omniture

Joint Commission International Lancarkan Laman Carian Hospital untuk Pesakit

-- Menyediakan Profil Hospital dan Pusat Perubatan Akademik dengan Akreditasi JCI
The Joint Commission
2014-09-04 01:25 96

OAK BROOK, Illinois, 3 September 2014 /PRNewswire/ -- Joint Commission International (JCI) dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran direktori global tersendiri hospital diiktiraf JCI untuk membimbing penduduk dan pengembara memilih kemudahan penjagaan kesihatan di luar Amerika Syarikat.

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20130429/DC02732LOGO

Direktori tersebut, WorldHospitalSearch.org, adalah percuma kepada orang awam dan disediakan dalam 80 bahasa. Ia mudah dicari mengikut negara, pengkhususan atau nama organisasi. Di samping itu, laman tersebut turut menjelaskan kepentingan mencari organisasi yang telah menepati piawaian kualiti dan keselamatan yang ketat bagi mendapatkan JCI's Gold Seal of Approval.® Terdapat juga bahagian dengan sumber untuk mengetahui bagaimana untuk menjadi pesakit yang berpengetahuan, termasuk profil kesihatan negara dan senarai semak pengembara.

"Laman inovatif ini mengukuhkan perkongsian kami bersama para pesakit dan pemimpin penjagaan kesihatan di seluruh dunia ketika kami berusaha meningkatkan kualiti dan keselamatan pesakit," ujar Paula Wilson, presiden dan ketua pegawai eksekutif, JCI dan Joint Commission Resources. "Kini kami dapat berkongsi maklumat akreditasi dengan individu yang sedang menyelidik perkhidmatan kesihatan yang unggul di negara mereka sendiri atau ketika mengembara. Kami mahu pesakit dan masyarakat memahami JCI Gold Seal of Approval yang berprestij serta mendapatkannya bagi memenuhi keperluan penjagaan kesihatan mereka sendiri."

WorldHospitalSearch.org telah dilancarkan pada 28 Ogos 2014 di majlis perasmian persidangan Pengurusan Hospital Asia (HMA) 2014 di Cebu City, Filipina, acara pendidikan terbesar untuk pengurus penjagaan kesihatan di Asia.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari worldhospitalsearch.org.

Joint Commission International® (JCI) telah ditubuhkan pada tahun 1994 sebagai divisyen Joint Commission Resources, Inc.®, sekutu dikawal sepenuhnya, bukan untuk keuntungan bagi The Joint Commission®. Melalui akreditasi antarabangsa, khidmat nasihat, penerbitan serta program pendidikan, JCI melanjutkan misi The Joint Commission di seluruh dunia dengan membantu meningkatkan kualiti penjagaan pesakit. JCI turut membantu organisasi penjagaan kesihatan antarabangsa, agensi kesihatan awam, kementerian kesihatan serta lain-lain di lebih 100 negara.

Hubungi
Elizabeth Eaken Zhani
ezhani@jointcommission.org
+1-630-792-5914

Source: The Joint Commission
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Multimedia/Online/Internet New products/services Not for profit