omniture

Rx-360® Mengumumkan Lembaga Pengarah bagi Tahun 2024

Rx-360
2023-12-27 13:00 36

PHILADELPHIA, 27 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Rx-360® dengan sukacitanya mengumumkan Lembaga Pengarah bagi tahun 2024. Sebagai badan bukan untung, Lembaga Pengarah ditempatkan untuk terus memacu misi keselamatan rantaian bekalan farmaseutikal, kualiti bahan dan keselamatan pesakit Rx-360® . Pengumuman ini dibuat susulan daripada kejayaan pertumbuhan organisasi pada tahun 2023.

Lembaga Pengarah Rx-360® bagi tahun 2023 termasuk:

  • Scott Kammer (Pengerusi): Takeda
  • Rob Welsh (Pengerusi Emeritus): Avantor
  • Jennifer Stone (Naib Pengerusi): PTC Therapeutics
  • Kathleen Silva (Bendahari): MilliporeSigma (Merck KGaA)
  • Christian Liebl: Schreiner MediPharm (Setiausaha)
  • Bill Campagna: Eli Lilly & Co.
  • Tom Lupo: Bayer
  • Anthony Damas: Johnson and Johnson
  • Amber Hollner: Amgen
  • Anthony Zook: Merck & Co.
  • Christy Mocny: Biogen
  • Rob Smith: GSK
  • Rebecca Alcantara: Curia
  • Elise Treuvey: Sartorius
  • Johannes Gross: Lonza
  • Liam Keary: Hovione
  • Jennifer Goodman: Avantor

Scott Kammer, Pengerusi Lembaga Pengarah Rx-360® bagi tahun 2023, menyatakan, "Saya berbesar hati dan berbangga untuk berkhidmat sebagai pengerusi Rx-360 yang seterusnya. Bagi pihak konsortium Rx-360 dan Lembaga Pengarah kita, saya juga dengan sukacitanya ingin mengalu-alukan pelantikan Liam Keary, Amber Hollner dan Jennifer Goodman sebagai ahli Lembaga Pengarah untuk tahun 2024.  Saya amat berterima kasih kepada ahli Lembaga Pengarah kita yang telah tamat tempoh perkhidmatan mereka iaitu, Eric Berg, Reggie Jackson, Ryan Raap dan Lucy Cabral.  Setiap orang daripada mereka telah memainkan peranan dalam pertumbuhan Rx-360. Ucapan terima kasih yang khusus kepada Rob Welsh atas perkhidmatannya sebagai Pengerusi Lembaga bagi tahun 2023.  Rx-360 akan kekal memberikan tumpuan kepada misi kami sebagai organisasi bukan untung dan meneruskan pertumbuhan kami untuk memberikan perkhidmatan dalam industri farmaseutikal. Organisasi ini memainkan peranan utama dengan menyatukan industri untuk memberikan tumpuan kepada melindungi keselamatan pesakit dan memastikan integriti rantaian bekalan."

Jim Fries, Ketua Pegawai Eksekutif Rx-360® , menambah, "Pengalaman, komitmen dan kepelbagaian lembaga pengarah ini memberikan nilai yang sangat besar kepada keahlian kami dan industri. Komitmen lembaga pengarah untuk memenuhi misi kita merupakan asas yang membolehkan kami berkhidmat kepada industri dan melindungi pesakit."

Rx-360® telah meneruskan pertumbuhan keahlian serta Program Audit Bersama (Joint Audit Program®) sepanjang tahun 2023, dengan rekod bilangan ahli yang lebih ramai mengakses konsortium berbanding sebelum ini. Rx-360, melalui Program Audit Bersama (Joint Audit Program®), telah berjaya mengurangkan beban audit dengan ketara bagi pengilang farmaseutikal dan pembekal melalui tajaan pengurangan kos unik dan program kredit untuk ahli sahaja.  Konsortium ini, untuk tahun kesembilan berturut-turut telah beroperasi tanpa menaikkan jadual bayaran ahli atau yuran laporan audit. 

Maklumat Tentang Rx-360:
Rx-360, konsortium rantaian bekalan farmaseutikal antarabangsa, telah ditubuhkan pada tahun 2009 bertujuan menyokong komitmen seluruh industri bagi memastikan keselamatan pesakit dengan meningkatkan kualiti dan ketulenan di seluruh rantaian bekalan. Misi organisasi ialah melindungi keselamatan pesakit dengan berkongsi maklumat dan membangunkan proses berkaitan dengan integriti rantaian bekalan penjagaan kesihatan dan kualiti bahan dalam rantaian bekalan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Rx-360, sila kunjungi http://www.Rx-360.org atau e-mel kepada jfries@rx-360.org

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/713086/Rx_360_Logo.jpg?p=medium600

Source: Rx-360
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Not for profit Personnel announcements Supply Chain/Logistics