omniture

American Green Technology® Memasang Teknologi HRMS di Klinik Pembedahan Plastik di Malaysia

American Green Technology
2014-09-04 01:40 113

SOUTH BEND, Indiana, 4 September 2014 /PRNewswire/ -- American Green Technology® (AGT) telah memasang Sistem Pengurusan Risiko Kesihatan (HRMS) mereka yang inovatif di pusat pembedahan plastik di Kuala Lumpur, Malaysia. Esadsa House ialah rakan sekutu beberapa hospital termasuk Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya dan Pusat Pakar Megah, Hospital Pakar KPJ Selangor serta Pusat Perubatan Sukan Kuala Lumpur. Esadsa House mempunyai pengkhususan dalam pembedahan plastik dan pembentukan semula, kesihatan kulit wajah, terapeutik berasaskan laser dan cahaya serta produk boleh suntik. Klinik seperti Esadsa hanya salah satu daripada berbilang aplikasi yang sesuai untuk HRMS. Kemudahan penjagaan kesihatan tradisional lain termasuklah; hospital, pusat pembedahan pesakit luar, pusat penjagaan orang tua, kemudahan penjagaan jangka panjang, pejabat doktor gigi dan juga pusat infusi barah.

"Keselamatan pesakit adalah sangat penting bagi saya dan kakitangan saya di Esadsa House," kata ketua pakar bedah Dr. Victor Cheong. "Jenis teknologi canggih ini boleh menyediakan sekatan tambahan untuk disertakan dalam kaedah pencegahan jangkitan menyeluruh yang kami sedang amalkan. Menyahjangkit udara adalah penting bagi melindungi para pesakit daripada dijangkiti patogen berbahaya. Kami sering melihat krisis tercetus akibat kekurangan sumber seperti HRMS. Saya teruja kerana teknologi ini terdapat di Esadsa House."

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, ratusan juta pesakit menderita akibat HAI (jangkitan daripada penjagaan kesihatan) di seluruh dunia setiap tahun, lalu membawa kepada kerugian kewangan dan kehilangan nyawa yang signifikan bagi kemudahan penjagaan kesihatan. Daripada setiap 100 pesakit yang dimasukkan ke hospital, 7 daripadanya tentu akan dijangkiti sekurang-kurangnya satu HAI. Sistem pencahayaan tidak mengganggu yang dipatenkan ini menawarkan sekatan terhadap 99.7 peratus daripada bakteria dan virus yang menyebabkan HAI dan mengancam nyawa seperti MERS, MRSA, stafilokokus dan juga tuberkulosis.

Bagi mengetahui lebih lanjut tentang HRMS sila log masuk ke arcaluxhrms.com.

Latar belakang American Green Technology:

American Green Technology® (AGT) ialah syarikat yang dikhususkan untuk membangunkan produk inovatif bagi memberi impak positif kepada kesihatan, ekonomi serta persekitaran komuniti global. Sistem Pengurusan Risiko Kesihatan (HRMS) AGT ialah produk pencahayaan UVC dipatenkan yang terbukti secara klinikal dapat menyingkirkan 99.7 peratus daripada patogen bawaan udara yang menyebabkan Jangkitan daripada Penjagaan Kesihatan (HAI) di hospital dan pusat barah.

Latar belakang Esadsa House:

Esadsa House menyediakan perkhidmatan tersuai khusus dalam penambahbaikan pembedahan kosmetik. Tambahan lagi, mereka mempunyai kepelbagaian menyeluruh perkhidmatan gaya hidup dan produk penjagaan kesihatan yang disediakan di bawah pemantauan pakar yang sedia sepanjang masa. Bagi mengetahui lebih lanjut, log masuk ke www.drvictorcheong.com.

Hubungi:
Meredith Jimenez, Pengarah Komunikasi Korporat
American Green Technology, Inc.
52129 State Road 933, South Bend, IN 46637
E-mel mjimenez@agtus.org Pejabat +1-269-769-2510

Source: American Green Technology
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Health Care/Hospital Medical Equipment