omniture

Acision Terajui Pasaran Pemesejan Mudah Alih Selamat Untuk Perusahaan Berikutan Pengambilalihan Pemesejan Selamat MindMatics

Acision
2014-09-04 00:31 134

READING, England, 4 September 2014 /PRNewswire/ --

Acision mengambil alih platform ketersambungan MindMatics yang berkembang pesat untuk menjana perkhidmatan perhubungan mudah alih dan saling sambung silang pembawa yang selamat untuk syarikat saham mewah 

Acision, peneraju global dalam perkhidmatan perhubungan mudah alih dan inovator industri daripada segi teknologi WebRTC, hari ini mengumumkan ia telah mengambil alih Pemesejan Selamat MindMatics bagi jumlah yang tidak didedahkan. Pengambilalihan tersebut adalah sebahagian daripada strategi kemajuan Acision untuk memperluas capaian dan kebolehannya di seluruh perusahaan dan juga aplikasi serta perkhidmatan mudah alih pengguna, membolehkannya menawarkan penyelesaian pemesejan yang amat bersepadu dan dihoskan, yang memenuhi syarat paling ketat bagi keselamatan, keandalan, liputan serta daya pemprosesan pada masa kini. Pengambilalihan ini akan menempatkan Acision sebagai peneraju global dalam pemesejan selamat bagi seluruh sektor vertikal perusahaan utama seperti kewangan, pengangkutan, pelancongan, logistik dan juga telekomunikasi.

Dengan jejak terbukti daripada segi analisis dan pemesejan selamat, Pemesejan Selamat MindMatics mengkhusus dalam perkhidmatan sokongan berasaskan mudah alih, menghubungkan perniagaan dengan pelanggan mereka serta para pekerja bagi membolehkan dialog dua hala melalui saluran komunikasi mudah alih paling peribadi dan sulit: pemesejan. Syarikat tersebut, yang telah maju sejak dua tahun lalu, mengalami pertumbuhan kira-kira 115 peratus, mempunyai ketersambungan dengan lebih 900 rangkaian pengendali mudah alih di seluruh dunia. Ia mematuhi standard keselamatan dan perlindungan data tertinggi yang telah diaudit berulang kali untuk pelbagai senario pemesejan sensitif kandungan dan aplikasi. MindMatics turut membolehkan kaedah pengesahan kata laluan sekali dan berbilang faktor terkini, lalu menjadikannya platform pemesejan yang menerajui pasaran untuk industri kewangan di Eropah.

"Teknologi dan kepakaran MindMatics amat bersesuaian dengan dorongan Acision ke arah perkhidmatan komersil saling sambung merentasi sempadan untuk pengendali mudah alih dan perusahaan, meningkatkan portfolio produk kami yang sedia lengkap dan membolehkan sambungan terus di negara baharu serta pemesejan dua hala yang selamat ke dalam industri baharu. Ketika kami melaksanakan strategi kami dan mengambil langkah seterusnya untuk membangunkan cadangan komersil dan perusahaan kami, pengenalan Pemesejan Selamat MindMatics kepada Acision bermakna kami dapat memainkan peranan yang jelas dalam menyediakan perkhidmatan serta aplikasi pengguna yang berfungsi di seluruh negara untuk perniagaan saham mewah serta pengendali mudah alih, dan juga mencapai matlamat kami untuk menjadi pemain terkemuka dalam bidang ini," kata Ketua Pegawai Eksekutif Acision, Adolfo Hernandez.

Baru-baru ini, Pemesejan Selamat MindMatics telah memperkenalkan "trustego" pelanggan pemesejan IP "selamat", yang menyediakan pemesejan sulit antara aplikasi dan infrastruktur bahagian belakang MindMatics. "trustego" boleh dilabelputihkan atau disediakan sebagai SDK, membolehkan perniagaan untuk memasukkan pemesejan selamat ke dalam aplikasi serta perkhidmatan mereka sendiri.

"Ketika kami berusaha untuk menyepadukan MindMatics ke dalam portfolio kami yang lebih luas serta melabur dalam penskalaan ke wilayah baharu dan merentasi pasaran baharu, pengambilalihan ini telah pun membawakan sejumlah besar jenama yang terkemuka ke dalam kumpulan pelanggan tetap perusahaan kami yang semakin meningkat. Saya gembira mengalu-alukan pasukan yang luar biasa, rakan kongsi dipercayai serta penyedia yang menerajui industri ke dalam Acision Group. Saya yakin menerusi kerjasama kami akan memberikan pelanggan kami fungsi serta kebolehan tambahan yang mereka mahukan sebagai sebahagian daripada penyelesaian perhubungan mudah alih mereka, selain menyokong usaha kami untuk menyampaikan perkhidmatan komunikasi beraneka yang terbaik," kata Hernandez.

Pengambilalihan tersebut adalah berikutan pembelian aset Teknologi Crocodile oleh Acision pada November 2013, yang telah membolehkan syarikat tersebut menambahkan perkhidmatan berasaskan WebRTC ke dalam portfolionya dan menawarkan komunikasi beraneka masa sebenar yang terkini, melalui SDK Acision. Penyelesaian oleh MindMatics turut bergabung dengan aset Acision lain secara sempurna, termasuk Platform Penciptaan Perkhidmatan kami (Pengurus Dialog Acision), platform API (forge oleh Acision), dan akhir sekali fuseMe oleh Acision, aplikasi komunikasi pintar.

Latar Belakang Acision

Acision menghubungkan dunia dengan memperkasa perkhidmatan perhubungan mudah alih relevan dan lancar yang saling beroperasi di seluruh platform IP serta memperkaya pengalaman pengguna dengan mencipta nilai dan peluang komunikasi baharu untuk pembawa, perusahaan serta pengguna di seluruh dunia.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari Acision di http://www.acision.com.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang MindMatics, sila layari http://www.mindmatics.com/en/

SUMBER  Acision

Source: Acision
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Acquisitions, mergers, takeovers