omniture

FUJIFILM Business Innovation Menerima Anugerah Platinum Kemampanan EcoVadis untuk Tahun Ketiga Berturut-turut

FUJIFILM Business Innovation
2023-12-28 09:27 33

SINGAPURA, 28 Disember 2023 /PRNewswire/ -- FUJIFILM Business Innovation mengumumkan  penerimaan Pingat Platinum dari EcoVadis untuk tahun ketiga berturut-turut. Penilaian prestasi kemampanan perniagaan ini hanya dianugerahkan kepada 1% teratas daripada lebih 100,000 syarikat yang dinilai oleh EcoVadis.

Penilaian Kemampanan EcoVadis - Pingat Platinum
Penilaian Kemampanan EcoVadis - Pingat Platinum

Penilaian Kemampanan EcoVadis menilai dasar dan inisiatif syarikat dalam empat kategori: Alam Sekitar, Buruh & Hak Asasi Manusia, Etika serta Perolehan Mampan. Lebih daripada 100,000 syarikat dari lebih 200 industri dan 175 daerah turut serta mengambil bahagian dalam penilaian ini. Banyak syarikat global menggunakan penilaian ini sebagai prasyarat pemilihan pembekal.

FUJIFILM Business Innovation mencapai prestasi cemerlang dalam kategori Alam Sekitar dan Perolehan Mampan. Pengiktirafan ini menegaskan usaha berterusan syarikat untuk mencipta persekitaran yang lebih baik bagi semua. Syarikat ini telah membangunkan teknologi untuk mengurangkan penggunaan tenaga dalam pencetak pelbagai fungsi dan pencetak fungsi ringkas, serta menyumbang kepada masyarakat ternyahkarbon dengan toner Super EA-Eco*1 yang menawarkan prestasi leburan bersuhu rendah.

Bagi menyokong ekonomi kitaran, FUJIFILM Business Innovation secara aktif menggunakan semula bahagian yang telah lulus penilaian prestasi dan keselamatan syarikat. Mereka berpegang kepada konsep bahawa "produk terpakai merupakan sumber berharga, bukan pembaziran". Pada September 2022, mereka melancarkan siri ApeosPort-VI C RC, pencetak pelbagai fungsi digital warna penuh yang dikitar semula dengan kadar guna semula bahagian sehingga 84% (berat). Selain itu, FUJIFILM Business Innovation  mengamalkan pendekatan perolehan mampan dan mempertimbangkan isu-isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat  secara serius. Rakan kongsi dinilai berdasarkan inisiatif CSR mereka, dan mereka dikehendaki berkongsi dasar CSR semasa proses perolehan. Kakitangan  pakar dalam alam sekitar dan sumber manusia juga ditugaskan  untuk menilai dan memberikan khidmat nasihat untuk  meningkatkan proses rantaian bekalan mereka.

Melalui rancangan CSR Fujifilm Group "Rancangan Nilai Mampan (SVP2030)," FUJIFILM Business Innovation  berhasrat untuk terus menangani isu-isu sosial dengan menyediakan produk dan perkhidmatan yang inovatif serta  memperkukuhkan rantaian bekalan syarikat dari segi alam sekitar, etika dan hak asasi manusia. FUJIFILM Business Innovation  berkomitmen untuk menjadi sebuah syarikat yang memberikan sumbangan  positif untuk merealisasikan masyarakat mampan.

*1: Suhu leburan toner yang lebih rendah mengurangkan penggunaan  tenaga semasa leburan. Pengurangan  ini menghasilkan  pengurangan emisi CO2 sebanyak 54% semasa penggunaan peralatan berbanding toner EA konvensional kami.

Latar Belakang FUJIFILM Business Innovation

FUJIFILM Business Innovation  adalah peneraju global yang komited untuk terus menyampaikan inovasi kepada perniagaan pelanggan di  seluruh dunia, mencipta tempat kerja yang inovatif dan memuaskan hati dengan mendapatkan maklumat dan pengetahuan  secara efektif melalui transformasi digital (DX). Kami telah  menjadi perintis dalam pelbagai teknologi dan mengumpulkan kepakaran sejak penubuhan kami pada tahun 1962,  dengan tujuan membina persekitaran yang menggalakkan penggunaan daya kreativiti  individu  untuk memaksimumkan kekuatan organisasi. Portfolio kami  merangkumi penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembuatan serta penjualan penyelesaian aliran kerja bertaraf dunia, perkhidmatan IT dan peralatan pencetakan seperti pencetak pelbagai fungsi digital (MFP). Kami turut menawarkan perkhidmatan  pemprosesan perniagaan (BPO) serta sokongan pemasaran dan pelaksanaan sistem Perancangan Sumber Perusahaan (ERP).

Pada 1 April 2021, kami telah menukar nama syarikat kepada FUJIFILM Business Innovation. Lebih daripada sekadar pertukaran nama, ia  mencerminkan komitmen kami  untuk terus menjadi syarikat yang sentiasa mengejar inovasi perniagaan. FUJIFILM Business Innovation Asia Pacific  berperanan sebagai ibu pejabat serantau bagi syarikat global kami,  menyediakan sokongan korporat dan perkhidmatan bersama untuk rantau Asia Pasifik.

https://fujifilm.com/fbglobal

Source: FUJIFILM Business Innovation
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Household/Consumer/Cosmetics Office Products Retail Awards Cision Influencer List - ESG