omniture

HYPERLIVE ENTERTAINMENT DAN FANTASTIC GOLDEN KUMPUL RM50,000 SOKONG MISI AMAL YAYASAN NUR JAUHAR

HyperLive Entertainment
2024-01-03 00:36 18

KOTA KINABALU, Malaysia, 3 Januari 2024 /PRNewswire/ -- HyperLive Entertainment dan Fantastic Golden dengan bangganya mengumumkan kejayaan mengumpul sebanyak RM50,000 bagi menyokong misi amal Yayasan Nur Jauhar. Dana dikumpul melalui Majlis Makan Malam Gala Amal "A Night of Giving", sorotan utama HyperLive Festival Malaysia, diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah yang dihormati.


Objektif utama acara amal ini adalah untuk menyokong Yayasan Nur Jauhar sebagai benefisiari rasmi bukan sahaja dengan mengumpul dana tetapi turut meningkatkan kesedaran mengenai misinya yang wajar dipuji. Gala ini menarik perhatian kepada cabaran yang dihadapi oleh keluarga yang kurang bernasib baik dan mereka yang memerlukan, yang mendapat sokongan aktif daripada Yayasan Nur Jauhar.


Para tetamu yang disegani di acara ini terdiri daripada Tetamu Kehormat Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Panglima Dr Hajah Norlidah Tan Sri R.M Jasni, isteri Tuan Yang Terutama Ketua Menteri Sabah, Datuk Haji Al Hambra Tun Juhar, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah dan Pengerusi Yayasan Nur Jauhar, Datin Scarlett Suhaili Sambinding, Datuk Haji Omar Raisul Assalam Syah, Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah dan Datin Hajah Al Hanna Tun Juhar. Personaliti-personaliti lain yang terkenal termasuk Datuk Dr. Hajah Rosmawati Haji Lasuki JP, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah dan Puan Joanna Datuk Kitingan. Acara ini bertujuan untuk menyatukan tokoh berpengaruh, ratu cantik dan pemimpin masyarakat bagi menangani keperluan mendesak golongan yang kurang bernasib baik dan memperkasa belia untuk mengambil bahagian secara aktif dalam usaha amal.

Gala amal ini, dihoskan oleh penyanyi dan penyampai Malaysia Dina Nadzir, mempersembahkan pertunjukan fesyen mengagumkan yang mempamerkan koleksi terkini oleh pereka fesyen terkenal Ashniza Saidun, persembahan yang memukau oleh kumpulan tempatan Appy Tots and Cosmic Soul and 4Forty, serta persembahan tarian tradisional oleh Sri Gaya Dance Troupe yang berbakat.

Pengerusi Penganjur Dr. Sean Wong berkata, "Inspirasi saya timbul daripada pelbagai cabaran yang saya hadapi dalam hidup saya - kemuflisan mendiang ayah saya, ketabahan yang dipelajari semasa keluarga saya dilanda kemiskinan selama bertahun-tahun dan belas ihsan yang diperoleh dengan menjaga mendiang kakak saya yang mengalami skizofrenia dan kemurungan yang teruk. Pada tahun 2015, saya dan isteri saya kehilangan anak kedua kami secara tragis dan kami berdua menghadapi hari-hari yang paling gelap. Biarpun dengan kesukaran ini, kami menemui tujuan dengan mendedikasikan diri kami kepada misi amal. Dikurniakan dengan ramai rakan yang menyokong di Sabah, saya bercita-cita untuk menyumbang kepada masyarakat di sini dengan menyokong tujuan amal yang bermakna."

Wong menambah, "Saya berdiri di hadapan anda sebagai seorang yang benar-benar komited terhadap perjuangan ini. Misi kami adalah untuk meningkatkan kehidupan dan memberi impak yang bermakna. Setiap daripada anda yang berada di sini dapat menyumbang, sama ada melalui bantuan kewangan atau dengan menyebarkan kesedaran. Ayuh kita menjadi pemangkin demi perubahan yang positif."

Datuk Haji Al Hambra Tun Juhar berkongsi, "Yayasan Nur Jauhar diasaskan pada tahun 2012 oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Dr Haji Juhar bin Datuk Haji Mahiruddin dan isteri beliau, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datuk Seri Panglima Dr Hajah Norlidah binti Tan Sri Datuk R.M. Jasni dengan harapan untuk memberi bantuan dan sokongan kepada masyarakat yang kurang bernasib baik di Sabah termasuk individu dan pertubuhan amal tanpa mengira latar belakang, agama atau etnik mereka. Menjadi aspirasi Tuan Yang Terutama Tun dan YABhg Toh Puan untuk meningkatkan kualiti hidup orang kurang upaya, mereka yang dibelenggu kemiskinan dan mereka yang tidak mempunyai sebarang sumber sokongan agar mereka dapat berdikari dan menyumbang kepada pembangunan masyarakat serta negara."

Sejumlah RM50,000 telah dikumpul semasa acara amal ini, dengan Pengerusi Penganjur Dr. Sean Wong dan En. Eric Goh, Pengarah Urusan Fantastic Golden menyampaikan cek cura kepada Tetamu Kehormat dan Pengerusi Yayasan Nur Jauhar. Kejayaan acara ini tercapai melalui sokongan bermurah hati daripada penderma dan rakan kongsi termasuk A'Sutra, FTAG Financial Group, Nova Esports, N Hyper Esports, Belive Technology, Sounds Tech Production, Joy Gomez, LYC Group, Digital Philanthropy, King King dan Yisen.

Dengan setiap sumbangan, Yayasan Nur Jauhar melangkah semakin hampir untuk memenuhi misinya bagi membantu golongan yang kurang bernasib baik dan memberi impak yang berkekalan kepada masyarakat.

 

Source: HyperLive Entertainment
Keywords: Banking/Financial Service