omniture

XCMG Mengoperasikan Barisan Pengeluaran Jentera Angkut Tenaga Baharu Pertama Dunia

XCMG Machinery
2023-12-27 02:17 18

XUZHOU, China, 27 Disember 2023 /PRNewswire/ -- XCMG Machinery (SHE: 000425, "XCMG") telahpun merasmikan XCMG Loading Equipment Research Institute ("Institut") dan mengoperasikan barisan pengeluaran jentera angkut tenaga baharu yang pertama di dunia di Xuzhou, China. 

XCMG Commissions the World’s First New Energy Loader Production Line
XCMG Commissions the World’s First New Energy Loader Production Line

"Institut ini akan memainkan peranan yang penting dalam transformasi dan penaiktarafan industri ini yang berpusatkan kepada pembangunan hijau, pintar, canggih, berorientasikan perkhidmatan dan bertaraf antarabangsa, dengan matlamat untuk mencipta ekosistem inovasi teknologi berorientasikan pasaran yang mengintegrasikan industri, pendidikan dan penyelidikan, mendorong model penyelidikan dan pembangunan (R&D) positif yang asli dan perintis, menerajui pasaran dengan teknologi dan kualiti serta menggalakkan pembangunan industri yang berkualiti tinggi," kata Yang Dongsheng, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengerusi XCMG.

Berikutan trend mampan yang semakin berkembang, kadar penembusan jualan jentera angkut tenaga baharu terus menaik, meningkat daripada 1.8 peratus dalam bulan Februari kepada 5.8 peratus dalam bulan September di China; dan kadar penembusan semasa XCMG mencapai 12.1 peratus.

Barisan pengeluaran pintar, mesra alam
Barisan pengeluaran jentera angkut tenaga baharu ini direka bentuk khususnya untuk model tenaga baharu dan membawa penyesuaian kepada penaiktarafan dan lelaran produk yang pantas, meletakkan asas kukuh untuk pembuatan pintar produk peralatan tenaga baharu.

Selain daripada mengeluarkan kenderaan tenaga baharu bebas emisi, barisan produk ini turut menggunakan tenaga bersih dalam seluruh proses pembuatan bagi menghapuskan emisi industri. Pengedaran dan pemindahan bahan dicapai dengan peralatan bermotor, termasuk AGV dan forklift elektrik, dengan tahap automasi tinggi serta penggunaan tenaga yang rendah. Bermula daripada kelengkapan, pemindahan dan alatan hingga produk, seluruh pemasangan tenaga baharu adalah hijau sepenuhnya tanpa sebarang pencemaran atau emisi karbon hampir-sifar.

Barisan pengeluaran ini mengurangkan emisi Skop I, II dan III dengan signifikan – setiap jentera angkut tenaga baharu mempunyai purata masa operasi selama 3,000 jam, mengurangkan 32.3 tan emisi karbon dan 118.35 tan emisi CO₂ setiap tahun. 

Ketika ini, terdapat hampir 1,500 unit jentera angkut tenaga baharu XCMG yang beroperasi, mengurangkan emisi karbon tahunan sebanyak 48,400 dan emisi CO₂ sebanyak 177,500 tan. Dianggarkan bahawa menjelang tahun 2025, volum jualan tahunan jentera angkut elektrik XCMG akan mencapai 5,000 unit, seterusnya mengurangkan emisi CO2 sebanyak 592,000 tan setiap tahun.

Pada tahun 2010, XCMG mempelopori jentera angkut LNG yang pertama di dunia, yang mengukuhkan kedudukannya yang utama dalam sektor jentera angkut tenaga baharu. Hari ini, terdapatnya perkembangan portfolio produk komprehensif yang terdiri daripada produk elektrik tulen, berkuasa-hidrogen dan tenaga baharu hibrid, digandingkan dengan aplikasi teknologi pintar termasuk kawalan jauh serta operasi tanpa pemandu.

 

Source: XCMG Machinery
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Keywords: Auto Computer Software Environmental Products & Services Green Technology Machinery Mining/Metals Oil/Energy Transportation Utilities New products/services