omniture

OIA Global Mempertingkat Kehadiran di Asia dengan Cawangan Baharu di Mumbai

OIA Global
2014-09-02 10:00 166

-- Peneraju daripada segi logistik, pengurusan bahan serta pengoptimuman pembungkusan mengumumkan OIA Global India, Pvt. Ltd.

PORTLAND, Oregon, 2 September 2014 /PRNewswire/ -- OIA Global, penyedia logistik, pengurusan bahan serta penyelesaian pembungkusan yang menerajui bidangnya di seluruh dunia, hari ini telah mengumumkan perasmian cawangan baharunya di Mumbai, India.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20121113/LA11679LOGO

"OIA Global mempunyai perwakilan di Mumbai yang berkhidmat untuk para pelanggannya sejak sekian lama. Setelah diwujudkan cawangan khusus di Mumbai, kini ia boleh menawarkan pelanggan tersebut khidmat tambahan, serta ketekalan daripada segi jenama dan pengendalian," kata Charlie Hornecker, Ketua Pegawai Eksekutif OIA Global. "Pembukaan cawangan baharu kami di Mumbai mewakili langkah yang terkini dalam pertumbuhan berterusan syarikat ini di rantau Asia/Pasifik dan merupakan padanan yang sesuai dan strategik buat kami."

"Mumbai ialah hab ekonomi dan budaya besar, selain bandar dengan kepadatan penduduk paling tinggi di India. Kami sangat gembira dapat memulakan pengendalian secara rasminya sebagai OIA Global India, bagi menyokong perniagaan kami yang pesat berkembang," kata Sujit Nair, Pengurus Cawangan, Mumbai, India.

Selain Mumbai, OIA Global mempunyai pejabat perkhidmatan penuh di Bangkok, Beijing, Hanoi, Bandar Ho Chi Minh, Kowloon, Jakarta, Pulau Pinang, Qingdao, Shanghai, Singapura, Taichung dan juga Tokyo.

Latar belakang OIA Global

Sejak penubuhannya pada tahun 1988, OIA telah berkembang menjadi penyedia logistik pihak ketiga yang terkemuka, memberikan para pelanggannya kombinasi tersendiri logistik global, penyumberan bahan serta penyelesaian pembungkusan yang kreatif. Dengan staf berdedikasi seramai lebih 850 profesional dan kehadiran yang meluas di seluruh dunia dalam lebih 75 negara, OIA mereka bentuk penyelesaian inovatif yang boleh mengoptimumkan rantaian bekalan di seluruh dunia. OIA adalah sebahagian daripada LDI Ltd., pejabat keluarga yang berasal dari Indianapolis dengan pengalaman lebih satu abad dalam membiayai dan mengendalikan syarikat pasaran tengah yang berpotensi tinggi. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila layari www.oiaglobal.com dan www.ldiltd.com.

Maklumat Perhubungan OIA Global
Christina Marini, Penyelaras Pemasaran
Christina.marini@oiaglobal.com
+1-503-736-5971

Sujit Nair, Pengurus Cawangan- Mumbai, India
Sujit.nair@oiaglobal.com
+91-22-6697-3220

Source: OIA Global
Related Links:
Keywords: Transportation Asian-related news Corporate Expansion Small Business Services