omniture

Petal Maps dan Tawasal SuperApp Ganding Bahu untuk perkhidmatan peta berpandangan jauh, menyediakan asas untuk Membina Ekosistem Penyelesaian Dalam-Kereta Global

Petal Maps
2024-01-01 13:20 33

DUBAI, UAE, 1 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Pada 26 Disember, Petal Maps, sistem navigasi Huawei, menandatangani memorandum Persefahaman (MOU) dengan Tawasal, penginovasi yang utama bagi teknologi komunikasi di UAE. Objektif kolaborasi ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan peta yang dipertingkat kepada pengguna daripada kedua-dua pihak untuk berkembang ke peringkat antarabangsa. Majlis penandatanganan dihadiri oleh Abdul Jabbar Al Sayegh pengerusi Tawasal dan Eric Tan, Pengarah, perkhidmatan awan Huawei, Jabatan Perniagaan dan Penyelesaian Luar Kota.


Kolaborasi Data Mendalam untuk Meningkatkan Data Petal Maps

Tawasal SuperApp merupakan aplikasi perintis yang menawarkan platform gaya hidup sosial yang berpangkalan di Abu Dhabi serta beroperasi dan tersedia di peringkat antarabangsa. Ditubuhkan pada tahun 2022, Tawasal Information Technology dengan pantas menjadi pelopor dalam industri IT yang menawarkan perkhidmatan kepada lebih daripada 2.5 juta pengguna ketika ini. Melalui aplikasi itu sendiri, Tawasal komited untuk menyampaikan penyelesaian yang boleh dipercayai, standard tinggi dan mudah digunakan yang mengikuti perkembangan dunia digital yang berubah dengan pesat.

Melalui kolaborasi yang strategik ini, Tawasal akan menyediakan kepada Petal Maps dengan trajektori GPS tempatan, data jalan raya, foto jalan berpanorama 360° dan maklumat tempatan mendalam yang lain. Perkongsian ini akan memperkayakan lagi ekosistem data global Petal Maps, menyokong pengguna akhir dan juga syarikat automotif Cina dalam pengembangan global. Dalam masa yang sama, keupayaan platform peta global Petal Maps akan membantu Tawasal menyediakan pengalaman perjalanan yang lebih mudah dan cekap untuk warga tempatannya di wilayah Timur Tengah, memenuhi keperluan perjalanan penumpang dan memberi sokongan perkhidmatan yang cekap bagi menggalakkan perniagaan tempatan.

Mempertingkatkan Ekosistem Data Global bagi Mempermudah Pengembangan Global yang Cekap untuk Syarikat Automotif Cina

Petal Maps bekerjasama secara aktif dengan rakan kongsi ekologi global, menambah dan meningkatkan data global melalui pembinaan bersama ekologi. Ketika ini, ia mengumpul lebih 320 juta data POI (Titik Minat), membangunkan produk yang kompetitif untuk syarikat-syarikat automotif Cina berkembang ke luar negara. Di Persidangan Pembangun HDC Huawei 2023 yang diadakan dalam bulan Ogos tahun ini, strategi menuju ke luar HMS for Car mula dicadangkan.

Selain daripada berkolaborasi dengan produk-produk yang menguntungkan seperti Petal Maps, HMS for Car akan menyediakan perkhidmatan sehenti dengan keupayaan dan pengalaman produk yang utama, keupayaan ekologi luar negara yang beraneka dan pengkomputeran Huawei Cloud kolaboratif, demi memastikan pengembangan global yang cekap bagi syarikat-syarikat automotif Cina.

Kolaborasi yang inovatif antara Tawasal dan Petal Maps ini menandakan pencapaian yang menarik untuk meninjau pasaran Timur Tengah. Ia juga mencetuskan komitmen bersama bagi membina penyelesaian dalam-kereta global bersama rakan kongsi bereputasi baik dan menyediakan pengalaman pengguna yang lebih baik. Memandang ke hadapan, Petal Maps tetap komited untuk meningkatkan ekosistem data dan perkhidmatan globalnya, dengan memberi sokongan kepada rakan usaha sama automotif Cina bagi mencapai kejayaan yang cemerlang di persada global.

Source: Petal Maps
Keywords: Auto Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Transportation Contracts Licensing/marketing agreements New products/services Cloud Computing / Internet of Things