omniture

Ensembel Toshiba TV: Kesinambungan Kecemerlangan

Toshiba TV
2024-01-08 09:18 31

HONG KONG, 8 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Bermula dari satu era televisyen ke era lain, Toshiba TV tekal mengembangkan hiburan rumah menerusi siri TVnya yang pelbagai.

X9900 OLED merupakan produk unggul daripada barisan Toshiba TV, menerusi skrin bercahaya sendiri yang menghasilkan spektrum warna yang terang untuk imej yang jelas, dicipta dengan teliti oleh Pengoptimum Gambar AI.

Bagi melengkapkan visual yang mengagumkan, sistem audio 3.1.2 berkuasa X9900, menampilkan teknologi bunyi pada-skrin yang canggih dan pembesar suara terpancar di hadapan. Ensembel audiovisual ini menyelubungi penonton dengan bunyi berkualiti terbaik dan memenuhi ruang; menghasilkan kedua-dua ledakan yang paling kuat dan bisikan paling halus dengan kejelasan yang tiada tandingan.

X9900 OLED berkualiti terbaik mencipta pengalaman sinematik dan permainan yang tidak dapat dilupakan, dikuasakan oleh REGZA Engine OLED, enjin pemprosesan imej berkuasa AI.

Sementara itu, penambahan canggih Toshiba TV baru-baru ini: Z870 Mini-LED TV, membawakan paparan 4K UHD dan dikuasakan oleh REGZA Engine ZRi bagi mengoptimumkan prestasi dari segi kecerahan dan kontras. Menyokong HDR10+ dan Dolby Vision, model ini benar-benar menghidupkan wawasan pengarah. Ia turut menggabungkan Sistem Bunyi Keliling ZR 2.1.2 untuk audio yang jelas dan imersif.

Satu lagi model terkenal, M650, menggabungkan teknologi 4K Mini-LED dengan spesifikasi seperti Dolby Vision demi representasi warna yang lebih tepat dan realistik. Ia juga dilengkapi dengan Wufer Keliling dan Bass 3D REGZA untuk bunyi yang jelas – kesemuanya dikendalikan oleh REGZA Engine ZR.

Dengan pelbagai saiz skrin dan ciri-ciri pintar, Toshiba TV mempunyai katalog yang versatil. Setiap siri tanpa mengira tahap julat, sebagai contoh Toshiba TV C350 4K TV atau M550 berkualiti sederhana, disediakan tanpa menjejaskan imej dan bunyi yang berkualiti tinggi untuk hiburan rumah.

Kerancakan inovasi menjadi tumpuan dalam komitmen tidak berbelah bahagi Toshiba TV terhadap ketukangan yang tulen, mencipta produk berkualiti terbaik yang memikat kepekaan penonton zaman moden.

Latar Belakang Toshiba TV

Toshiba TV memiliki sejarah selama lebih 70 tahun dalam pengeluaran TV. Dengan DNA yang kukuh dalam ciptaan dan idea inovatif, Toshiba TV telah menghasilkan banyak TV dengan ciri-ciri yang pertama di dunia. Toshiba TV menyediakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan gaya tontonan baharu kepada ramai orang di seluruh dunia melalui kualiti imejnya yang tinggi.

Untuk butiran lanjut, nantikan perkembangan melalui Toshiba TV pada Facebook, InstagramTwitterYouTube.

Source: Toshiba TV
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Television New products/services Artificial Intelligence