omniture

Risen Energy Menyerlah sebagai Satu-satunya Pemenang bagi Kategori Modul di PV magazine Awards 2023

Risen Energy Co., Ltd
2023-12-28 10:00 32

NINGBO, China, 28 Disember 2023 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Risen Energy, pengeluar fotovolta (PV) solar global yang terkemuka, muncul sebagai pemenang antara lebih 200 penyertaan dari lebih 39 negara di seluruh dunia. Sebagai satu-satunya penerima dalam kategori modul, kejayaan Risen Energy menjadi bukti menarik dedikasi mereka yang tidak berbelah bahagi kepada kecemerlangan.

PV Magazine Awards 2023 mengiktiraf kemajuan terkini dan memberi penghormatan kepada inovasi terunggul dalam industri solar. Panel terhormat yang terdiri daripada 19 ahli juri pakar bebas, terkenal dengan pengalaman dan kepakaran mereka yang luas, menilai penyertaan pada tahun ini dengan teliti.

Produk yang berjaya bagi tahun 2023 jatuh kepada ion-Hiper sel heterosimpang (HJT), yang mencapai kejayaan luar biasa dengan mencatatkan output kuasa rekod baharu iaitu 741.456W pada kecekapan mengagumkan 23.9% bagi ion-Hiper. "Output kuasa lebih 700 W merupakan satu pencapaian penting bagi mana-mana modul solar, namun pemenang bagi Modul 2023 memuatkan sejumlah besar inovasi di dalamnya yang menjadikan ia sesuatu yang berbeza." Diulas oleh PV Magazine. Modul ion-Hiper Risen Energy menonjol dengan ciri-ciri uniknya. Ia menggabungkan saling sambung sel 0BB berpaten daripada Risen Energy, pautan-Hiper berjenama, yang membezakannya daripada persaingan. Dengan ketebalan sel yang utama dalam industri iaitu 90 hingga 100 mikrometer dan pilihan rangka keluli, modul ini cemerlang dari segi reka bentuk dan fungsian. Ion-Hiper mempunyai julat kuasa yang mengagumkan iaitu 690-715W, dengan dimensi berukuran 2,384 mm x 1,303 mm dan seberat 37.5kg. Dalam bulan Oktober, modul ion-Hiper mencapai nilai jejak karbon 376.5 kg eq CO2/kWc.     

"Apabila dibandingkan dengan versi terkini penjejak Modul PV Exawatt, ion-Hiper akan dapat mengatasi prestasi kategori HJT yang lain dengan ketara," kata Molly Morgan, salah seorang ahli juri. "Ia merupakan keputusan yang mudah untuk saya dalam kategori modul bahawa modul berkecekapan tertinggi layak mendapat pujian."

Di samping itu, Risen Energy turut meningkatkan jaminannya, mengatasi pesaing TOPCon. Kini, ia menawarkan jaminan produk selama 15 tahun dan jaminan kuasa selama 30 tahun, memastikan output kuasa nominal 90.3% yang minimum. Sebelum ini, data ujian empirikal yang dijalankan di Hainan melalui kolaborasi antara Risen Energy dan Pusat Penyeliaan dan Pemeriksaan Kualiti Produk Fotovolta Solar Kebangsaan (CPVT) mendedahkan bahawa modul ion-Hiper dapat mengatasi prestasi modul PERC dengan mencapai 5.13% penjanaan kuasa yang lebih tinggi bagi setiap watt.

"Saya memberi skor tinggi kepada modul Risen kerana, kecekapannya agak tinggi – mengambil bahagian tengah daripada lembaran data kerana itulah tawarannya – dan hasil tenaga pastinya merupakan kelebihan lantaran pekali suhu yang lebih baik dan kedwimukaan yang sedikit lebih tinggi," ditambah oleh George Touloupas, seorang lagi ahli juri.

Dalam bulan Julai, penarafan Fortune China 500 2023 diumumkan, menempatkan Risen Energy di kedudukan ke-435. Syarikat ini tekal meneruskan komitmen terhadap tenaga elektrik berpatutan dan pengurangan emisi karbon. Dengan terus meminimumkan impak alam sekitarnya, Risen Energy bukan sahaja mencapai kos elektrik yang lebih rendah melalui peningkatan penjanaan kuasa, tetapi turut mengukuhkan kedudukannya sebagai pengeluar Cina berkualiti tertinggi, bagi memenuhi kehendak pasaran global.

Source: Risen Energy Co., Ltd
Related Stocks:
Shenzhen:300118
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Awards