omniture

Sekilas Pandang Masa Depan: Guangzhou CIFF 2024 Pamerkan Trend Pejabat dan Ruang Komersial Canggih

China International Furniture Fair (Guangzhou)
2024-01-01 11:24 90

GUANGZHOU, China, 1 Januari  2024 /PRNewswire/ -- Pameran Perabot Antarabangsa China (CIFF) ke-53, yang juga dikenali sebagai CIFF (Guangzhou) 2024, bersedia untuk dilancarkan di Guangzhou dalam dua peringkat pada Mac 2024. Acara ini akan termasuk Pejabat dan Ruang Komersial dan CIFM/interzum Guangzhou, yang dirancang untuk fasa kedua pameran dari 28 Mac hingga 31 Mac 2024.


Pejabat dan Ruang Komersial ialah platform global yang utama dan penanda aras industri terkemuka Asia untuk persekitaran pejabat dan ruang komersial. Ia terkenal kerana menetapkan trend dalam reka bentuk pejabat dan mempamerkan penyelesaian canggih. Pameran ini merangkumi tema yang luas, termasuk pejabat sistem, tempat duduk pejabat, pejabat pintar, ruang komersial awam, perabot sekolah, penjagaan Kesihatan dan penjagaan warga tua, aksesori pejabat dan perabot besi.

Edisi 2024 akan dikembangkan untuk menggunakan Kawasan A, B dan D Kompleks Pameran Canton, meliputi keseluruhan ruang melebihi 240,000 meter persegi. Dengan jangkaan penyertaan kira-kira 1,100 syarikat, acara ini menumpukan pada tiga tema utama, iaitu pejabat tanpa sempadan, tempat duduk sihat dan ruang komersial pelbagai, menawarkan pandangan dan penyelesaian unik untuk ruang kerja yang berubah dan berkembang. Tambahan pula, pameran ini akan menampilkan Dewan Rekaan Bergaya (Dewan 5.2) dan Dewan Jenama Antarabangsa (Dewan 20.2), menjadikan pameran sebagai penetap trend dalam industri.

Berkedudukan sebagai pempromosi dan peneraju pembangunan berkualiti tinggi untuk pengilangan perabot, CIFM/interzum guangzhou ialah platfrom pameran khusus paling komprehensif dan terbesar Asia. Ia menyasarkan untuk mengetengahkan kepentingan kolaborasi antara sektor huluan dan hiliran dalam membentuk masa depan yang cerah bagi industri perabot. Dengan tema "menghubungkan ke masa depan," CIFM/interzum guangzhou 2024 akan mempamerkan peralatan pengeluaran perabot, perkakasan perabot, dan bahan-bahan mentah. Ia akan menggunakan 21 astaka di Kompleks Pameran Canton, dengan jumlah keseluruhan ruang kira-kira 180,000 meter persegi. Jenama-jenama terkenal dari dalam dan luar negara akan mengambil bahagian untuk memperkenalkan teknologi inovatif dan produk baharu yang rintis.

CIFM/interzum guangzhou akan menampilkan astaka (Dewan 16.3) khusus untuk inovasi berinspirasi dalam bahan dan rekaan estetik untuk perabot kediaman. Ia akan menampilkan rekaan asli, penggunaan bahan yang inovatif dan penambahbaikan fungsi kepada sektor perabot kediaman. Selain itu, acara ini akan melancarkan pameran bertema Makmal CMF (CMF Lab). Inisiatif ini menyasarkan untuk menggalakkan usaha kolaborasi antara pembekal dan pereka bahan, dan dalam masa yang sama menyerlahkan trend baru muncul untuk tahun 2024.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: https://www.ciff-gz.com/en/.

Source: China International Furniture Fair (Guangzhou)
Keywords: Furniture & Furnishings Household/Consumer/Cosmetics Office Products Retail Trade show news Future Events