omniture

Raikan Musim Cuti dengan TCL: Buka Hadiah Hiburan Tiada Tandingan dan Keselesaan Rumah Dipertingkat

TCL
2023-12-26 10:24 8

Terokai Keajaiban Musim dengan Hiburan Termaju dan Penyelesaian Rumah Pintar TCL

HONG KONG, 26 Disember 2023 /PRNewswire/ -- TCL Electronics (1070.HK), jenama elektronik pengguna yang terkemuka dan jenama TV dua terbaik di dunia, meraikan musim cuti dengan mengundang anda untuk menghidupkan semula keseronokan dan kehangatan musim cuti di rumah dengan rangkaian hiburan rumah dan peranti domestik pintarnya yang inovatif. Ketika keluarga berkumpul dan semangat perayaan melonjak, tawaran daripada TCL merupakan pelengkap yang sempurna untuk mencipta kediaman yang bahagia dan sejahtera, dipenuhi dengan pengalaman yang dikongsi bersama serta kenangan indah semasa musim perayaan.

Hiburan Rumah Luar Biasa untuk Seisi Keluarga

Bayangkan melihat kepingan salji jatuh dalam cahaya ruang tamu anda, dengan kontras ekstrem yang dicipta oleh cahaya belakang Mini LED pada TV QD-Mini LED X955 TCL, menghasilkan gambaran imej yang sangat realistik. Keajaiban skrin besar ini, tersedia dalam saiz sehingga 98", dengan resolusi 4K Ultra HD yang unggul serta Mini LED yang canggih, QLED dan teknologi pemalapan setempat tatasusunan penuh, menukar setiap filem musim cuti menjadi tontonan perayaan yang mengasyikkan. Keupayaan HDR Premium, menyampaikan sehingga 5000 nit yang mengagumkan, memastikan agar lampu berkelip-kelip dengan lebih terang dan warna-warni perayaan muncul dengan lebih banyak keriangan. Kualiti gambar yang cemerlang dilengkapi oleh Dolby Atmos imersif yang mengisi ruang anda dengan bunyi musim ini.

Bagi mereka yang mencari pertandingan mesra keluarga semasa musim cuti ini, tingkatkan lagi keterujaan dengan TCL C805, TV QD-Mini LED yang merupakan hadiah terunggul untuk pemain di dalam rumah anda. Skrin 98-inci yang besar dan resolusi 4K Ultra HD menghidupkan dunia maya dengan kejelasan yang mengagumkan. Dengan kadar segar semula berubah-ubah 144 Hz dan kecerahan puncak 1600 nit, setiap permainan yang dimainkan dihidupkan seperti yang belum pernah terjadi sebelum ini. Keupayaan HDR TV ini yang komprehensif meningkatkan sesi permainan anda, menjadikannya cukup menarik untuk menghabiskan masa dengan bersahaja sewaktu musim sejuk.

TCL 98P745 merupakan tiket anda untuk pengalaman sinematik yang berpatutan di bawah bumbung anda. Dengan Dolby Vision dan Dolby Atmos, TV ini mencipta adegan imersif yang dapat menyaingi mana-mana pawagam. Berserta resolusi 4K dan lebih satu bilion warna, prestasi audio ONKYO 2.1 adalah sama cemerlang, bagi memastikan setiap malam menonton filem menjadi sesuatu yang tidak dapat dilupakan. Reka bentuk rapi P745 menambah sentuhan kecanggihan kepada hiasan musim cuti anda, menjadikannya bahagian yang penting dalam pengubahsuaian Hari Krismas kediaman anda.

Bernafas Mudah Hari Krismas Ini dengan Penyaman Udara Siri FreshIN

Sewaktu musim cuti, rumah biasanya dipenuhi dengan tetamu, menjadikannya detik yang lebih penting untuk memastikan persekitaran dalaman selesa dan bersih. Sambutlah tetamu anda ke dalam keselesaan rumah anda dengan Penyaman Udara Siri FreshIN TCL yang memastikan udara ruang dalaman anda kekal segar dan sihat sepanjang perayaan. Teknologi FreshIN+ 2.0 menyegarkan semula ruang anda dengan pertukaran udara yang berterusan, manakala sistem penapisan empat-lapisan menulenkannya, menghapuskan rasa 'sesak' yang seringkali terjadi dengan ruang berlebihan orang dan mewujudkan oasis yang bersih untuk waktu malam musim sejuk yang dingin.

*Ketersediaan dan spesifikasi produk mungkin berbeza merentas wilayah. Untuk maklumat terperinci, sila semak dengan peruncit tempatan anda.

-TAMAT-

Latar Belakang TCL Electronics

TCL Electronics (1070.HK) ialah jenama elektronik pengguna yang berkembang pantas dan peneraju dalam industri televisyen global. Ditubuhkan pada tahun 1981, kini ia beroperasi dalam lebih daripada 160 pasaran di seluruh dunia. TCL mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna bermula daripada televisyen, audio dan peralatan rumah pintar. Kunjungi laman web TCL di https://www.tcl.com.

Source: TCL
Related Stocks:
HongKong:1070
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household/Consumer/Cosmetics New products/services