai beberapa projek dalam pelbagai peringkat pembangunan. Ia juga telah memenangi Academy Award dalam kategori Dokumentari Pendek Terbaik untuk Queen of Basketball pada tahun 2021. Syarikat ini terus beroperasi di jabatan komersial yang berkembang maju dan memberikan perkhidmatan penerbitan dalaman bagi kandungan dan pembangunan kreatif bermutu tinggi, dan memberikan perkhidmatan kepada rakan kongsi dan klien daripada pelbagai latar belakang.

The Big Podcast with Shaq, airing throughout the 2023-2024 NBA season and will be available on The Big Podcast Network’s YouTube channel, dedicated The Big Podcast social channels, the Bleacher Report app, Max, and wherever podcasts can be found, including Apple and Spotify.
The Big Podcast with Shaq, airing throughout the 2023-2024 NBA season and will be available on The Big Podcast Network’s YouTube channel, dedicated The Big Podcast social channels, the Bleacher Report app, Max, and wherever podcasts can be found, including Apple and Spotify.
Shaq and Adam Lefkoe during episode 1 of The Big Podcast with Shaq.
Shaq and Adam Lefkoe during episode 1 of The Big Podcast with Shaq.
Shaq (middle) and host Adam Lefkoe (right), with retired Miami Heat star Udonis Haslem, after recording episode 1 of The Big Podcast with Shaq.
Shaq (middle) and host Adam Lefkoe (right), with retired Miami Heat star Udonis Haslem, after recording episode 1 of The Big Podcast with Shaq.

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2305852/Playmaker_HQ_Logo.jpg?p=medium600 
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2305853/Playmaker_HQ.jpg?p=medium600 
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2305854/Playmaker_HQ.jpg?p=medium600 
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2305855/Playmaker_HQ.jpg?p=medium600 

Source: Playmaker HQ
Keywords: Entertainment Radio Sports Licensing/marketing agreements New products/services