CHANGSHA, China, 1 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. ("Zoomlion", 1157.HK), pengeluar jentera dan peralatan pembinaan Cina yang terkemuka, menekankan selanjutnya komitmennya kepada pasaran Timur Tengah. Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat ini, Zhan Chunxin, bersama-sama Presiden Bersama Wang Yongxiang dan Naib Presiden Sun Changjun melawat subsidiari-subsidiari syarikat ini di wilayah tersebut baru-baru ini. Lawatan ini mengetengahkan dedikasi Zoomlion untuk memperdalam penglibatannya di Timur Tengah melalui strategi berfokus pada penyetempatan dan inovasi teknologi, bertujuan untuk memupuk hubungan kolaboratif yang lebih kukuh di wilayah berkenaan.
Zoomlion's earthmoving machinery are participating in Saudi Arabia's The Line Project, a linear smart city in Neom
En. Zhan menyatakan rasa bangga terhadap pertumbuhan berterusan syarikat ini di Timur Tengah. Model perniagaan Zoomlion di Timur Tengah telah membuahkan hasil yang memberangsangkan dan beliau menggalakkan subsidiari-subsidiari di wilayah tersebut untuk terus mengembangkan bahagian pasaran, sejajar dengan hala tuju strategik syarikat ini. Beliau turut menekankan rancangan pelaburan yang selanjutnya untuk membangunkan hab bersepadu yang mencakupi penjualan, servis, pameran, penyimpanan dan alat ganti.
Sorotan Perniagaan Utama yang Terkini:
Tatkala Zoomlion berkembang di Timur Tengah dan pasaran antarabangsa yang lain, strategi perniagaannya yang komprehensif, digital dan setempat mendapat kepercayaan dan sokongan yang semakin meningkat daripada pelanggan tempatan. Bagi mengukuhkan lagi strategi ini, Zoomlion bersedia untuk memperluaskan usaha penyetempatannya dengan menubuhkan subsidiari-subsidiari baharu di Qatar dan Kuwait.
Komitmen global syarikat ini untuk menyediakan peralatan dan penyelesaian unggul menekankan visi antarabangsanya dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi kepada inovasi teknologi serta kecemerlangan khidmat pelanggan.