omniture

Ekspo Kanak-kanak China: Masa Terbaik untuk Mendapatkan Produk Bayi Baharu & Inovatif untuk tahun 2015

China Toy & Juvenile Products Association
2014-09-03 23:28 111

BEIJING, 3 September 2014 /PRNewswire/ -- 80,000 pengunjung dari seluruh dunia dijangka akan menghadiri Ekspo Kanak-kanak China 2014 dan beberapa acara yang berlangsung serentak dengannya. Sebagai platform perdagangan paling profesional dan berkesan di China, terdapat sejumlah lebih 1,300 peserta pameran yang akan mempamerkan produk & permainan bayi baharu dan inovatif di ruang pameran seluas 120,000 meter persegi pada 14 dan 15 Oktober di Shanghai, sebulan selepas pameran Kind + Jugend. 87 peratus daripada peserta pameran warga China sedia untuk mengeksport.

Dianjurkan bersama oleh Persatuan Permainan & Produk Kanak-kanak China dan Koelnmesse, penganjur pameran perdagangan Jerman Kind + Jugend, Ekspo Kanak-kanak China akan mempamerkan pelbagai produk bayi kepada pengunjung global, dengan beberapa kelebihan daya saing yang melibatkan kereta sorong bayi, kerusi kereta bayi, kereta tunggang bayi, buaian & perabot bayi jika dibandingkan dengan acara serupa yang lain di China.

Ekspo Kanak-kanak China telah mencapai kemajuan yang hebat daripada segi pengaruh antarabangsa dan industri sejak beberapa tahun lalu. "Salah satu kemajuan paling penting ialah penyertaan pengeluar sedia eksport dan pengunjung antarabangsa," kata May Liang, Naib Presiden Eksekutif CTJPA, "Kedua-duanya bakal mencapai kejayaan baharu pada tahun 2014."

Kini penganjur acara tersebut menawarkan bilik percuma untuk para pengimport, pengedar serta peruncit rantaian teratas. Pembeli yang berminat boleh membuat pendaftaran awal secara dalam talian dan menghubungi pihak penganjur untuk pengesahan profil.

Pendaftaran awal: http://system.china-kids-expo.com/2014/babycarrier/visitor/prereg.asp

Peserta pameran baharu & peluang penyumberan

Pada masa kini, jumlah peserta pameran baharu di Ekspo Kanak-kanak China telah mencapai 60 peratus, 84 peratus daripadanya ialah pengeluar dari China. Pengeluar ini, besar atau kecil, mengambil pesanan antarabangsa dan mempunyai kemampuan serta keandalan tinggi bagi inovasi produk dan juga kawalan kualiti untuk memenuhi pelbagai kehendak pembeli pada peringkat global.

Kemampuan inovasi kilang bertambah baik, lebih banyak produk baharu bakal dipamerkan di acara tersebut

Oktober ialah masa sesuai untuk para pembeli mendapatkan produk baharu, bertemu pembekal baharu dan turut mendapatkan sumber untuk tahun hadapan. Para pengeluar sedia eksport utama China menjadikan Pameran Shanghai sebagai platform perdagangan pertama mereka untuk mempamerkan produk inovatif mereka yang terbaharu, bertemu pelanggan lama serta mewujudkan hubungan baharu dengan lebih ramai pembeli antarabangsa.

Hubungi Kent Luo melalui e-mel di luoliping@tjpa-china.org, atau dengan menghubungi +86-10-66038881 samb. 226. Layari http://www.china-kids-expo.com/magen/ untuk mengetahui lebih lanjut.

Latar Belakang Persatuan Permainan & Produk Kanak-kanak China (CTJPA)

CTJPA ialah persatuan perdagangan bukan untuk keuntungan yang mewakili kepentingan industri permainan dan produk kanak-kanak China. Jumlah ahli berdaftar adalah lebih 5,000.

Latar Belakang Koelnmesse

Kira-kira 80 acara perdagangan kami di Jerman dan di seluruh dunia merupakan pameran perdagangan untuk kejayaan perniagaan anda.

Source: China Toy & Juvenile Products Association
Keywords: Entertainment Retail Toys Trade show news