omniture

Giga Maritime Group Diperluas bagi Mempertajam Kelebihan Daya Saing

Kumpulan syarikat melabur dalam kapal ro-ro baharu; infrastruktur IT dan terminal kereta
Giga Maritime Group
2014-09-02 16:49 321

KUALA LUMPUR, Malaysia, 2 September 2014 /PRNewswire/ -- Penyedia penghantaran dan logistik automotif Giga Maritime Group (GMG) telah mengumumkan rancangan untuk melabur dalam infrastruktur IT baharu, perluasan serta penggantian rangkaian kapal, aset dan juga kenderaan selain membangunkan terminal kereta baharu dalam usaha untuk mempertajam kelebihan daya saing kumpulan itu dan memenuhi keperluan industri automotif Malaysia yang semakin berkembang.

Datuk Kumar Prabakaran, pengarah urusan syarikat GMG Giga Shipping Sdn Bhd dan Nexus Mega Carriers Sdn Bhd berkata, semua pelaburan ini adalah penting agar kumpulan ini dapat memenuhi permintaan pertumbuhan berikutan pengumuman Polisi Automotif Kebangsaan (NAP) yang dibuat awal tahun ini. Malaysia menyasarkan untuk menaikkan jumlah pengeluarannya sebanyak 1.25 juta kenderaan dan menambahkan eksport tahunan menjadi 250,000 unit menjelang tahun 2020.

"Sektor penghantaran automotif dan logistik ialah pasaran yang sedang berkembang dan berdaya saing untuk kami. Pelaburan ini adalah sangat penting untuk kami bagi mengoptimumkan pengurusan rantaian bekalan dan mempertajam perkhidmatan nilai tambah kami untuk para pelanggan kami. Giga Maritime Group menyediakan penyelesaian hujung ke hujung, termasuk pengangkutan darat, kapal yang belayar di lautan, perkhidmatan penghantaran barang, perkhidmatan terminal kereta, dari lantai kilang hinggalah ke pintu dewan pamer kereta," kata Datuk Kumar.

Sebagai sebahagian daripada pelan perluasan kumpulan itu, GFG Logistics Sdn Bhd akan melancarkan MV Grand Vision, kapal Trak Pengangkut Kereta Sahaja Roll-on Roll-off (RoRo PCTC) yang boleh memuatkan 5,040 Unit Bersamaan Kereta (CEU). Kapal ini akan beroperasi dalam laluan domestik Malaysia serta di dalam negara Asia seperti Thailand, Indonesia dan juga Singapura. Dengan ketibaan MV Grand Vision pada pertengahan bulan September, GMG bakal melihat pertumbuhan kapasiti sebanyak 30 peratus jika dibandingkan dengan tahun 2013. Tambahan lagi, kumpulan itu akan menggantikan 66 trak dan penggerak utama dalam rangkaian mereka yang terdiri daripada 224 kapal pembawa kenderaan bermotor kereta dan motosikal.

Tahun lepas, Nexus telah mengangkut sejumlah 45,600 muatan seluruh negara, dibandingkan dengan 43,998 pada tahun 2012. Syarikat itu dijangka akan mengangkut kira-kira 48,000 muatan menjelang hujung tahun ini.

Bagi melancarkan lagi rantaian bekalan kumpulan itu dan menyediakan lebih banyak perkhidmatan nilai tambah untuk para pelanggan, kumpulan itu akan melabur dalam infrastruktur IT berasaskan web yang akan membenarkan pelanggan membuat tempahan, permintaan dan turut melihat sebut harga serta invois, menghantar dokumen dan menjejaki penghantaran dalam talian. Sistem itu, yang akan berjalan pada suku tahun pertama 2015, juga akan membenarkan pengurusan kanan memantau rantaian bekalan dalam masa sebenar.

"Sistem IT baharu kami dijangka akan meminimumkan beban kerja kakitangan, mengurangkan penggunaan kertas sebanyak 80 peratus dan melancarkan aliran tugas daripada satu unit perniagaan ke unit perniagaan yang lain," kata Datuk Kumar lagi.

Dalam usaha untuk memenuhi permintaan bagi jualan kereta di Malaysia Timur, GMG telah membeli tanah di Malaysia Timur – 14 ekar di Kota Kinabalu dan dikendalikan oleh Kota Kinabalu Car Terminal Sdn Bhd dan 10 ekar di Kuching yang dikendalikan oleh Kuching Car Terminal Sdn Bhd, untuk simpanan dan penyelenggaraan, import, eksport serta pemunggahan kenderaan.

LATAR BELAKANG GIGA MARITIME GROUP

Setelah ditubuhkan pada tahun 2001, Giga Maritime Group (GMG) ialah kumpulan syarikat Malaysia yang terdiri daripada Giga Shipping Sdn Bhd, Straits Auto Logistics Sdn Bhd, Nexus Mega Carriers Sdn Bhd, Giga Car Terminal Sdn Bhd, Kuching Car Terminal Sdn Bhd, Kota Kinabalu Car Terminal Sdn Bhd serta GFG Logistics Sdn Bhd. Kumpulan itu menggaji kira-kira 400 kakitangan, 98 peratus daripadanya warga Malaysia.

Sebagai suatu kumpulan, GMG menawarkan penyelesaian logistik automotif hujung ke hujung bagi para pelanggannya, termasuk pengeluar dan pemasang kereta dan motosikal domestik; dan para pengedarnya. GMG beroperasi dalam semua segmen rantaian bekalan logistik automotif, yang membenarkan kumpulan itu menyediakan perkhidmatan nilai tambah serta penyelesaian hujung ke hujung yang berpaksikan pelanggan untuk penghantaran penuh kenderaan antara Malaysia Timur dan Barat serta dalam rantau ASEAN.

Giga Shipping Sdn Bhd ialah ejen tempahan dan pemberi sewa ruang untuk kapal ro-ro. Giga Car Terminal Sdn Bhd (GCT) mengendalikan terminal pelabuhan di West Port untuk simpanan, import, eksport dan juga pemunggahan semua jenis kenderaan. GCT ialah satu-satunya terminal kereta di rantau ini yang menggunakan sistem IT yang sangat sofistikated untuk penandaan kod bar, pengimbasan serta penjejakan kenderaan dari terminal kereta sehinggalah ia dimuatkan ke dalam kapal. Nexus Mega Carriers Sdn Bhd ialah penyedia kapal pembawa kereta pemindahan yang juga menyediakan perkhidmatan pelepasan kastam dan brokeraj. Straits Auto Logistics Sdn Bhd ialah penyedia kapal pengangkutan laut ke dan dari pelaburan di Malaysia Timur dan Barat serta di Thailand, Jakarta dan juga Singapura.

Source: Giga Maritime Group
Keywords: Auto Maritime/Shipbuilding Transportation Corporate Expansion