omniture

Loji Janakuasa Nuklear Generasi IV Pertama Global Dibina Bersama oleh Shanghai Electric Mulakan Operasi Komersial

Shanghai Electric
2023-12-27 10:53 226

SHANGHAI, 27 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Projek loji janakuasa nuklear pertama di dunia yang dilengkapi dengan teknologi kuasa nuklear Gen IV – projek demonstrasi Modul Dasar-Kerikil Reaktor Sejukan-Gas Suhu-Tinggi (HTR-PM) Shidaowan, dengan Shanghai Electric menjadi salah satu pembekal peralatan utama – memulakan operasi komersial, susulan kejayaan penyempurnaan pelaksanaan ujian selama 168 jam yang mengesahkan bahawa semua sistem memenuhi fungsi reka bentuk. Pencapaian ini mendorong China untuk berada di barisan hadapan inovasi tenaga nuklear tatkala ia terus meninjau sumber kuasa yang selamat, andal dan mampan bagi memudahkan sasaran puncak dan keneutralan karbonnya.

Menjana kuasa melalui penukaran kuasa nuklear, haba, mekanikal dan elektrik, reaktor sejukan gas suhu tinggi (HTGR), diiktiraf di peringkat global sebagai teknologi kuasa nuklear generasi keempat, dipuji atas keselamatan dan keserbagunaannya yang wujud, mempunyai potensi besar untuk aplikasi komersial sebagai penyelesaian kuasa alternatif kepada sumber tenaga berasaskan bahan api fosil.

Dimulakan pada tahun 2006 dan memulakan pembinaan dalam tahun 2012, projek demonstrasi HTR-PM Shidaowan merupakan salah satu daripada 16 projek saintifik dan teknologi negara yang utama, setanding dengan program penerokaan lunar China dan pembangunan sistem satelit navigasi BeiDou.

Shanghai Electric, salah satu peserta penting dalam projek ini, menyediakan kelengkapan termasuk bekas tekanan reaktor, bahagian dalam teras berlogam, mekanisme pemacu rod kawalan, sistem penutupan, turbin, kipas helium utama dan pemampat helium. Penyiapan loji ini menandakan berakhirnya usaha selama sedekad yang dipimpin oleh penyedia penyelesaian tenaga utama China untuk mengatasi cabaran sebagai usaha untuk membangunkan penyelesaian yang diinovasikan sendiri berhubung kecanggihan teknologi kuasa nuklear. 93.4 peratus kelengkapan yang digunakan dalam reaktor ini dikilangkan oleh syarikat-syarikat Cina.

Bekas tekanan reaktor, direka bentuk khusus oleh Shanghai Electric untuk projek ini, memiliki saiz yang lebih besar dan struktur yang lebih kompleks berbanding rakan pasaran mereka, memecahkan rekod industri bagi ketinggian dan berat. Bahagian dalam teras berlogam yang dikeluarkan untuk projek ini merupakan bahagian dalam teras berlogam berdinding nipis yang paling besar di dunia, satu pencapaian perintis yang merapatkan jurang dalam pasaran China. Memanfaatkan kepakarannya selama 20 tahun, Syarikat ini membangunkan kipas helium utama bersuhu tinggi, bertekanan tinggi, berkuasa tinggi, bearing elektromagnet yang pertama di dunia.

HTGR bersedia untuk membentuk semula masa depan pembangunan kuasa nuklear global dengan ciri-ciri keselamatannya yang luar biasa. Ia memastikan reaktor tetap selamat walaupun dalam kes kegagalan semua sistem penyejukan, menghalang leburan teras dan kebocoran bahan radioaktif tanpa sebarang intervensi. Menerusi langkah penting untuk keselamatan kuasa nuklear China dan inovasi teknologi nuklear, kejayaan pelancaran projek demonstrasi ini mendorong dengan ketara keupayaan China untuk menjadi peneraju dalam sektor tenaga nuklear global, seterusnya mempelopori kemajuan masa depan dalam penjanaan tenaga yang mampan dan terjamin.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://www.shanghai-electric.com/group_en/.

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Electrical Utilities Machinery Mining/Metals Oil/Energy Utilities New products/services General Manufacturing