Dua peti sejuk baharu dengan ciri inovatif melengkapi gabungan antara keperluan gaya hidup sihat dan reka bentuk elegan untuk rumah anda
PETALING JAYA, Malaysia, 5 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Panasonic Malaysia dengan bangganya mengumumkan pengenalan baharu siri Peti Sejuk Premium PRIME+ Edition dengan melancarkan dua model berskala besar terkini - NR-WY720ZMMM dengan kapasiti bersih 650-liter dan NR-XY680YMMM berkapasiti bersih 621-liter.
Model peti sejuk berskala besar baharu siri Premium PRIME+ Edition Panasonic menggabungkan kebolehgunaan pintar dan elegan yang mengindahkan rumah
Direka dengan pendekatan gaya hidup sihat dan inovasi, dua model peti sejuk baharu ini menawarkan gabungan kebolehgunaan pintar, estetik dan elegan untuk mengindahkan rumah anda. Kedua-dua model peti sejuk baharu itu memenuhi keperluan produk canggih dan praktikal pengguna yang semakin meningkat untuk reka bentuk dan perkakasan dapur mereka.
Sejak pelancaran Peti Sejuk Premium PRIME+ Edition tahun lalu, Keisuke Nishida, Pengarah Urusan Panasonic Malaysia berkata model berkenaan berjaya memenangi hati pelanggan Malaysia berikutan cirinya yang inovatif, selain reka bentuknya yang harmoni. Dalam tempoh setahun sejak ia dilancarkan, jualan peti sejuk itu menokok tiga kali ganda menjangkaui sasaran.
"Pelancaran siri Peti Sejuk Premium PRIME+ Edition, bukan sekadar pengenalan kepada peralatan dapur. Kami telah memperkenalkan era baharu kehidupan yang canggih yang mendorong gaya hidup pemakanan moden serta sihat berteraskan falsafah 'Healthy Everyday' dengan menitikberatkan aspek pengambilan makanan seimbang yang dimasak setiap hari. Selain itu, peti sejuk ini adalah dua model terbesar kami yang menjangkaui model konvensional, yang mana ia menyediakan bukan sahaja kefungsian tahap tinggi, malah reka bentuknya juga elegan, sekali gus meningkatkan estetika keseluruhan dapur anda. Ia juga mewakili komitmen kami untuk meningkatkan kesejahteraan holistik pelanggan, yang turut menjadi sebahagian daripada slogan jenama kami iaitu 'Create Today. Enrich Tomorrow'. Kami telah meletakkan tunggak Kesejahteraan Ruang dan Dalaman di barisan hadapan menerusi fungsi dan reka bentuknya. Kami percaya kesihatan bermula daripada pemakanan sihat dan perkakas di rumah haruslah menyumbang kepada persekitaran kehidupan yang dipertingkatkan ini," kata Nishida.
Model peti sejuk terkini dengan reka bentuk elegan dan moden ini telah disesuaikan untuk peminat yang mengutamakan produk yang diperibadikan bagi ruang dapur mereka. Ia melengkapkan dapur kontemporari dengan estetika, menjadikannya pilihan optimum bagi mereka yang menghargai perkakasan elegan untuk meningkatkan suasana menarik keseluruhan kediaman mereka. Bagi pemilik rumah yang mementingkan gaya dan sering berkumpul, model ini menyediakan kapasiti storan luas, yang memenuhi keperluan serta pilihan diet yang pelbagai dan menjadi keutamaan. Peti sejuk ini selaras dengan gaya hidup yang menghargai kecemerlangan masakan, sama ada untuk menyimpan bahan makanan bermutu tinggi untuk hidangan gastronomi atau menyimpan pelbagai hasil segar, daging, dan makanan ringan sedia ada. Selain itu, Peti Sejuk Premium PRIME+ Edition melangkaui praktikaliti; ia menyumbang kepada pembangunan mampan dan menarik untuk mereka yang prihatin terhadap alam sekitar serta mempertimbangkan pilihan mesra alam dalam perkakasan dapur mereka. Barisan produk baharu ini menjangkaui kemudahan berorientasikan keluarga, merangkumi penawaran gaya hidup yang lebih premium dan pelbagai.
Tiga nilai utama yang ditawarkan oleh Peti Sejuk Premium PRIME+ Edition baharu ialah:
Penjagaan Makanan PRIME: Memastikan makanan kekal segar dan lazat
Peti Sejuk Premium PRIME+ Edition dilengkapi dengan Teknologi PRIME Freeze, PRIME Fresh, dan Teknologi nanoe™ X, yang menggabungkan teknologi penyejukan dan kebersihan termaju untuk memenuhi pelbagai keperluan dalam memelihara bahan bergred tinggi. Dengan PRIME Freeze untuk kawalan suhu yang tepat, PRIME Fresh bagi memanjangkan jangka hayat produk segar, dan Teknologi nanoe™ X untuk persekitaran yang bersih, menyaksikan peti sejuk ini dapat memastikan bahan kekal segar, lazat dan berkhasiat.
Reka Bentuk Harmoni: Meningkatkan estetika dapur
Peti Sejuk Premium PRIME+ Edition Panasonic memperakui kepentingan reka bentuk harmoni dalam ruang dapur seseorang. Selain fungsinya, peti sejuk ini menyumbang kepada keharmonian ruang dapur.
PRIME+ Edition mewakili bukti gabungan antara reka bentuk dan fungsi. Reka bentuknya yang ringkas dan rata menonjolkan aspek keabadian, menjadikannya sesuai secara semula jadi untuk mana-mana dapur, tanpa mengira gaya hiasannya. Lebih-lebih lagi, kemasan cermin gelap menambahkan sentuhan kemewahan dan menambah estetika di dapur, selain meningkatkan daya tarikan penampilan keseluruhannya.
Kelestarian: Pendekatan Lebih Hijau untuk Penyejukan
Komitmen Panasonic yang tidak berbelah bahagi terhadap kemampanan terus menjadi fokus utama menerusi Peti Sejuk Premium PRIME+ Edition. Panasonic telah berusaha keras untuk merealisasikan aspek pemahaman bahawa kemampanan perlu berganding seiring dalam pengurangan sisa makanan dan meningkatkan kecekapan tenaga.
Teknologi penyejukan canggihnya adalah teras komitmen ini. Ia bukan hanya merujuk kepada aspek mengekalkan kesegaran makanan; malah ia turut mencegah kerosakan makanan dan mengurangkan sisa makanan. Panasonic telah menyepadukan AI ECONAVI ke dalam peti sejuknya, di mana sistem pintar ini mengkaji dan menganalisis corak penggunaan isi rumah. Dengan mengoptimumkan prestasi penyejukan berdasarkan tabiat unik, ia meminimumkan penggunaan tenaga, mengurangkan jejak alam sekitar sambil turut membantu seseorang menjimatkan bil utiliti.
Dengan adanya SmartApp+, ia membolehkan seseorang mengawalnya walau di mana mereka berada. Seseorang boleh 'berhubung' dengan peti sejuk mereka dari jauh, sekali gus memberikan anda keupayaan untuk memantau dan melaraskan tetapan, seterusnya memberikan ruang kepada anda membuat pilihan paling cekap tenaga pada setiap masa.
Peti Sejuk Premium PRIME+ Edition mencerminkan dedikasi Panasonic terhadap konsep Healthy Everyday yang menyatukan aspirasi dengan teknologi bagi memenuhi keinginan baharu untuk pengalaman makanan yang sihat. Komitmen ini menyerlahkan kepercayaan Panasonic dalam menjadikan setiap hari sebagai meraikan kesejahteraan, di mana gabungan aspirasi dan teknologi termaju mengubah detik-detik biasa kepada pengalaman kulinari yang tertumpu kepada kesihatan yang luar biasa.
Untuk maklumat lanjut mengenai Peti Sejuk Premium PRIME+ Edition baharu, sila lawati cawangan pengedar sah Panasonic yang terdekat dengan anda.
Spesifikasi
NR-WY720ZMMM (6 Pintu) |
NR-XY680YMMM (4 Pintu) |
|
Kapasiti |
650L Bersih |
621L Bersih |
Prime Freeze |
Ya |
Ya |
Prime Fresh |
Ya |
Ya |
nanoe™ X |
Ya |
Ya |
Fresh Safe |
Ya |
Ya |
IoT |
Ya |
Ya |
Tinggi |
1890mm |
1790mm |
Lebar |
900mm |
900mm |
Kedalaman |
750mm |
750mm |
Berat Bersih |
129kg |
113kg |