omniture

FII Institute Mengumumkan Sidang Kemuncak FII PRIORITY Miami Tahunan Kedua untuk 2024

FII Institute
2024-01-05 23:58 97

MIAMI, 5 Januari 2024 /PRNewswire/ -- FII Institute berbesar hati untuk mengumumkan bahawa sidang kemuncak FII PRIORITY Miami akan kebali berlangsung, dengan tema 'Pada Penghujung Perbatasan Baharu'.

FII Institute Announces the Second Annual FII PRIORITY Miami Summit for 2024
FII Institute Announces the Second Annual FII PRIORITY Miami Summit for 2024

Acara berprestij ini akan berlangsung pada 22-23 Februari, 2024, di Hotel & Forum Faena, Miami Beach.

Berlandaskan kejayaan sulung acara ini, FII PRIORITY Miami 2024 berhasrat untuk menjadi platform penting bagi pemimpin global, pelabur, CEO, usahawan, saintis, tokoh budaya, media dan ahli FII Institute.

Sidang kemuncak tahun ini menawarkan program interaktif, yang menumpukan kepada teknologi yang memudaratkan dan menggalakkan inovasi untuk pelaburan dan kebaikan kepada masyarakat. Ia membuka peluang untuk meneroka dan membincangkan bagaimana kemajuan tercanggih dalam AI, robotik, penjagaan kesihatan, kewangan dan kelestarian boleh disepadukan secara harmoni ke dalam masyarakat global kita.

Objektif utama sidang kemuncak ini ialah menghubungkan Amerika dengan pasaran global dan menangani cabaran utama untuk masa hadapan yang berkembang maju. Dalam landskap korporat meriah dan bertunjangkan keusahawanan, sidang kemuncak ini akan mempermudahkan perbincangan tentang pasaran antarabangsa dan persepaduan ekosistem global inovatif.

Berpandukan wawasan daripada laporan FII PRIORITY Compass, penceramah dan hadirin akan membincangkan isu global yang dikenalpasti dalam laporan, termasuk kos sara hidup, penyertaan sosial dan cabaran teknologi. Perbincangan ini kini lebih relevan, seiring dengan pertumbuhan ekonomi dan perubahan teknologi maju, yang memberi kepada masyarakat pilihan penting yang memberi impak kepada kemajuan lestari dan kesejahteraan.

Acara ini akan dihadiri oleh lebih 1000 pemimpin perniagaan dan kewangan, menjadikannya peluang yang tidak wajar dilepaskan untuk pembinaan rangkaian dan penglibatan kolaboratif di pusat bandar yang paling dinamik di dunia.

Richard Attias, CEO FII Institute, menekankan peranan penting sidang kemuncak ini: "Seiring dengan usaha kami mengumpul beberapa minda terbaik merentasi pelbagai sektor, perhatian kami akan tertumpu kepada isu tentang membuat keputusan bertanggungjawab dalam pelaburan dan pertumbuhan ekonomi. Sidang kemuncak ini ialah batu loncatan dalam membentuk masa hadapan yang lestari dan maju daripada aspek teknologi."

Perihal FII Institute:

FII Institute ialah yayasan bukan untung global yang tertumpu kepada penyelesaian berimpak dalam AI dan robotik, pendidikan, penjagaan kesihatan dan kelestarian. Dengan pendekatan dorongan data yang digabungkan dengan bahagian pelaburan inovatif, Institusi ini telah menerajui usaha menggalakkan perubahan transformatif dan kolaborasi global.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/2311463/FII_Institute.jpg?p=medium600

Source: FII Institute
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Environmental Products & Services Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Trade show news Future Events