omniture

Haitian International Perkukuh Kedudukan Kepimpinannya di Vietnam dengan Pusat Pengalaman Baharu di Haiphong

Haitian International Holdings Ltd.
2024-01-08 15:00 18

HAI PHONG, Vietnam, 8 Januari 2024 /PRNewswire/ -- Haitian International ("Haitian" atau "Syarikat") meraikan perasmian pusat pengalaman canggih baharunya di utara Vietnam. Ini menandakan peristiwa penting dalam strategi pengembangan globalnya. Haitian komited untuk mengoptimumkan kualiti perkhidmatannya dan mengukuhkan kedudukannya sebagai pengeluar industri yang utama di negara ini dan Asia Tenggara.

 

 

Opening cerenomy
Opening cerenomy

Diperkenalkan pada 31 Disember 2023, Pusat Pengalaman Vietnam Haitian terbentang seluas lebih 15,000 meter persegi dan dibina khusus untuk mempamerkan portfolio produk Haitian yang utama dalam industri dan berfungsi sebagai hab yang akan meningkatkan dengan ketara keupayaan logistik serta pengalaman pelanggannya. Kepimpinan peringkat tinggi bersama-sama menanam pohon kemakmuran, melambangkan dedikasi kolektif mereka untuk memupuk kemajuan dan kemakmuran.

Haitian Experience Center in Hai Phong, Vietnam
Haitian Experience Center in Hai Phong, Vietnam

Dibina di Haiphong (Thành phố Hải Phòng), bandar ketiga terbesar yang terletak di kawasan pantai timur-laut Vietnam, pusat baharu ini akan mendapat manfaat daripada pengangkutan mantap dan infrastruktur industri bandar ini yang akan memberi kelebihan strategik kepada Haitian tatkala ia berusaha meningkatkan kecekapan operasi dan masa tindak balasnya mengikut permintaan pelanggan.

Pusat ini merupakan platform yang membolehkan pelanggan tempatan memanfaatkan inovasi Haitian selama berdekad-dekad serta teknologi dan penyelesaian terbaharu bagi mesin pengacuan suntikan, selain tawaran utama daripada bahagian-bahagian lain di bawah Haitian Group, seperti peralatan mesin CNC, mesin penuangan beracuan dan juga penyelesaian pembuatan pintar. Dengan fokus untuk mencipta perkhidmatan sehenti dan mengukuhkan keupayaan pengurusan inventorinya, pusat ini akan melaksanakan peningkatan kepada lebih 75 peratus bagi kelajuan penghantaran.

"Haitian mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran di Vietnam yang terkenal dengan kualiti penetapan standard dan komitmen kepada kecemerlangan selepas fokus yang mantap selama lebih sedekad terhadap inovasi teknologi dan kepuasan pelanggan. Pembukaan pusat pengalaman baharu ini akan membantu melengkapkan sumber kami di selatan Vietnam tatkala kami terus memperluaskan jejak kami di seluruh negara ini," kata Le Andun, Pengarah Jualan Haitian Asia Tenggara.

Haitian mula menceburi pasaran Vietnam 13 tahun yang lalu menerusi sebuah kilang di Pingyang. Kini, kehadiran korporatnya mencakupi Hanoi, Haiphong, Bandar Raya Ho Chi Minh dan Dong Nai, digandingkan dengan dua pusat pameran di Bắc Ninh dan Long An, bagi memberi sokongan padu kepada pasukan jualan dan perkhidmatan di Asia Tenggara. Perasmian pusat baharu ini membuka lembaran pertumbuhan baharu untuk Haitian yang akan menyaksikan Syarikat ini mensinergikan rangkaian perkhidmatannya di utara dan selatan Vietnam, menawarkan produk buatan khas kepada pasaran tempatan.

Tatkala ia terus memantapkan kubu globalnya, Haitian akan melabur dalam projek yang berkualiti tinggi dan merapatkan jurang pasaran dengan mengenal pasti keperluan pelanggan dan menyetempatkan perkhidmatan, menyediakan kepada pelanggan global dengan produk berkualiti terbaik dan sokongan perkhidmatan dalam seluruh kitar hayat produk.

Latar Belakang Haitian International 

Haitian International Holdings Ltd. (kod saham: HK.1882) di Ningbo, China, ialah pengeluar mesin pengacuan suntikan plastik yang terkemuka di dunia, mengkhusus dalam pembuatan mesin pengacuan suntikan yang tepat, cekap, menjimatkan tenaga. Haitian berada dalam semua pasaran global yang utama, membekalkan dan menyediakan perkhidmatan kepada lebih 50,000 pelanggan di lebih 130 negara.

 

Source: Haitian International Holdings Ltd.
Related Stocks:
HongKong:1882
Keywords: Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Mining/Metals Corporate Expansion General Manufacturing