omniture

TCL Pamer Portolio dan Penyelesaian Teknologi Terkemuka untuk Inspirasikan Kehebatan di CES 2024

TCL Electronics
2023-12-23 00:28 93

SHENZHEN, China, 23 Disember 2023 /PRNewswire/ -- TCL Electronics, jenama elektronik pengguna yang terkemuka dan jenama TV dua terbaik di dunia, hari ini mengumumkan kehadirannya di Pameran Elektronik Pengguna (CES) tahunan, berlangsung di Las Vegas pada Januari 2024. Syarikat ini akan mempamerkan lebih seratus produk canggih, mendemonstrasikan portfolio teknologi terkemukanya yang mencakupi 15 kategori produk, termasuk TV QD-Mini LED, penyaman udara TCL FreshIN, peti sejuk TCL Free Built-in Series, mesin basuh, peranti mudah alih beraneka ciri, cermin mata AR, paparan komersial, penyelesaian tenaga pintar sehenti dan banyak lagi.

Sebagai sebuah syarikat yang terkemuka bagi TV skrin besar premium dan teknologi Mini LED, TCL bersedia untuk mempersembahkan pencapaian terkininya dalam teknologi paparan di CES 2024 dan memperkenalkan salah satu TV QD-Mini LED yang terbesar di dunia kepada penonton di wilayah Amerika Utara buat julung kalinya.

Selain daripada sistem pawagam rumah pemenang anugerah, syarikat ini akan memperkenalkan salah satu penyelesaian hiburan peranti mudah alih terhubung pintar yang pertama dalam industri ini yang menggabungkan telefon pintar, tablet, cermin mata pintar dan peranti lain. Antara kesemua ini, teknologi paparan NXTPAPER yang terkini dioptimumkan untuk mata manusia dan cermin mata AR RayNeo dengan paparan kepala tinggi 3D warna penuh revolusioner serta keupayaan AI yang berkuasa akan didedahkan.

Bersama-sama rakan kongsinya yang terkenal di seluruh dunia, TCL terus menginspirasikan kehebatan untuk pengguna global melalui pelbagai kolaborasi perintis termasuk peranannya sebagai Rakan Kongsi TV rasmi Liga Bola Sepak Kebangsaan (NFL) di Amerika Utara. Selain itu, TCL akan menunjukkan komitmennya kepada masa depan yang lebih hebat dan lebih mampan melalui inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urusnya (ESG) yang terkini.

TCL telahpun menyaksikan pertumbuhan yang konsisten sepanjang tiga suku pertama tahun 2023. Khususnya, TV TCL menduduki tempat pertama dalam penghantaran keseluruhan di Filipina, Australia, Myanmar dan Pakistan. Penghantaran TV TCL di wilayah Amerika Utara meningkat 11.4% berbanding tahun sebelumnya, menempatkan syarikat ini di kedudukan ketiga dari segi penghantaran di Amerika Syarikat. Di tempat lain, TV TCL berada di tempat kedua di Perancis dan ketiga di Republik Czech dan Sweden dari segi penghantaran. Bagi peranti mudah alih, telefon pintar TCL menduduki kedudukan tiga teratas bagi penghantaran telefon Android di Amerika Utara. Produk TCL yang lain termasuk penyaman udara dan cermin mata AR dan XR RayNeo turut menerajui pasaran global dengan ciri-cirinya yang terkini dan inovatif.

Untuk butiran lanjut, sila rujuk di bawah:

Sidang Media CES 2024 TCL
Tarikh & Masa: 11 AM (PST), 8 Januari 2024
Lokasi: Mandalay Bay, Islander Ballroom di North Convention Center

Reruai CES TCL
Tarikh: 9-12 Januari 2024
Lokasi: Pusat Konvensyen Las Vegas, Dewan Pusat #18708

Latar Belakang TCL Electronics 

TCL Electronics (1070.HK) ialah jenama elektronik pengguna yang terkemuka dan peneraju dalam industri televisyen global. TCL kini beroperasi dalam lebih daripada 160 pasaran di seluruh dunia. Syarikat ini mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna bermula daripada televisyen, audio, peralatan rumah, peranti mudah alih, cermin mata pintar, paparan komersial dan banyak lagi. Kunjungi laman web TCL di https://www.tcl.com.

 

Source: TCL Electronics
Related Stocks:
HongKong:1070
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Environmental Products & Services Green Technology Household Products Household/Consumer/Cosmetics Internet Technology Mobile Entertainment Oil/Energy Retail Telecommunications Utilities New products/services Trade show news Future Events Artificial Intelligence